PERTAMA KALI NAIK BAS ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) . Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan. --fotoBERNAMA
Najib Teruja Naik Bas Bertemu Rakyat
Maaf , mungkin aku tak tau keadaan sebenar .. Tapi sekadar nak luahkan pendapat saja .. Ini bukan entri berbaur politik ! Maaf jika ada pihak terasa .. Aku sayangkan Malaysia ..
Dari artikal yang aku baca tu , PM kita bersama isteri tercinta menaiki bas yang kelihatan , hurm... tengok dalam gambar tu sendiri ... untuk bertemu rakyat !
Bagaimana rakyat nak hormat pada pemimpin di zaman ini ? Tengok contoh contoh pemimpin yang dah tumbang baru-baru ni .. Camana ? Bagaimana nak merasai keperitan rakyat yang menaiki bas , mengharungi kesesakkan lalu lintas setiap hari ( termasuk mereka yang berkhidmat untuk negara ) ? Dengan cara begini , pemimpin takkan dapat 'bersama' rakyat ..
Tu je aku mampu kata.. Kalau nak bagi contoh , aku rasa satu Malaysia tau contoh mana yang ada kan ? Kalau nak tawan hati rakyat , jadilah pemimpin sejati .. Pemimpin yang benar benar memimpin serta menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani ..
Ampun maaf dari aku .. Seorang rakyat yang hanya mampu bersuara di blog ..