Adakah hari ini kita sebegini ?
Dan
Mahukah diakhiri dengan begini ?
Kita tak mungkin berada di atas selamanya tapi kita boleh berada di dalam hati mereka jika kita melakukannya kerana Allah.
Adakah hari ini kita sebegini ?
Dan
Mahukah diakhiri dengan begini ?
Kita tak mungkin berada di atas selamanya tapi kita boleh berada di dalam hati mereka jika kita melakukannya kerana Allah.
Aku terfikir kenapa sukan lumba motor ini sebahagian dari sukan ? Bukankah sukan bererti menjaga kesihatan ?
Dulu kawan kawan aku sering ajak tengok GP , F1 , dan pelbagai lagi sukan yang melibatkan motor dan kereta …
Aku tanya mereka , apa yang best sangat ?? Jawapan mereka mudah saja..
“ Nak tengok eksiden ! “
Hurm… baik aku duk umah layan Ultraman yang tak abis abis rosakkan Tokyo setiap kali lawan dengan resaksa.
Kita terlalu dibuai mimpi .. Apa musibah yang melanda negara kita sekarang ini , cumalah kecil saja.. Namun masih ada yang ‘berjoget germbira’ .
Bayangkan jika ianya berlaku di negara kita yang penuh dengan bangunan pencakar langit. Tsunami berlaku dah … Apa yang kita nak Tuhan turunkan pada kita lagi ? Sudakah kita bertaubat dan insaf akan dosa dosa yang semalam dan sebentar tadi ?
Hurm… Bila takde orang , mereka komplen .. Bila ada orang , mereka tekan kaw kaw punya .. Maksudnya , harga akan melambung berkali ganda dari asal ..
Macam entri aku tadi yang g mencekik kat Padang Kota, Pulau Pinang. Kalau aku tak bawak sepupu aku yang mana kadang kadang dia menolong pakcik aku meniaga kat area tu , pastu aku pon kena sembelih.
Bayangkan tadi ada kawan komen kat entri aku tu , char keow teow RM8 sepinggan ! Adoiii… apa kes tuu ??? Tadi aku makan kat sana , baru ,3.50 dan milo ais baru RM1 !!! Pastu pasemboq , RM10 tinggi mengunung !
Huhuh.. tak baik gitu .. Biar untung sedikit tapi orang puas dan mendoakan kita murah rezeki dari maki kita … Apa guna kaya di dunia ???
Dianggarkan 75 orang terkorban dan beberapa buah bangunan runtuh akibat gempa bumi yang melanda di Ankara , Turki , hari ini.
Gambar - AP
Pelumba, Marco Simoncelli dari pasukan San Carlo Honda Gresini meninggal dunia selepas berlaku kemalangan pada pusingan pertama Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.
Topi kaledar yang dipakai Simoncelli, 24 tertanggal selepas terjatuh.
Dua lagi pelumba yang terlibat dalam kemalangan, Colin Edward (Monster Yamaha Tech 3) hanya mengalami kecederaan di bahu dan Valentino Rossi(Ducati) tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber Mstar
“ Bukan aku takut kat bini aku tapi bini aku yang tak takut kat aku ! “. Alasan macam pernah kita dengar kan tapi di mana yer ?? Heheh…
Benarkah si suami takutkan isterinya ? Atau sebenarnya malas nak bertekak ngan isterinya ? Mana satu ??
Bagi aku la kan , sebenarnya si suami ni malas je nak bergaduh n bertekak ni .. Buang masa jer.. Bila gaduh , si isteri keluar air mata.. Merajuk .. Tarik muka masam .. Kalau si suami malas pujuk , gamaknya ada yang asyik makan kat luar jer.. Tu kalau takde anak.. Kalau ada ?
Sbb tu laaaa si suami ni mengalahnya.. Apa jadi kalau suami tak mengalah ??
Tapi bila suami bagi muka , si isteri pulak naik lemak !! Wa wa wa wa !! Jangan kak .. jangan .. nanti meletus gunung berapi… Tak pasal pasal akak ada madu … Nasib baik dapat madu .. Kalau dapat cermin mata jenama RAY BAN , camana pulak ?
Pandai pandailah beralah yer …