Nak tahu ke ? Hehe .. betul nak tau ni ? Ke nak tunggu masa lahir nanti ? Hehe.. nanti je la kasi tau eh... Hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4
Di satu stesen minyak , kelihatan satu mamat ni memberhentikan kereta mewahnya lalu dengan bangganya keluar dari kereta tersebut dan ke kaunter untuk membuat bayaran mengisi minyak.
Ada sorang abang yang kebetulan sedang isi minyak di sebelahnya menegur..
“ Wah dik , cantik kereta .. Sendiri punya ke ? “
“ Main kasar nampak bang.. Mestilah .. Tak main la pinjam pinjam .. “
“ Bagus la.. Ada juga bangsa saya yang mampu pakai kereta mewah. Muda pulak tu.. Awek eh dalam kereta tu ? “
“ Mestilaah awek .. “
“ Seksi eh.. Tapi sayanglah , kereta mewah gini patutnya yang dibawa adalah isteri yang sah .. Baru best jalan jalan.. Tak rasa berdosa di hati .. Ni kalau bawak awek yang seksi , cam bawak satu beban besar pulak.. Tak terasa gitu ke dik ? “
“ Bang .. abang jeles ke ? Abang bawak myvi je kan ?? “
“ Eh , tak la dik.. Abang cuma nasihat.. Kalau duit banyak dah , nikah cepat cepat.. Baru best jalan jalan .. Cam abang ni , walaupun Myvi je tapi satu Malaysia dah kitorang pusing .. Tanpa rasa bersalah lagi ! Best wooo.. Halal lagi.. Buat la apa pon .. “
“ Huh .. Saya gerak dulu la bang … “
“ Yelah … hati hati .. Tu bawak anak dara orang tu .. Kalau anak dara sendiri lain la jugak .. Salamm “
Maka kembali kita fikir jika anak dara kita diusung orang yg tiada ‘kaitan’ di waktu malam atau bila bila masa tanpa pengetahuan kita .. Haih.. camana la agaknya yer ?
Alhamdulillah .. sampai jugak akhirnya ke Putrajaya .. Penat .. rehat pon belum terus update blog .. Terima kasih pada korang semua yang jadi peneman aku sepanjang aku berada di Kelantan dan Terengganu .. Support tak hentii henti malah siap ada yang suggest tempat tempat menarik .. Malangnya tak sempat nak singgah semua tempat disebabkan cuaca yang terlalu panas terik.. Aku tak leh kena panas.. Putera lilin lah katakan .. Heheh.. Tak la , aku cepat pening kalau terlalu panas..
Touch down tepat kul 11.30 malam kat rumah aku ni ha.. Rindu pulak tengok tangga dan modem broadband aku ni haa…. Rugi tak guna 4 hari.. huhu ..
Siap angkut semua barang .. On netbook color pink aku ni , terus check segalanya termasuk email dari awek .. Hurm.. Takde la pulak awek kasi email .. Kalau tak dulu .. ramai jeeee… Siap ajak kawin pon ada laa.. Tapi aku terpaksa tolak la.. Sbb ada dari Burundi la.. Dari London laa… Dari Nigeria pon ada laa.. Adoiii.. ingat aku kebuloq sangat ke kat depa semua tu ??? Aiyooo.. Tak sangka ada gak yang tertipu.. Haih..
Check keyword . Semalam punya , ok je .. tapi awal pagi ni , mengarut daaahhh …. Anak sapa tak tidur lagi ni ??? Keyword seawal pagi ni ..
“ Aksi Peramugari “ dan “ Cara ajak awek main “ ..
Sebenarnyakan , banyak lagi tau cara mangkuk mangkuk lahanat ni menyebarkan virus yang merosakkan minda anak muda kita ni .. Antaranya melalui sms .. Perghh.. lahanat sungguh… Klik je , terus ke web dia .. Haih….
Entahlah apa nak jadi dengan dunia skang .. Tak nampak ke apa dah jadi dengan negara jiran kita ni … Hurm… Wallahualam..
Nak beli mana satu eh ? Motorola baru keluar dengan Motorola RAZR ..
Htc dengan HTC Sensation XE ..
Samsung ? Blackberry ? Setakat ni , belum mampu menawan hatiku ini .. Hehehe ..
Jadi , antara Motorola dengan HTC ni mana satu pilihan hati aku ? Hurm.. hurm.. korang tau punyaaa…. Aku tetap pilih HTC kerana sejak aku guna Tytn 2 dan Desire HD , aku sangatlah berpuashati .. Tapi HTC HD2 yang guna platform windows , aku menyesal la membelinya ! Hampeh ! Hampeh sbb guna windows mobile .. Adoi.. sangat tak best !
Motorola RAZR walaupun menarik tapi masih belum mampu membuatkan aku berpaling dari menggunakan HTC .. Ini kerana aku yakin dengan ‘kemampuan’ HTC berbanding MOTOROLA yang baru ‘join’ dunia smartphones ni .. Namun begitu , ada ciri-ciri RAZR ni mmg best laa… Kira mampu mengoda aku gak la.. Jika tiada HTC ni , mungkin RAZR pilihan aku..
HTC Sensation XEpula didatangkan kali ni dengan beberapa ciri-ciri yang sangat menarik jiwa aku … Sebenarnya Sensation XE ni lebih sesuai dengan perempuan tapi aku tak kisahh !! Kalau ada duit terpijak atau sapa sapa nak sponsor , aku nakkkkk punya … Heheh.. Gila ! Harga dipasaran , aku tak pasti tapi aku rasa mampu dimiliki punya ..
HTC FOREVER !! Ahaks .. Iphone ? Erk…
Kalau blogger otai tulis pasal itik berak kapur , pon mesti ramai like punya kan ? Mesti ramai setuju kan ?
Aku tak setujuuuuuuuu .. Nape ?? Mula mula , kita selak semula kitab blogging kita .. Apakah itu blogger otai ?? Otai merujuk pada OLD TIMER atau dalam bahasa pasarnya , ORANG LAMA la kan ..
Berapa ramai orang lama dalam dunia blog ni punya pembaca setia atau sekali update beribu ribu ribu ribu orang mai masuk baca ??? Haaa… Serius kata , Dalam 10 tu , belum tentu lepas 5 !! Lagi 5 tu , menulis kerana sememangnya mereka suka menulis tanpa apa apa ‘balasan’ pon ..
‘ Blogger otai ‘ kedua merujuk pada blogger blogger yang punya ramai pengikut atau follower .. Jangan tak tau , ada yang baru blogging tahun ni pon dah meletop letop cam gunung berapi ! Apakah mereka juga layak digelar otai ? Ada yang akan kata YA dan ada yang akan kata TIDAK !
Kesimpulannya , bagi menarik pembaca ke blog kita , kita perlukan satu aura dalam penulisan kita ! Dapatkan aura itu , kemudian apa yang perlu kita buat untuk awalan dalam dunia blogging ni ialah promosikannya.. Itu yang paling susah .. Tetapi dengan gabungan kedua dua itu , insyaAllah …
Aku sendiri pon mengambil masa lebih setahun untuk mempromosi blog aku ini .. Namun sehingga kini , aku masih jauh ketinggalan berbanding blogger yang baru berblog tetapi telah berjaya mempunyai ribuan pembaca setiap hari ..
Dalam erti kata lain , JANGAN MUDAH PUTUS ASA JIKA INGIN BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG ! JANGAN CEPAT BERI ALASAN ATAU MENYERAH KALAH ..
Semangat aku pada mula berblog , ‘BAGAIMANA AKU NAK KASI MEREKA YANG POPULAR DALAM DUNIA BLOG INI TAHU AKAN KEHADIRAN BLOG AKU INI ???? HELLOOOOO , SAYA BEN ASHAARI ..”
Cabaran yang aku pikul … dan aku sukakannya..