BMW E46 03/07 M SPORTS 2.2
PRICE : RM95K NEG.
LOAN : RM92K ( 7YEARS )
COLOUR : BLUE
TEL : 013-3853304 / 012-6822643 BADRUL
BMW E46 03/07 M SPORTS 2.2
PRICE : RM95K NEG.
LOAN : RM92K ( 7YEARS )
COLOUR : BLUE
TEL : 013-3853304 / 012-6822643 BADRUL
Jangan tak percaya !! Pergh.. Rasa cam retis lak aku !! Hahahaha.. Hampeh … Tapi apa pon kena pastikan .. Ori ke tak .. hahaha..
Skali si Aliff Cullen .. hahaa.. dia saja je katanya.. Saja bergurau je la .. Aku pon nak tukar gak laa.. Hurm .. YUNA .. ok tk ? ok tk ?
“ Oh kasihku .. aku cinta padamu .. “
“ Yakah ?? Tapi aku tidak mahu mendengarnya sekarang .. Bolehkah kau simpan dahulu dan lafazkannya pada esok hari ? “
“ Demi cintaku padamu .. baiklah .. “
Esok harinya telah tiba..
“ Inilah harinya yang ku tunggu tunggu .. Sayang , izinkan aku melafazkkannya .. “
“ Nanti nanti .. Aku tiada mood ingin beromantika denganmu .. Kita simpan saja adegan itu ya ? Esok kita ketemu lagi .. “
“ Wah.. sudah macam drama Nilapura pula bahasa kita.. Baiklah.. Akan ku sabar menanti esok hari.. “
Esok punya esok punya esok punya esok .. Tak jugak dia dapat meluahkan kata cinta.. Akhirnya ..
“ Ah… kalau asyik bertangguh begini , lebih aku cari perempuan lain .. Berlagak sungguh ! “
Sambil tersenyum .. “ Baru ku duga sedemikian rupa , kau sudah menyerah kalah ! Bagaimana kau nak bersabar dengan perangaiku jika kita punya jodoh ? Baru sekadar mahu melafazkan kata cinta , kau sudah tensen ??? Belum lagi aku mintak emas permata .. Mau kena ketuk aku jugak nanti ! Pergilah.. Tuu.. beribu itik betina yang gilakan kata kata cinta sedang menanti kehadiran mu itu.. Maaf , aku bukan jenis mudah luluh dengan kata manis seekor itik jantan seperti kamu itu .. “
“ Erk.. aku diduga sebenarnya ??? Oh…. “
Zaman ini , berapa ramai wanita sanggup menduga pasangannya ? Dugalah dengan agama .. Bercintalah dengan agama .. Ubatilah rindu dengan agama .. Lafazkanlah cinta kerana agama .. Dari situ , akan nampaklah segalanya …
Yang benar-benar ikhlas sebenarnya , tak ramai .. Yang ramai ni , lebih pada bermuka-muka .. Alhamdulillah , sepanjang aku dalam dunia maya ni , aku masih ada teman rapat ..
Sedihnya , yang menikam belakang ni terlalu tinggi jumlahnya .. Kalau kita buat tak tau , mereka kata sombong.. Bila kita ramah , mereka pijak kepala ..
Apa yang aku belajar dalam dunia maya ini ialah … JADILAH DIRI SEBENAR.. Jaga hati orang , biarlah kena cara .. Jangan sampai binasakan diri sendiri semata mata nak puaskan hati mereka ..
Apa pun , jutaan terima kasih buat mereka yang sudi berkawan dengan aku walaupun tidak pernah bersua dan paling penting , berkawanlah kerana Allah dan juga kerana kita ini manusia yang punya hati dan perasaan ..
“Nah sayang .. hadiah buat mu ..”
Lalu diberinya teddy bear ..
Selepas nikah di Siam
“ Nah amik ni ! “
Panggggg …
“ Pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan tidak bermain air pada musim tengkujuh bagi mengelakkan kejadian lintah memasuki kemaluan hingga menyebabkan pendarahan.
Tahun lalu, 13 kes pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke beberapa hospital selepas berlaku pendarahan dan terpaksa diberi rawatan susulan. “- Bharian.
Haa.. teringat satu kejadian sewaktu aku kanak kanak rebina.. Haaa… member aku , eheheh… main kat semak time hujan.. Perghh… balik umah , menjerit dia .. Hahahha…. Sekali pacat sudah lepak kat situ weh !! Haaa… jgn ingat perempuan je leh kena.. Hehehe…
Tak kira lelaki mahupun perempuan , selain boleh lemas , bab banjir ni toksah la pandang ringan .. Sebelum kena , bawak bawak beringat.. Malang tak berbau..
Jantan : Eh , kau ingat muka kau tu lawa sangat kee .. aku boleh cari 10 la macam macam kau ni !!
Betina : Pergi laaa.. muka kau tu pon cam muka cleaner jamban kat opis aku laaaa..
Jantan : Ok .. kita clash skang !
Betina : Apadahal !!
5 minit kemudian ..
Jantan : Sayang.. maafkan ai .. ai terikut perasaan amarah ini ..
Betina : Yer.. ai pon.. Oh.. Ai lap yu laaa ..
Minggu depan ..
Ulang dialog pertama ..
Leh pada nak tolong rakan blogger kita ni , APISTAKKISAH .. dia mintak tolong kita semua sokong video dia ni .. Haaa.. Mesti korang nak tanya punya , pasal apa nih ???
Ok.. aku rasa ada baiknya korang g baca sendiri kat blog dia .. ok ? Tak kisah kan ? Apis tak kisah takkan korang kisah kan ? Heheh.. ni pon ada kebaikkan .. bukan untuk hiburan … boleh ? Boleh la yer .. hehe.. Tqqq…
“ Beberapa negeri di pantai timur Semenanjung dijangka mengalami banjir besar ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 25 Disember dan 23 Januari tahun depan.
Pakar Oseanografi, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus berkata, kawasan pantai timur dan Sarawak lebih terdedah kepada fenomena tersebut selain didorong oleh faktor tiupan angin Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim tengkujuh.
"Fenomena air pasang besar ini berlaku disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan bumi.
"Jika sesebuah kawasan atau negeri menerima hujan yang luar biasa dan pada masa yang sama fenomena air pasang berlaku, banjir besar akan melanda," katanya ketika dihubungi semalam.
Kamaruzaman yang juga Dekan Fakulti Sains Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Kuantan memberitahu, banjir tersebut dijangka lambat surut ekoran paras air laut yang tinggi. “ – Kosmo
Hurm.. amaran awal walaupun ianya cuma ramalan .. Nasib baik waktu tu bukan jatuh pada sebarang perayaan kecuali Tahun Baru Cina dan cuti sekolah… kan ? Hurm.. Harapnya tak la seteruk yang dijangka.. Hurm.. Sama sama kita berdoa .. Dan pada waktu yang sama , kurangkanlah buat dosa .. Tingkatkan amalan ..
Pasni para isteri mesti dok kerling suami mereka .. terutama yang mula makan madu .. Hahahha..
Hehehe.. kalau dah jodoh eh.. Hahahha.. adoi.. tak leh bayang…
Iskh.. macam macam komen yang dapat aku baca di BHARIAN ini .. Menghentam guru , sudah pasti .. Manakala guru-guru pasti akan tampil memberi komen yang sudah pasti boleh ‘dibaca’ ..
Penat .. Yup .. Memang penat keje guru ni .. Layan kerenah murid setiap hari .. Pastu buat kerja-kerja perkeranian lagi .. huhu… Kira banyak gak la keje guru ni ..
Komen aku ? Hurm.. Bagi aku ,itulah yang perlu kena terima bila makan gaji .. Kena terima bila meminta .. Sama gak nasib rakan-rakan aku yang berstatus kontrak di sektor awam yang dah tamat kontraknya dan tidak disambung lagi walaupun post itu amat diperlukan .. Tiada layanan atau rayuan !
Apa yang boleh buat ? Makan gaji .. Gitulah nasibnya .. Mereka yang kontrak ni , mereka kata apa ??? Sapa suruh tak cari kerja lain ? Apakah mereka tak tau yang puas sudah mereka mencari kerja ? Ok , aku tau akan ada jawapan dari korang .. Sebab tulah aku kata , macam macam nasib yang ada .. Kena telan je la..
Nak buat bisnis pon bukan senang sekarang ni .. Kena ada kabel la.. Kena ada orang kuat la.. Haih .. Betul kan ? Bukan senang nak senang .. Jadi yang dah ada kerja tetap ni , terima seadanya .. Bak kata bos aku dulu dulu ..
“ Lu tak suka , lu pergi cari kerja lain ! “
Buat cam aku .. jadi je blogger .. Dah susah sangat nak ikut cakap orang .. Maka sendiri bos sendiri kuli ..
Tak kira la apa pon kerja , semua ada tekanan .. Jangan kata guru lagi tertekan .. Camana pulak dengan nurse yang setiap hari layan karenah pesakit setiap minit ? Terberak atas katil la.. dan polis yang senantiasa dituduh mengambil rasuah.. Tentera yg setia mempertahankan sempadan negara .. Kakitangan swasta yang memastikan ekonomi negara terus berkembang .. Segalanya berhubung kait walaupun tak sama ..
Kalau kita pikir tekanan , maka ada baiknya , jom jadi tarzan.. makan pisang n lepak tepi kolam air terjun setiap hari .. menikmati panorama kehijauan hutan ..
Aku jadi blogger pon tensen tau !! Ada je orang tak puashati.. Heh .. Blogger je wehhh !! Apa pun buat guru di luar sana , aku tau keperitan korang .. tapi apa nak buat ? Dah makan gaji .. ginilah nasib kita .. Fight tetap fight ..tapi mampukah ? Sabarlah yer .. Kerja kena ikhlas .. Buatlah kerana Allah.. Tekanan sudah pasti.. Itulah dugaan dan cabaran yang sememangnya dah korang tau sewaktu menerima jawatan GURU ni ..
Tetap respek mereka yang bergelar GURU .. Walaupun guru sekolah memandu.. hehe .. Maaf jika ada yang terasa.. Inilah dunia ..
Jom.. cikgu Apistakkisah mintak tolong kita .. Klik SINI ..