Sewaktu kali pertama Malaysia menang AFF Suzuki Cup dan seterusnya menjulang nama Khairul Fahmi dan beberapa rakan yang lain , aku dapat jangkakan akan berlaku ‘isu-isu ‘ panas bakal melanda terutama pada Khairul Fahmi Che Mat ..
Apek .. lengkap ciri ciri kegilaan wanita … Nama ada , duit ada .. Sapa tak nak ngorat dia kan kalau dah depan mata ? Bujang beb !! Apek yang aku rasa berjaya digoda dek syaitan akibat terbuta mata dan hati dengan dunia glamer , telah mencetus beberapa isu kontroversi.
Putus tunang , arak dan perempuan seksi .. Satu pencapaian yang mmg boleh dijangka selepas bergelar penjaga gol terbaik di Asia Tenggara ..
5 keping gambar sebagai bukti Khairul Fahmi bersama Shida Harmi .. Nak kata apa dah ? Prestasi pasni pasti merundum kalau dia tak cepat cepat dapatkan ‘rawatan’ . Kesan psikologi yang pastinya makan masa yang lama…
Ada baiknya Ong Kim Swee rehatkan dia buat sementara waktu .. Dan terima kasih pada blog hiburan tersebut kerana pendedahan ini .. Seronok ke dedahkan menda gini ? Aib beb kawan tu.. Cukup dengan artikal sudah.. Letak gambar tu mmg menjatuhkan maruah dia dan mematahkan hati peminat-peminat bola tanah air !
Sekali lagi tahniah .. pada sapa ? Fikir la sendiri ..