Ini peti undi yang diletakkan di dalam blog aku . Pembaca hanya boleh undi sekali saja .. Tiada pengundi hantu.
Hurm… Ada yang tanya aku , aku ni penyokong pembangkang ke .. Ok , aku amik kata-kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ,
“ Rakyat yang mengundi parti lain, bukan semestinya bencikan UMNO, tapi mungkin merasakan harapan mereka berada di pihak yang lain. Rakyat yang membenci UMNO pula bukan semestinya menyokong parti lain, tetapi mungkin kerana merasakan UMNO telah menghancurkan harapan mereka. Rakyat yang menghargai jasa UMNO yang lalu bukan semestinya akan mengundi UMNO pada masa ini kerana mungkin ‘harapan’ itu sudah berubah dalam persekitaran yang baru. “
Kemudian ada yang minta pandangan aku , kenapa mereka yg bekerja dengan kerajaan , dalam diam menentang kerajaan ? Jawapannya , mudah saja ..
‘ Kawan aku yang pernah kerja di restoran makanan segera bejenama XX ini , tidak makanan makanan yang disediakan di situ.. Sebab mereka tau segalanya.. Dari A-Z ..’
Mudah bukan ? Aku bukan anti mana mana parti .. Aku akan tetap pilih ISLAM ..