Ada rakan tanya aku .. ‘ Kenapa saya perlu jadi follower anda ? “
Jawapan aku mudah saja .. “ Saya tiada follower .. “ . Apa yang dia nampak di blog tu cumalah satu tanda sokongan dari rakan-rakan yang pernah singgah ke blog aku .. Tu saja .. Samada mereka nak kembali atau tidak , terpulang .. Ibarat cam di FACEBOOK , klik LIKE ! Done .. Abis cerita !
Yang widget FOLLOWER tu untuk apa ? Tu saja suka suka jer .. Lagi ramai ‘klik’ lagi bagi semangat untuk aku kan .. Memberi peransang secara tidak langsung.
Aku berblog adalah kerana aku minat dan ianya juga mampu menjana pendapatan buat aku malah tahun depan aku akan bergerak sebagai full time blogger dan juga MR.MAMA (insyaAllah ) dengan blog yang dah lama aku setup , dan tunggu masa untuk beroperasi sepenuhnya yang mana kat situ akan aku cerita hal aku dan baby saja .. Ibu dia ? Sekali la tu.. hehehe .. InsyaAllah.. Doakan jadi kenyataan eh ..
Blog mana ? www.santaibenashaari.com .. InsyaAllah .. Sekali lagi aku nak beritahu , aku tiada peminat dan aku tak ingin diminati .. Cukuplah hanya suka membaca tulisan aku .. Tu satu sokongan buat aku..
Terima kasih kerana memberi sokongan pada aku selama 2 tahun ini.. Aku harap aku dapat bertahan untuk 10 tahun lagi dan kalau boleh nak keluarkan novel aku nanti.. Skang tak boleh , bz banget ..
Bz menda pon tah la !