Ada yg kata , pasni ada anak susah dh nak g gym ..
Jawapan aku , segalanya susah .. Takde yg senang .. Kita kena bijak urus masa menjadikannya 'mudah tp tak senang .. '
Published with Blogger-droid v2.0.3
Ada yg kata , pasni ada anak susah dh nak g gym ..
Jawapan aku , segalanya susah .. Takde yg senang .. Kita kena bijak urus masa menjadikannya 'mudah tp tak senang .. '
Kolam ni di Philea Resorts .. Cantik kan ? Tergamam aku sebentar melihat ratusan ikan ini di dlm kolam tu ..
Memula aku tak perasan tp ada akak tu cakap .. Ikan ikan tu mengekori orang utk mendptkn makanan .. Hurm .. sian kan ? Cantik sekadar perhiasan namun masih mengharapkan belas manusia. Hakikat ..
Nak dilepas , sayang .. Nak dikurung pon sayang .. Maka bersyukurlah kita ..
Cerekarama Mr. Labuci lakonan Azhan Rani, Rozita Che Wan dan Roy Azman.. Sebuah drama yang cukup menarik walaupun .. hehe.. banyak sangat adegan baju ketat … adeh ..
OK , aku amik isi cerita ni je yer..
Yer , satu kenyataan yang sememangnya berlaku dalam dunia realiti sekarang ini .. Ramai lelaki dah berkawin lebih gemar bekerja sendiri sekarang ini .. Kenapa ? Para isteri dah tau apa jawapan mereka kan ? Hehe..
Yup .. aku salah seorang darinya .. Aku tak larat nak bersaing dengan kaki bodek / pengimpas / kat pejabat aku .. Dan paling penting , aku bukan kaki angguk ! Cukuplah ..
Aku pegang pada hidup cuma sekali dan aku tak nak mati stress ! Rezeki ada di mana mana saja . Yang penting , usaha !!
Cuma , susah nak fahamkan mereka yang sayangkan kita .. Bukan mudah nak yakinkan mereka .. Apa pun drama ni membawa kelainan dan pengertian yg tersendiri .. Ianya satu kenyataan ..
Kaki Bodek akan menghasilkan 2 jenis manusia kelak ..
Fikir-fikirkan ..
Satu pesanan buat kaki bodek ! ANDA MEMANG SAMPAH !
Yearghh … Segmen khas buat mereka yang baru buat blog pada tahun ni .. Hehe.. Baru 14 hari je la maksudnya … Ok la kan ? Abis yg hujung tahun lepas tak boleh join ke ? Aku tau , mesti ada tanya gitu punya kan ? Ok ok , boleh jer .. Mereka yang baru buat blog , lebih tepat lagi boleh join segmen ini ..
Segmen ni bukan segmen cari trafik atau tingkatkan trafik ! Segmen ni sekadar mencari kenalan baru dan meluaskan lagi dunia persahabatan melaluinya ..
Untuk join segmen ni , mudah je.. Ikut je arahan yang aku bagi ni ..
Siap ? Ok .. Korang tinggalkan link entri lengkap anda di ruang komen ini dan jugak di page FB , SANTAI BEN ASHAARI ini… Tu je… senang je kan ? Tamat segmen , 12 malam pada 14/1/2012 ..
Tips , rajin-rajin jengok rakan baru ! Jangan tunggu mereka datang !
Alhamdulillah .. sampai ke tempat asal .. Semua slamaaat .. Berat badan naik 20.5kg !! Muhahaha..
Sampai sampai jer , tuuuuu... Semua pegang gadget memasing !! Hehehe..
Check out dr Philea. Menuju ke Port Dickson ikut jalan lama dan singgah di Thistle Resort and Spa.
Apa yg aku boleh kata , layanan dari Honda Malaysia mmg best gila !!
Otw balik KL .. Yup , blogger Denai hati dan kak Kujie pon ada ..
Masih lagi cerita pasal Philea Resorts and Spa ..
Harga sewa bilik kat sini ? Hehehe … Memang mahal la.. huhu.. Memang rezeki jadi blogger ..
Ada rezeki , nak bawak keluarga mai cuti sini .. Hehe ..
Alhamdulillah .. Sampai jugak di Air Keroh , Melaka. Bertolak lebih kurang pukul 10 pagi dan tiba di sini dalam pukul 4 petang.. Ikut jalan lama. Tujuan utama projek ni adalah untuk menimba pengalaman memandu kereta Honda Insight ni . Tu cerita kemudian .
Sebelum itu , semalam , aku dah buat sedikit research mengenai resorts Philea ni yang mana dijangka para blogger akan menginap semalaman di sini .. Dalam gambar tu , mmg membuatkan aku rasa kagum dengan kecantikan dan keunikan bilik dan suasananya. Apakah itu satu kenyataan ? Kebanyakkan hotel , indah khabar dari rupa.. Camana pulak resorts ni ??
Baru sampai .. hehe …
Bersama blogger Melayukini.net , En. Md Nor , Ujang dan Kak Chik.. Ramai lagi ada … hehe …
Ok… Camana bilik dia eh ? Aku tunjuk bilik dulu yer .. suasana tempat ni , nanti aku tunjukkan lak.. Tak sempat keluar lagi.. Jap lagi..
Konsep resorts ni mmg best .. Aku suka sangat style gini .. 2 tingkat .. Dan aku dapat bilik atas ..
Ini bahagian dalam bilik yang mana blogger dapat sorang satu bilik ! Terbaik !! Aku mmg suka gila konsep bilik gini ..
Ni permandangan dari luar beranda .. Selebihnya , nanti aku cerita lagi malam ni .. Ni jap lagi ada tour kat area ni .. hehe .. I like !! Sapa sapa nak honeymoon dan malas nak g jauh jauh , tempat ni mmg best ! Sunyi .. tenang … Pergh.. Nanti nak honeymoon lagi la kat sini .. Hehe.. Nak selidik berapa harga bilik ni.. hehe..
Yearghh .. Seawal jam 7 pagi , dah gerak dari Putrajaya bersama Ujang ..
Lokasi , The Bee , Jay One Petaling Jaya .. So far , layanan mmg cun ! Skang tunggu nak breakfast .. Heh ..
Aku tau .. korang senyum punya kan ? Yelah , ada orang kata .. blog yang tinggi trafik ni punya komuniti sendiri .. Kira yang keluar masuk tu geng geng tu jer ..
Mereka terlupa sesuatu .. Sebelum blog tu popular , apa taraf blog tu ? Apakah blogger tu seorang artis ? Selebriti ? Penjaga gol kebangsaan ? Mahupun adik penyanyi terkenal ?
Pastinya ada antara mereka sama seperti kita .. Orang biasa , blog pon biasa jer .. Tapi apa yang membuatkan mereka popular ? Haaa.. Part ni la kena bukak mata dik !! Tengok apakah kelebihan dan keunikkan mereka !
Kalau korang nak kata , dia cun atau kacak .. Skang ramai dah blogger cun dan kacak ! Tapi tak meletop pon ?? Haa.. Camana tu ? Yup , keunikkan blog mereka itulah yang membezakan dengan blog blog yang lain ..
Jangan cepat sangat putus asa .. Apa yang menyebabkan kita selalu putus asa dalam dunia blog ini , bab trafik ! Kita memikirkan camana nak dapat trafik tinggi macam blog popular tu sedangkan entrinya lebih kurang je kan ?
Bila kata trafik , maka akan dikaitkan dengan pendapatan dari blog .. Itulah yang menyebabkan ramai kecewa .. Bila tengok income , ciputt je.. Terus malas ..
Gini je la.. aku bagi tanah .. usahakanlah .. Tanam la apa pun kat situ atau nak buat kolam ikan sekali pon , buatlah .. Apakah esok akan keluar hasilnya ?
Gitulah blog .. Buat blog .. Dan kejayaan akan datang kemudian bila kita usahakannya .. Bagaimana ? Anda petani .. anda fikirkan caranya. Itulah keunikan dunia blog ini .. Masing masing punya cara sendiri .. Antara dosa dan pahala saja menjadi penentu ..