Dari atas sampai ke bawah , semua terlibat dalam dunia maya ni .. Kecuali mereka yang masih guna Motorola Star Tec atau public phone untuk call awek dia .. Haaa.. bukan hina mereka tapi mereka tak amik tau pasal dunia teknologi sangat .. kan kan ? Janji leh bernafas dah la kan ..
Apa maksud aku dari atas sampai ke bawah ? Maksud aku ialah dari atas , Perdana Menteri termasuklah mantan PM Malaysia , ada blog .. Hinggalah paling bawah yakni budak tadika .. Erk , budak tadika ada blog ke ? Adaaa .. Cuma kita je tak tau sbb mereka low profile ! Tak kejar populariti wooo .. huhu ..
Ini bermakna , hampir semua mereka yang punya pengetahuan asas IT ni tau akan kewujudan blog ni .. Cuma ada yang tak berminat nak amik tau dan ada yang terlebih pulak . Ok , tak kisah la.. hak masing masing .
Bila ada blog , pasti ada blogger kan ? Best ke jadi blogger ni ? Orang kata blogger ni banyak tabur fitnah atau dok bergaduh je dalam blog tu ?? Erkk… Yeke ? Tah la ..
Bagi aku mudah jer .. Blog ni , ibarat tanah yg lapang dan subur .. Apa kita nak buat dengannya ? Nak bercucuk tanam ? Nak dirikan resorts ? Hotel ? Atau nak buat rumah pelacuran ? Haaa… Ikut suka laaa .. Sebab dosa pahala , sendiri dapatkan ?
Maka jadi blogger ni bagi aku la kan , yg mana telah berblog hampir 3 tahun .. sangat best ! Best sebab orang kenal ke ? Popular ke ? Atau dapat duit ?
Macam macam jenis best yang ada ! Tapi bagi aku la , dengan jadi blogger , aku boleh bersuara dengan cara berhemah dan kalau bernasib baik , pasti pihak terbabit akan membacanya ! Alhamdulillah , aku tau ada yang dah amik tindakan secara senyap ..
Caranya , bila kita mengulas atau mengupas satu satu isu itu , biarlah dengan bersopan .. Jangan main kritik abis-abisan tanpa memberi cadangan langsung .. Tu tak betul dah kan ? Bayangkan kalau cikgu kita marah kita sbb kita gagal dalam ujian , sedangkan dia sendiri tak bagi tunjukajar yg betul pada kita .. Bengang la kan ?
Bab $$ dan popular tu , aku tak nak sentuh la.. Aku pasti korang pon tau bab tu kan dan boring pon dah nak kupas pasal tu .. Hurm , best atau tidak berblogging ni sebenarnya bergantung pada niat kita ..
Apa tujuan kita sebenarnya .. Kalau nak kaya raya , mungkin boleh tapi caranya lain la pulak kan ? Bukan tak boleh .. Boleh.. Tapi ada cara .. Haaa… apa pun , jangan sampai ada yang naik mahkamah nanti akibat keceluparan bahasa tu .. Dan berblog ni , bukan sekadar cakap dengan selimut yer .. Ada orang ‘mendengarnya’nya .. Salah maklumat , siap ler ..
Kesimpulan .. Aku bersyukur pada Allah atas peluang yang diberikan pada aku untuk bergelar seorang blogger sepenuh masa .. Aku akan terus membebel di blog sehingga sampai masanya .. InsyaAllah ..
Dan aku dah nikmati perkara yang tak mungkin aku nikmati sekiranya aku bukan seorang blogger .. Tapi sapa tau kan , rezeki .. Kalau bukan sebagai blogger , mungkin sebagai seorang ayah.. Hehe.. Segalanya kuasaNya ..
Nasihat , berbloglah selagi kita rasa gembira dengannya .. Nikmati dan hayati ‘keindahannya’ yang tersendiri .. Biar 1 dari 1000 asalkan , karya kita .. Jangan lupa ALLAH memerhati kita ..