Nak pakai ketat ? Ler , pakai jer …

by - Ahad, November 13, 2011

 

“ Along , tukar baju tu .. kan tak sesuai baju tu.. Ketat sana sini baju tu.. Iskh.. Dah , tukar tukar .. “

 

“ Ala yah , boleh laa... Malam ni jer .. Pls plsss ayah .. “

 

“ Ayah tak kisah sebenarnya .. Kalau kamu nak keluar ketat gitu , nak lagi ketat pon ayah tak kisah .. Cuma ayah tak nak nanti kat akhirat , kamu jawab kat Allah yang ayah tak jaga kamu masa kamu di bawah tanggungan ayah .. Haaa..Kamu berani jamin ke kamu takkan jawab gitu ? “

“ Gini je la .. ayah benarkan kamu pakai ketat macam ni .. Tapi kamu kamu kena mintak izin dari Allah .. Cuba bukak kitab Al-Quran tu dan cari dalam tu kot kot ada tulis dibenarkan wanita Islam berpakaian begini .. Kalau jumpa , tunjuk kat ayah.. Hari hari ayah benarkan kamu berpakaian gini .. ok ? Setuju ? “

 

“ Er .. ayah je la carikan .. “

 

“ Eh , apa lak.. ayah mmg dah jumpa.. Takde tulis dalam Al-Quran kata wanita Islam boleh pakai ketat cam hantu bungkus ni .. Kot la ayah ada terlepas pandang .. Kamu kan lebih pandai dari ayah .. Sekolah sampai universiti .. Haa… cepat cari..  “

 

“ Yelaahh.. saya tukar je la… Iskh..susah la ayah ni .. “

 

“ Kamu marah ayah ke marah kat Allah ? “

 

“ Erk.. “

image

"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)

"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)

You May Also Like

20 comments

  1. ada kenalan saya pun pernah camnie.. siap kata, "alar.. kau dulu pun pakai camnie gak." sedih betul dorang nie..

    BalasPadam
  2. menggunakan kuasa tegur yang lain :)

    BalasPadam
  3. nice entry bro.. nak ketat2, buat apa, sakit kulit jer. hehe

    BalasPadam
  4. Perempuan senang nak heret ayah, suami, abang, and adik lelaki masuk neraka. btw, suka ayat ni.

    "kamu marah ayah ke marah Allah?"

    BalasPadam
  5. well said abg ben.

    cara berhikmah.. :)

    kebetulan pulak...entri saye hari ni pun berkisar topik yg same... hihi

    BalasPadam
  6. bagus permintaan si ayah minta izin dr Allah.anak2 ni tak sayang mak bapak kot suka pki ketat2.dia lupa yg dia seret ayahnya ke lembah dosa juga

    BalasPadam
  7. semalam time nak balik perlis pun mak tegur suh pkai bju kurung . Miezah trus tukar bju kurung . smpai jer perlis kwn2 tya .knp pkai bju kurung ? huhu . time nak naik bas pun rmai yang keling . :))
    #prasan ayu

    BalasPadam
  8. tima kasih, saya dah dapat satu point nk tegur manusia yg xtutup aurat..

    BalasPadam
  9. tapi masalahnya, berapa ramai ayah-ayah yang tak berani menegur anak-anak tidak menutup aurat.

    BalasPadam
  10. the best one neyhhh...pasni bleyh try cara nie nk tgr mereka2 yg tak berapa nak dgr sgt...hihihi

    BalasPadam
  11. tapi ada jugak orang tua yang suka tengok anak nya pakai ranggi tapi allhamdullilah anaknya masih sedar.

    BalasPadam
  12. cool lah bapak dia! :D
    nak jadi camni gak ah, tak perlu memarah anak. :)

    BalasPadam
  13. perghhh...best sgt entri ni..thumbs up!!

    BalasPadam
  14. adakah si anak itu tidak mengerti bahawa berpakaian menutup aurat itu dapat mngelakkan dirinya daripada menjadi mangsa 'mata2 nakal'...

    BalasPadam