Iskhh .. apa ni ?? Nak tau ? Betul ? Betul ni ? Esok aku citer eh .. tidur dulu .. ngantuk bangett ..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Iskhh .. apa ni ?? Nak tau ? Betul ? Betul ni ? Esok aku citer eh .. tidur dulu .. ngantuk bangett ..
" Bang .. nanti singgah Caring yer .."
" Buat apa ?
" Nak beli barang skit .."
" Laaa.. Watson dekat ngan rumah kan ? Baik g sana .. ni lambat dah ... "
" Watson takde point Bonuslink .. Nak periuk diorg offer tu .. hehe "
" Adoi.. boleh pulak gini ?? "
" Arghhh .. geram aku kat sebijik kereta tu tadi .. "
" Napernya ? "
" Ko tau .. aku bawak skit punya lajuu tp kereta kat blkg aku sibuk bagi lampu suruh aku ketepi !! Aku wat dek je laa.. "
" Amboi .. berapa laju kau bawak ? "
" Laju dr biasa laa .. Dalam 80kmj ! "
" Hampeh .. Ko bawak laju tu dengan duduk kat lane kanan sekali ? Kalau aku driver kereta tu , lama dah aku langgar je kau !! Grr.."
" Err .. salah aku ke ? "
Maaf .. itulah hakikatnya lebih lebih lagi kebelakangan ini kita dapat baca atau tonton di tv atau akhbar online .
Kalau korang rajin baca akhbar online seperti SINARHARIAN , korang boleh nampak semua ini . Apa yang aku tulis ni bukan semata mata nak malukan bangsa aku sendiri tapi mintak kau dan aku fikir sama sama .
Bukak mata .. Awal pagi , dah mengumpat sesama sendiri. Dok maki hamun walaupun dalam hati . Kan ? Betul ? Bukan tipu kan ? Bila baca akhbar online , rasa hormat pada bekas pemimpin tak kira la pembangkang atau kerajaan sekali pon , langsung takda ! Kalau membenci sekali pon , perlu ke nak maki hamun ?? Apakah rasa kita tu bagus sangat sampai nak maki orang yang dah berjasa bertahun lamanya ? Apa yang dia buat , kita tak tau 100% .. Yang tau , kita dengar cerita .. Maka , itu urusan dia dengan Allah .. Sapa kita nak maki hamun dia ? Sekurangnya , dia membawa perubahan .. Kita ? Suruh mengundi pon lom tentu nak pergi ..
Ada sekali tu aku baca di ruangan komen yang mana komen tersebut bukan ditulis oleh bangsa aku ..
“ Diorang sesama diorang pon bergaduh pasal agama .. “
Lebih kurang begitu la bunyi dia .. Nampak tak ? Pandangan bangsa lain terhadap kita apatah lagi yang sesama agama ni .. Dok solat 5 hari semalam tapi mencaci maki sesama saudara ? Apa guna solat tu ? Apa guna zikir tu ? Apa guna wirid tu ? Saja suka suka ?
Haih … Sedih bila membacanya . Yang beri kenyataan tu , Melayu .. Yang memaki kat bawah tu Melayu .. Tu je ke yang belajar kat sekolah tu ? Takde dah budi bahasa ?
Orang yg bijak , gunakan akal untuk berkata kata .. Fikir-fikirkan . Tak kira la kita parti mana sekali pon , tapi jangan lupa , kita sembah Tuhan yang sama iaitu Allah ..
Waah .. rumah aku nyaris terlibat sama tapi bernasib baik tak .. Mungkin ada generator atau power dari sumber lain la kot .. Aku rasa segalanya bermula pada jam 9 lebih sewaktu dok layan Semanis Kurma. Tetiba lampu terpadam . Aku dah syak blackout tapi 2 saat kemudian , nyala semula .
Wife check kat FB , dia kata ramai kawan dia tulis status yg menyatakan blackout. Muhehehe.. Nasib baik .. Dah la lilin pon taruk mana.. Lampu suluh ? Adeh ..
Menurut sumber , pencawang TNB terbakar .. Entah betul atau tidak , aku tak berani la nak tulis kat blog . Dan ianya betul bila baca akhbar ari ni ..
STESEN pencawang TNB di Bandar Baru Bangi terbakar malam tadi menyebabkan bekalan elektrik terganggu di Bangi dan Putrajaya.
Hehe .. rumah PM pon terlibat gak .. Segalanya pulih , sejam kemudian . Alhamdulillah .. Nasib baik cepat .. kalau tak sian kat baby Ujang yang kepanasan.. Er, ramai baby lagi. Mak baby tak pe.. biasa dah panas kan ? Hehe .. Ayah , leh je bukak baju dan berkipas.. huhu .
Gambar contoh je
Sesuai tak pakaian di atas ni untuk perempuan g kerja ? Sesuai kan ? Cantik dan elegan gitu .. Bagi mereka yg kejanya deal dengan client , pasti akan tertarik dengan penampilannya dan berjaya pikat client dia tu .. Itu sudah bagus kan ?
Hurm .. Kalau persekitarannya adalah sama jantina , aku rasa takde masalah.. Kalau bukan ? Aku pasti akan mengundang masalah , akan datang ! Bukan berfikiran negatif tapi berfikiran mengelakkan masalah !
Ianya kenyataan .. peratus yang ‘ok’ sangatlah rendah berbanding yang ‘tak ok’nya dengan berpakaian yg ranggi ke pejabat. Ranggi ni , bagi aku yang sememangnya boleh membuatkan mata lelaki tak berkelip 10 saat .. Lama tuu .. Atau paling tidak pon jadi segan nak pandang…
Aku tak nak la bebel lebih .. tapi bagi mereka yang reti berfikir , fikirlah mengenai dosa pahala , maruah keluarga , maruah suami , maruah orang tuanya bila nak berpakaian yg .. korang pon tau la kan maksud aku ..
Fikir fikirkan .. Ini bukan nasihat tapi sekadar bual kosong . Dan jika suami tak kisah , bermakna dua dua tanggung dosa .. Suami tak tegur , isteri pulak tak kisah padahal memasing tahu akan hukumnya .. kan kan ? Jangan ingat isteri terlepas gitu je bila suami wat dek ..
Jawapan aku .. bulan depan .. Atau hujung bulan 3 atau awal bulan 4 .. Tapi aku tak sedar seperkara .. Dah masuk bulan 3 dah ni !! Aiyoo.. camana aku boleh rileks je eh ?
Baju wife dan baju baby , dah diletakkan dalam beg.. Dia uruskan sendiri. Aku rasa dia lebih puashati urus bab tu . Aku urus bab angkut mengangkut jer .. hehe ..
Tak sangka kan ? Sekejap je masa berlalu .. Tau tau je aku nikah dua dah .. Eh .. silap.. aku nak ada baby dah .. Pastu tau tau , bercucu dah .. Wargh.. tau tau je , dalam kubur dah .. Gulp ..
Minggu depan , masuk 9 bulan dah .. Bukan aku laaa .. Wife laa .. Dah mengandung 9 bulan .. Pengsankah aku ? Aiyok .. Huhu .. Tak pe.. Skang dok trained dia ..
“ Pushhh .. pusshhh .. pushhh.. “
Gedebum.. aku pengsan ..
Baru lepas tonton rancangan SEMANIS KURMA di TV9 dengan tajuk yg panassss iaitu SURI RUMAH LELAKI .. Bukan SURA RUMAH yer.. Rasanya tak wujud pun perkataan tu eh .. ke ada ? Ke baru DBP dah wartakan perkataan tu .. hehe .. tak kisah laaa janji korang tau apa ceritanya ..
Tak dinafikan zaman ni ramai lelaki dah memilih kerjaya sebagai suri rumah sebagai profesion mereka selepas berkahwin , termasuk aku . Pastinya kenapa mereka memilihnya , mereka saja yang tau.
Aku ? Seperti yang korang sedia maklum , kalau aku tak kawin sekali pon , aku rasa … inilah bidang yang aku ingin sangat lakukan dari dulu lagi ! Bukan blogging tetapi penulisan.
Berbalik pada topik , insyaAllah hujung bulan ni aku dan wife akan menimang cahaya mata pertama. Aku terfikir gak dan dia pun begitu jugak .. Nanti nak bagi sapa jaga si kecil tu ? Nak bagi taska ? Sedia maklum taska di Putrajaya ni mmg penuh dah dengan baby .. Dan kos untuk penjagaan dia lak bukan skit. Tak silap aku paling murah pon leh dapat RM350 sebulan. Tu nak ulang alik g amik dia lagi setiap hari ? Kalau dapat taska yang ok , alhamdulillah . Kalau kena kes dera yang kita dok tengok kat berita setiap hari tu , mau pening gak kan ?
Jadi , bila dibincang bincang .. kesimpulan .. Aku je la bekerja dirumah . Lagi pun masa depan wife dalam kerjaya dia , jauh lebih bersinar jika nak dibanding aku .. Terus terang ni .. Tarak malu punya .. Nak malu apa kan ? Kita masing masing ada kelebihan dan kekurangan .. Terima jer .. Dengan cara itu , kita akan membuka diri kita untuk lebih berusaha maju kehadapan . Ni asik asik , maluuu tapi buat dosa tak malu la pulak kan ?
Dan syukur alhamdulillah , sejak bekerja dari rumah disamping sidai baju , kutip baju , buang sampah , bersih rumah dan macam macam lagi kecuali masak dan lipat baju ! Argh.. dua menda ni liat giler aku nak buat terutama lipat baju ! Aku tak tau laaa napee .. Bila aku lipat , QC tak puashati. Aku kalau dah kena tapis gitu , mmg aku malas dah nak buat .. ahahah .. Teruk kan ? Jangan ikut perangai cam aku. InsyaAllah aku akan berubah.. Nanti leh buat sama sama ngan babyy.. hehe ..
Cuma yang tak enak mengenai suri rumah lelaki ni , jenis yang mengambil kesempatan pada isterinya .. 100% di bahu isterinya dan dia goyang @$^@#$^ jer … Ni mmg dayus ! Tu belum campur lagi dengan perangai yahudi dia yang suka berjudi , enjoy atau melepak bersama kawan .. PErgh.. memang malang tang ni ..
Dan seperkara lagi , jiran akan pandang serong skit la pada suri rumah lelaki ni . Aku ? Hehehe .. Pandang laa.. ada aku kisah ? Sekurang-kurangnya aku buktikan yang aku bukan sekadar omong kosong .. Ni kerja tapi dok kutuk bos.. Pastu curik tulang .. Haa.. aku sedar diri gak .. Dari wat dosa , baik aku sendiri jadi bos sendiri kuli..
Waktu kerja aku ? Kul 7 pagi mula kerja hingga 2 pagi .. Tv pon tak tengok ok ! Tidur ? Pergh.. time lunch je .. tu pon 10 minit jer .. Selebihnya , cari bahan dan job di internet .. Weee .. Sapa kata jadi suri rumah best ??
Hurm .. datang dah dia ni .. Dari jauh dia bagi salam. Terpamer keletihan di raut wajahnya. Memang aku kenal mamat Bangla ni .. Rajin dia .. Cari duit poket time lunch dengan bersihkan kebun jiran jiran yang ada di kawasan taman aku ni ..
Dia datang dan duduk atas batu dekat depan rumah aku ni.
“ Itu orang pindah Pahang. Banyak jauh aa .. “
Aku senyum..
“ Dia polis. Mesti kena selalu tukar punya .. “
“ Oo.. dia polis ka ? Saya tak suka polis. Allah tak suka polis.. “
Aku senyum. Aku faham maksud dia . Yelah , mat Bangla kan.. Faham faham je laa ..
“ Saya punya handphone , polis angkat. 300 ringgit saya beli. “
Mengeluh panjang dia .. Muka mmg dah sedih abis ..
“ Bukan semua polis jahat .. “. Aku cuba sejukkan hati dia .
“ Ya , saya tau . “
Pastu dia ada la bebel lagi yang mana aku nak tangkap setiap kata kata dia tu , makan masa utk aku terjemahkan apatah lagi , dalam kepala aku .. gym gym gym .. Lewat dah ..
Aku bagitau dia yang aku nak keluar g gym. Lambat dah. Dia akur. Aku tau , dia nak cerita panjang lagi .. Tak cerita kat aku pon aku tau .. Apa nak buat kan ? Inilah dunia kita .. Antara sedar tak sedar jer mereka ni.. Tak kira dah dosa pahala.. yang penting , tekak sendiri lepas ! Hari ini.. Esok ?
Mereka yang punya kuasa ni … ingat ingat la akhirat .. Ada balasannya .. Jangan gembira sangat atas dunia ni ..
Arghh .. abis laa.. abis laaa .. abis laaa .. Kalau aku gagal STPM kali ni , mesti mak aku terima jer sapa sapa masuk meminang ..
Eceh .. Janggut pon dah beruban , ada hattiiiiii lagii .. Caitt .. Dah dah .. Jom kita takutkan budak budak yang nak amik results ni.. Hahaha .. Ramai blogger yg amik results ni .. Antaranya ?? Haa.. Tu aku tak berani nak dedahkan la.. diorang pemalu .. heheh ..
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM ResultNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut.
Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada jam 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Tahun lalu 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian. – BERNAMA
CAHAYA MALAIKA … itulah nama yang diberi oleh pasangan selebriti Asmawi Ani atau Mawi dan isterinya Nora’Asikin Rahmat (Ekin) .
Comel gitu .. huhu .. Ada rupaa .. er .. er .. er .. mestilah rupa diorang kan .. Takkan rupa aku lak kan ? Tu masalah tuuu .. hahaha.. Guwau je Mawi .. Album bila keluar ? Hahaha..
Tahniah yer ! Oh yer .. Menurut Mstar , Mawi akan membahasakan dirinya “Abi” manakala Ekin pula sebagai “Ummi” untuk anak mereka itu .
Aku , daddy cool .. dan Mummy chill ! Hahaha .. Mau kena chili sama mak mertua aku kalau gitu.. haha ..
Perghh .. Awek kereta sebelah usha aku la pulak. Kontrol Ben kontrol ! Sekali dia melambai kt aku...
Alamakkk .. takkan kot .. Aku turunkan cermin kereta .Dia senyum . Takkan kat depan trafik light mintak no telefon kot ??
Dia bersuara ..
' Bang , petrol stesen yg dekat kat mana yer ? '
Huh .. nasib baik panggil aku 'abang' .. Kalau panggil 'pakcik' tadi , mau aja aku suruh terus menghala ke KLIA !!
Bienda selamat melahirkan anak perempuan pada 26 Februari lalu melalui pembedahan dan menamakannya Lavienda Namiraz . Haa .. Apa maksud nama Lavienda Namiraz ni ? Kalau Lavenda ni tau la kan .. Bunga Lavenda la kan .. Namiraz ni ? Tu nama orang belah asia barat la tu .. hehe ..
Berbalik pada Bienda .. Dia telah melahirkan bayi seberat 2.95 kilogram itu secara normal tidak kesampaian dia bersyukur dan gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.
Bienda berkata dia terpaksa menjalani pembedahan demi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk kerana leher bayinya terbelit tali pusat.
"Kalau diikutkan saya dijangka bersalin pada 10 Mac depan. Apabila saya dan suami buat pemeriksaan pada Sabtu lepas, belum ada kontraksi yang membolehkan saya bersalin.
"Apabila pulang ke rumah, saya mula alami kesakitan yang berpanjangan selama 12 jam sehingga memaksa kami ke hospital semula pada Ahad.
"Apabila diperiksa, bayi saya berada dalam keadaan terlentang dan lehernya sudah dibelit tali pusat. Atas dasar keselamatan, saya teruskan juga bersalin secara pembedahan," katanya.
Apa pun , tahniah buat Bienda dan suami Kamarul Zariman Abd Rahman .. Dan syukur pada Allah segalanya selamat ..
Gulp ..
Sumber – Mstar
“ Ah , lama lagi nak siap kereta aku .. Layan update entri dengan ultrabook aku ni pon best .. Nasib baik aku dapat ultrabook ni .. Usung mana mana pon senang.. “.
Setelah bagi kunci kereta Myvi aku tu pada staff di Perodua Service Centre ni , aku update blog ..
Aku pandang keluar tingkap ..
“ Hurm .. tu kereta aku tu .. Kenapa dia letak kat situ ? Tadi nampak dalam bengkel diorang .. Lantak la.. Kalau dah siap , mesti dia jerit dah nama aku .. Ni tak de pon .. “
Layan FB .. Twitter .. Approve komen … Tu je la keje aku kat situ . Tengok jam , dah hampir kul 12 tengahari .. Ni kang g lunch ngan wife pon best ni .. Confirm dia belanja guna duit aku .. Hahahha ..
Tak lama kemudian , wife aku call .. Panjang umur dia.. Cam tau tau aku ngumpat dia .. huhu ..
“ Abang ada kat mana ? “
“ Laaa .. kat mana lagi . Centre ni la.. Dok tunggu kereta siap .. “
“ Dok tunggu apanya .. Kereta lama dah siap ! Diorang call ni haa suruh amik kereta … Iskh .. “
Aku pandang keluar . Oh , tu kereta aku rupanya ! Aiyoook ! Ni semua kesyokkan mengupdate blog dengan ultrabook aku la ni sampai tak sedar tu kereta aku !!!! Arghhh …
Sebelum aku guna ultrabook ni , aku selalu terfikir nak beli tablet utk update blog .. Dan aku pon g la cari kat Low Yatt tu .. Bila dah sampai sana , nafsu untuk guna tablet waktu tu mati bila aku try guna.
Kenapa ? Sakit leher nak kena tundukkan kepala untuk tgk skrin tu. Walaupun guna touch screen tapi tak sesuai untuk aku yang lebih gemar menaip dengan menggunakan keyboard. Apa orang kata .. lagi cooooll dan lebih puas !
Aku beli netbook yg kecik tapi agak berat berbanding tablet . Usung la ke sana sini netbook tu .. Hehehe .. Dan sekarang , aku guna ultrabook untuk gantikan netbook aku tu ! Usung ke sana sini ? Takde masalah langsung ! Ditambahkan lagi dengan kelajuaannya seperti tablet , mmg sangat best laa .. Nak hibernate sekejap jer , nak on balik pon , lagi sekejap berbanding netbook.
Dulu , aku malas nak shutdown laptop sebab nak tunggu lama bila restart .. Yelah , nak update blog kena pantas kan ? Heheh .. Tapi dengan guna ultrabook ni ? Pergh.. Tak sempat menguap dah leh pakai ! Haaa .. Part connection ke internet, mmg menakjubkan !
Ok .. aku nak tanya korang la eh .. Kalau sudi komen la yer.. Kalau korang ada duit la kan , nak beli tablet atau ultrabook ni untuk update blog ?
Wow ! Sangat mantap Insight yang baru ni . Nampak lebih sporty ! Berbeza dari yang lama terutama di bahagian depan bumper dan headlights ditintedkan dengan warna biru .
Penjimatan minyak adalah antara kelebihan Insight ni .. Part tu boleh nampak dibahagian rekabentuknya yang aerodinamik agar lebih pantas meluncur di atas permukaan jalanraya .
Amat sesuai sekali digunakan di dalam bandar bagi mereka yang inginkan kelainan terutama bila memandunya.
Ada 4 jenis warna yang ditawarkan untuk pembeli iaitu Super Platinum Aqua Metallic, Premium White Pearl, Crystal Black Pearl and Alabaster Silver Metallic . Harganya pula adalah RM99,800 (atas jalan ) dengan jaminan selama 5 tahun bateri atau 140,000 km jarak perjalanan , bergantung mana satu yang terlebih dahulu. Jaminan tersebut adalah yang paling lama pernah ditawarkan di Malaysia.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , sila hubungi Honda Toll Free number di 1-800-88-2020, atau ke website Honda Malaysia's website at www.honda.com.my. Nak lagi best , g terus ke showroom HONDA dan rasailah kehebatannya !
Infografik bagi memudahkan pemahaman bagaimana HONDA HYBRID ini berfungsi .
Kronologi HONDA HYBRID di Malaysia bermula dari 1999 hingga Dec 2011
Kenyataan media dari HONDA MALAYSIA
Petaling Jaya, 29 February 2012 – Honda Malaysia Sdn. Bhd. (“Honda Malaysia” or the “Company”) today introduced the bolder and more futuristic looking Insight. In addition to the new sporty outlook, the upgraded model promises to deliver better fuel economy along with a string of other enhancements.
The new Insight is poised to be a stylish hybrid vehicle that is fun to drive while being environmentally friendly. Enhanced with new features and advanced styling, the popular hybrid is considered a choice ride for everyday use. Being green effortlessly is a plus with its commendable fuel economy.
Noting the track record of Insight, Managing Director and Chief Executive Officer, Mr. Yoichiro Ueno highlighted that “Honda Insight has been clocking impressive sales numbers since its official launch in December 2010. Within a year, Honda Malaysia has sold an industry record of 4,568 units, which surpassed the company’s initial target of 4,000 units. In 2011, according to estimation, a total of 8,394 units of hybrid vehicle have been sold. Insight was the best selling hybrid capturing 54.4% of the market share.”
“In this upgraded model, the changes and enhancements are in line with our Honda’s principle, which is to offer high quality products to achieve customers’ satisfaction. Thanks to our customers’ continuous support, the new Insight offers a bolder character, improved comfort and practicality,” he added.
Fitted with new front and rear bumper design, the new Insight is set to make more heads turn with its even sleeker look. On the front, the headlights now have a tint of blue highlight; the new grille has a blue reflector underneath, giving it a glamorous glow. As a whole, the new Insight boldly exudes an air of advanced styling.
Fuel economy has always been the central aspect of a hybrid vehicle. Appearance aside, modifying the aerodynamic devices also improves the aerodynamics of the car, reducing the running resistance, which directly results in better fuel economy. The engine has been improved to achieve better fuel economy. As a result, the power-train efficiency is largely improved with reduced friction and enhanced CVT (continuously variable transmission) efficiency. With the modification of the engine control and installation of power-saving fuel pump, the power consumption has also been subsequently reduced.
As an ideal city ride, it is important to ensure a smoother, more comfortable and quieter ride. Hence, the new Insight is added with noise insulation materials for better NVH (noise, vibration and harshness) performance. The result is a more comfortable ride that makes driving pleasurable.
As for the interior, the seats are upholstered with a new fabric. Backseat passengers now enjoy a more spacious cabin with an extra head clearance of 15mm following some adjustments on the shape of the roof lining and the hip point of the rear seats.
Thanks to customers’ feedback, Honda has changed the wiper motor garnish and reduced the thickness of the tailgate garnish. The change, from a safety standpoint, helps driver see the rear more clearly.
The new Insight has obtained a 6-star JNCAP safety rating for driver and 5-star JNCAP safety rating for passengers. This upgraded model comes with a safety feature called Hill Start Assist (HSA) that enhances the existing Creep Aid System. Other safety features includes dual SRS Airbags, Vehicle Stability Assist (VSA), Advanced Compatibility Engineering Body (ACE), Active Head Rest, ISO Fix, Anti-Lock Braking Systems (ABS), Electronic Brake Force Distribution (EBD) and Brake Assist (BA).
The wave key has been changed to a more compact jack knife key and there are four colors for customers to choose from: Super Platinum Aqua Metallic, Premium White Pearl, Crystal Black Pearl and Alabaster Silver Metallic.
Selling at RM99,800 (on the road), the new Insight’s IMA (Integrated Motor Assist) battery comes with a 5-year or 140,000 km warranty, depending on which comes first. The warranty is currently the longest warranty period offered in Malaysia. Fully aware of the current demand of the new Insight, Honda Malaysia has shortened the waiting period to less than two weeks.
Starting today, customers can visit any authorised Honda showrooms to view and test-drive the new Insight. For more information, please call Honda Toll Free number at 1-800-88-2020, or log on to Honda Malaysia's website at www.honda.com.my.
Entri berkaitan :
Nak popularkan blog bukan mudah lebih lagi kalau nak guna air liur je .. kan kan ? Bukan tak boleh , boleh .. Banyak cara tapi ‘penat’ skit laa ..
Antaranya , buat entri kontroversi .. Cari pasal dengan blogger blogger lain atau nak lagi best , buat je fitnah kat artis. Artis bengang , pasti kuar kat tv .. Rancangan hiburan pon cari isu panas dan dapatkan artis.. Tak pasal pasal TERBABBOOOOO blog anda yg mulia itu .
Berdosa kan cara tu ? Kalau kena kat kita , mungkin tak kisah .. kalau kena kat adik beradik atau cucu cicit kita nanti ? Mau terduduk gak menanggung rasa geram , marah dan juga malu . Jadi cara tu mmg tak berbaloi sebab dapat bala nanti !
Antara cara yg aku fikirkan untuk popularkan blog , kaedah yg aku mula mula guna pakai .. Dan sangat sangat berbaloi laaa .. Betul .. serius.. tak tipu … Kalu ikutkan dari sumber trafik aku , Google Analytics cara aku ni , mendapat no 2 la selepas dari carian Google. Haaa.. amacam ?
Nak tau camana ? Klik SINI . Jangan kata aku tak ajak lak !
Selepas persediaan selama beberapa bulan, sebuah bongkah batu gergasi memulakan perjalanan sejauh 169 kilometer menuju ke Muzium Seni Daerah Los Angeles di sini.
Batu granit seberat 340 tan itu yang dipilih oleh pengukir terkenal AS, Michael Heizer sebagai bahan pamerannya, meninggalkan sebuah kuari di Riverside dekat sini lewat kelmarin.
Batu berkenaan yang setinggi bangunan dua tingkat dan berbentuk seperti titisan air mata, diangkut di atas sebuah treler sepanjang sebuah padang bola sepak.
Kenderaan itu dibina khas bagi membawa beban sekurang-kurangnya 450,000 kilogram.
Ia dijana enjin berkapasiti sehingga 650 kuasa kuda.
Sekitar 60 orang diperlukan untuk memastikan perjalanan treler berkenaan lancar terutamanya ketika kenderaan tersebut melalui selekoh sebelum ia dijadualkan tiba di destinasinya pada 10 Mac ini dalam perjalanan yang mengambil masa selama 11 hari.
"Orang ramai datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bongkah batu tersebut," kata jurucakap muzium berkenaan, Miranda Carroll.
Heizer menemui bongkah batu gergasi itu enam tahun lalu dan akan menjadikan ia subjek untuk pameran terbaharunya, Levitated Mass.
Beliau merancang meletakkan bongkah batu tersebut di atas sebuah parit sepanjang 139 meter.
Para pengunjung akan dapat melihat ia kelihatan seperti terapung di udara. – Kosmo
BERIKUT adalah surat-surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar .
1 ) SURAT DR.MAHATHIR KEPADA BENJAMIN NETHANYAHU
PERDANA MENTERI MALAYSIA
14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem
Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.
Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.
Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.
Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.
Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.
Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.
Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.
Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.
DR MAHATHIR MOHAMAD
2) SURAT DR.MAHATHIR KEPADA YITZAK RABIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA
21 Disember 1993
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.
Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.
Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.
Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)
DR. MAHATHIR MOHAMAD
3) SURAT DR.MAHATHIR KEPADA EHUD MUBARAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
8 Jun 1999
Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV
Tuan Yang Terutama,
Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.
Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.
Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.
Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.
Yang Ikhlas
Dr Mahathir mohamad
SUMBER – BERNAMA
Sebelum tu , mintak tolong baca entri ni dan tinggalkan satu komen yer .. Cool giler TOSHIBA ULTRABOOK PROTEGE Z830 .. Terima kasih ..
Alahai .. sian dia .. Keyword semalam .. Malu eh ? Zaman ni mana ada orang mintak no tel dah ! Orang minta FB dia atau Twitter dia .. Kalau nak lagi best , mintak je ICQ dia .. ahaha .. sahih ramai tak tau apa tu ICQ ..
Ok .. skang nak tips minta no tel awek ? Takat ni , aku tak pernah la mintak no tel awek tapi awek mintak no tel aku ada la .. Ala , tu mintak pon sbb nak sewa bas sekolah abang aku ! Bukan nak ajak g dating pon .. aiyo ..
Ala , senang je nak minta no tel kat awek ni .. Kalau nak mintak no tel kat awek yang baru kenal .. Cara dia gini ..
“ Hi wak .. cantik laa hp awak .. dari tadi teringin nak tengok.. boleh tengok tak ? “
Pastu belek belek la .. taip terus no telefon ko kat situ dan buat la missed call .. Aku confirm ko dapat no tel dia dan penampar sekali .. Kira pakej la ..
Kalau nak sangat , g jer la minta .. Jadi la jantan skitt .. Aiyook ..
“ Awak , no tel awak berapa ? Kita nak masukkan dalam list senarai awek yang kita berkenan laa . boleh ? Kalau tak de , bagi mak awak punya pon ok gak .. Tak dapat anak , mak pon jadi la .. “
Confirm dapat .. Korang tau dapat apa kan ?
Alahai .. apa la susah sangat nak ngayat awek untuk dpt no tel ni .. Pandang pandang je dia .. senyum jee .. main je mata .. haa .. confirm arr .. Contoh ? Ni jadi wooo.. Baca kat entri TERINGAT ZAMAN NGORAT AWEK DULU ! ni haaa ..
Tu je la cara terbaik .. Nak lagi terbaik , suruh je la mak ayah masuk minang .. Senang cerita aih .. Tak kenal dia ? Kalau tak kenal , maka g la ngorat cam aku suruh tadi .. huhu ..
Psst .. elakkan dosa dan noda yer .. hehe ..