Aku tengok wife aku terbahak bahak baca surat ni .. Er .. korang faham tak ni ?? Ni pon dia tagged aku di FB .. haaa .. jadi saja la kongsi ngan korang ..
Aku tengok wife aku terbahak bahak baca surat ni .. Er .. korang faham tak ni ?? Ni pon dia tagged aku di FB .. haaa .. jadi saja la kongsi ngan korang ..
“ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. “
Ah .. lega .. hehehe .. Kenapa lega eh ? Hehehe .. hanya mereka saja yang tau dan ada yang tepuk dahi .. kenapa ? Hanya mereka je yang tahu .. Ini isu panas nak dibincangkan secara terbuka . Nak berdebat pon tak guna sbb dah batal .. hahaha ..
Jom g tengok JOHN CARTER 3D kat Alamanda ..
“ Kira-kira 1.4 juta penjawat awam menunggu dengan penuh debaran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), esok. “ – SINARHARIAN
Seronoknyer !! Seronokkan ? Seronok laaa .. Hujung bulan , gaji masyuk … Awal bulan , kasi shopping sama family .. bayar hutang sana sini .. Tengah bulan rileks tunggu hujung bulan … Waaa.. manyak siyokkk …
Tak kisah la .. rezeki masing masing .. Alhamdulillah.. Aku tumpang gembira bila melihat kawan kawan gembira .. Cuma bila dah naik gaji tu , jangan la pulak prestasi dan disiplin di takok lama . Faham faham la kan ? Jangan nak melenting lak bila aku tulis gini . Hakikat yg kita mmg lihat dari dulu .
Tapi bukan laa semua gitu . Namun yg segelintir inilah yg memburukkan semua nama penjawat awam ! Mentang mentang susah nak amik tindakan ke atas mereka … naik lemak la pulak kan ?
Faham-faham la yer .. Dan buangkanlah sifat politik dalam pejabat ni . Pelik pon ada .. Contoh la kan , ada 10 orang je dalam satu unit . Tu pon boleh pecah ke 5 parti politik !! Camana laaa nak bersatu padu .. Banyak masa sangat la kot ..
Jika SBPA menjadi kenyataan yg mana mereka yang patut mendapat haknya , tahniah .. Jika tidak .. teruskan beri komitmen anda pada negara. Kalau tak nak , berenti je kerja . Ramai lagi yang nak kerja tu .. kan kan ?
Design terbaru .. Citarasa terkini .. Hanya di Habibi Al Kenali. Harga RM39 sehelai. Jika beli 2 helai , free pos ! Untuk maklumat lanjut sila ke http://habibi-kenali.blogspot.com/ atau FB page HABIBI AL KENALI. Atau , boleh je terus sms 012 655 3974.(nyatakan nama, alamat n no kod shawl)
Happy Shopping with Habibi =)
Kesannya , pasti banjir la kan . Sejak dulu lagi dah tau .. Kat KL ni , hujan jap je dah cukup .. confirm ada tempat banjir dan yg lagi confirm ialah ..
Gambar ( Hmetro dan Utusan )
Ada byk lagi … korang google la gambar gambar banjir tu . Bagi aku sama je tiap kali banjir gambar gambar tu. Bukan takde perubahan tapi mmg sukar nak buat apa apa dah .. Padat giler dah KL ni..
Dan aku amat bersyukur sangat laa semalam aku tak keluar rumah . Kalaulah keluar .. aku tak tau laaa camana aku punya perasaan yg baru baik demam ni ..
Confirm demam balik ! Syukur pada Allah , takde yg terkorban semalam ..
Bila tanya mereka yang baru buat blog ni , kenapa mereka buat blog ? Boleh dikatakan majoriti nak merasa duit dari dunia maya ni ! Sebab dengar cerita ada yang sampai puluh ribu kan ? Hanya dengan buat blog je .. Hanya dengan merapu je dalam blog .. Dah dapat duit banyak ..
Maka ramailah buat blog dan beria meminta dalam paksa pembaca klik iklan mereka dengan harapan , duit dalam akaun mereka terisi ..kan kan ?
Tak semudah itu kawan .. tak semudah itu .. Kalau harap duit dari “ kau klik aku , aku klik kau atau kau tolong klikkan aku nanti aku tolong klikkan kau bila aku ingat “ , mmg kesudahannya , hujung tahun blog jadi bersawang la atau jadi blogger lanun ! Blogger lanun ni , bagi aku blogger yang suka serang blogger lain atas niat nak provoke dan cari gaduh .. Dan dia dapat pendapatan dari situ iaitu dosa ..
Jadi dari mana sebenarnya pendapatan blogger ni ? Korang akan tahu bila korang mula mengerti apa itu sebenarnya dunia maya ini .. Banyakkan membaca dan bertanya soalan soalan yg bijak untuk ditanya ..
Serius , seronok tapi penat ! Sangat penat .. cam aku .. orang dah tidur , aku sibuk dok buat kerja sedangkan kat luar tu , hujaaann.. Seronok laaaaa tidurrr .. tapi demi keluarga , dan ingin buktikan bahawa tak semestinya dengan makan gaji saja boleh hidup , aku kuatkan semangat ! Yearrghh …
Esok leh g tengok wayang .. lalalalala .. Argh .. ada satu lagi job kena buat lak.. haish ..
Sebuah filem baharu, Fetih 1453 yang mengisahkan penaklukan tentera kerajaan Uthmaniyah ke atas kota Constantinople pada abad ke-15 mendapat sambutan hebat di Turki.
Kira-kira 3.4 juta orang telah menonton filem tersebut sejak ia ditayangkan pada 16 Februari lalu.
Filem Fetih 1453 itu menelan kos AS$17 juta (RM51.4 juta).
Menurut agensi yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, Box Office Turkey, seramai 3.4 juta orang telah menyaksikan filem tersebut dalam tempoh dua minggu pertama ia ditayangkan.
Agensi itu meramalkan filem tersebut akan memecahkan rekod penonton yang dicatatkan oleh beberapa filem lain di negara ini.
"Ia bukan kali pertama filem yang bertemakan penaklukan Constantinople ditayangkan tetapi Fetih 1453 ialah filem pertama yang menjalani penggambaran di Turki dengan bajet besar," kata seorang kakitangan di pejabat akhbar filem tersebut, Filiz Ocal.
Filem arahan Faruk Aksoy itu mengisahkan penaklukan kota Constantinople oleh tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dengan menewaskan tentera empayar kerajaan Kristian Byzantine.
Pada permulaan filem yang berdurasi 160 minit itu, tertera hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya ialah sebaik-baik tentera.
Constantinople kini dikenali sebagai Istanbul – KOSMO
FACEBOOK oh FACEBOOK .. kewujudan kamu mmg memberi warna warni atas dunia manusia .. Macam macam ragam , gaya , karenah , perangai manusia telah kamu rakamkan dan mereka tidak kisah langsung mengenainya .. Malah ada yang berbangga sehinggalah ianya disalahguna. Ahakss ..
Tadi la kan .. nak dijadikan cerita laaaa .. Aku g laa makan burger kat Mcdonalds dengan awek aku .. wife aku la tu.. aiyo.. terjojol saja bijik mata tu .. hiskh..
Sedang nak masuk ke dalam restoran tu , ternampak dua awek comel nih ( bagi aku semua comel.. Ciptaan Allah .. sapa kita nak kata tak cun kan ? ) berjalan sambil pegang aiskrim yg aku rasa mmg diaorang baru je beli kat McD tu .
Tetiba diorang berenti dan salah seorang keluarkan handphone dan terus dua dua berposing sambil gigit aiskim tu kemudian ketawa. Hahahha.. Mesti korang leh teka kan apa yang berlaku seterusnya..
Itu yang biasa berlaku la.. Terus upload ke FB .. dan penyakit ni , serius dan menular ke aku gak ! Hampeh …
Waahh … berasap wife aku baca ! Baru baik demam terus fikir nak menikah baru ? Amboi… ke situ terus eh ? Dasar LELAKI !! Asik nak menikah yg baru jer !!
Hahaha .. rileks laa … LELAKI tidak akan menangis di depan pasangannya kerana mereka ego ! Kan ? Kenyataan kedua pulak , mereka simpan untuk bakal pasangannya yang baru .. Haa , yg ni kalau ditembak , pasti marah aar puak LELAKI ! Ingat gatal sangat ke semua LELAKI ni ??? Haa .. skit skit nak menikah baru .. tak pun , asik nak tukar gf jer .. Haaa ..
Kalau gitu , nape nak ego dengan pasangannya sendiri kan ? Rendahkan la sedikit ego tu. Agar lebih terbuka perhubungan pasangan tu. Lebih mudah nak berkomunikasi .. Tak de la nanti g cari orang lain untuk meluahkan perasaan tu .. kan kan ?
Jadi , kenyataan di atas yang aku reka tu , punya dua maksud yang berbeza tetapi membawa satu erti iaitu LELAKI ni EGOnya tinggi. Tak guna punya ! Jangan lupa yer , Nabi Muhammad s.a.w pun ke dapur untuk bantu isterinya masak ..
Simbolik… Fikir fikirkan ..
Ko berenti kerja eh ? Skang ni dok cari makan dengan blog je la eh ? Eh .. boleh ke hidup ?? Confident ke ?
Aiyo .. Bukan sekali .. bukan 2 kali .. Banyak kali dah aku dengar dan menariknya , ianya datang dari mereka yg satu ‘color’ dengan aku saja ! Yg bukan color aku , mereka senyum sbb mereka tau , dengan kayu pon boleh dijadikan punca rezeki .
Aku tak perlu cakap panjang. Aku tahu korang boleh fikir .. Aku dah puas fikir . Aku hidup sekali dan tak nak mati kerana tekanan jiwa sbb kerja ! Weekkkk !
Sementara dok tunggu wife yg sedang buat pemeriksaan rutin di klinik , aku g mencekik kat cafe berhampiran. Plan nak layan movie je kat sini tapi cam malas lak.
Terpandang satu pasangan ni dok berbual mesra gitu. Tapi mereka membahasakan diri ‘ aku kau ‘ saja … Hehe .. Rakan pejabat la kot. tapi peliknya ni jam 2.30 petang dah. Orang dah start keje.. Ok , fikir positif. Diorang CEO la kot .. tengah meeting kat situ .. ok ?
Teringat satu perangai yahudi aku dulu .. Buat mereka yg tak kenal aku maka aku nak bagitau la yer .. Aku ada satu penyakit dulu. Suka gile cemburu ! Aku rasa penyakit ni mula singgah sejak aku dicurang sewaktu bercinta di darjah 5 dulu kot .. hahahaha … Darjah 5 dah kena curang !! camana tu ? Oh , darjah 5 dah bercinta ? Apa nak buat , dulu dan kini , selamanya hotz… hahaha ..
Sejak dari tu ,aku mmg sukar nak percaya kat perempuan walaupun mak aku ! Mak aku suka kata tak de duit tapi tau tau jer makan besar ! Waaaaa…. hahaha .. Tang tu je la.. Mak aku penjimat. Bukan penipu yer..
Haaa .. sambung.. Aku sukar nak percaya pada awek-awek yang aku ada woo dulu lebih lagi bila kerap bersama dengan kawan lelaki. Aku berfikiran , kalau tak jaga .. mesti kena kebass punyaaa .. Apa nak buat kan ? Gatal g cari awek cun sapa suruh ! Tapi masalahnya , yg tak cun pon kena kebas ! Aiyaa .. Sapa yang bersalah skang ni ?
Maka , hari hari laa bergaduh pasal cemburu bangang aku ni ! Lelaki tegur awek tu pon aku marah ! Senyum pon aku marah ! Camana tu ? Haaa ..
Sampai satu tahap aku pon malas nak cemburu dah .. Aku pon biar je la atas dasar percaya .. Caya la sangat neeehh .. I trust u bebeh !!
Yearghh .. akhirnya dia dikebas orang gak .. Hahahaha .. Aku kata dah ! Buang karan jeer .. Hahahaha .. Pengajarannya kan ? Mudah jer.. Kalau dah kenal perempuan , berkenan .. G je jumpa orang tua dia .. Booking terus.. Simpan duit . Nikah dan buat anak seramai yang boleh agar tak dikebas mana mana lelaki yg dah tak kenal dosa pahala !
Waduh .. ada orang google LELAKI KOREA TANPA MEKAP ! Waduh wadih wadeh ! Sampai gitu sekali ke ketaksubannya terhadap kekacakan lelaki korea ini ? Weee… Pengaruh drama korea neh … Dasat ..
Mesti nak tau camana rupa diorang tanpa mekap kan ?
Amacam ? Kata dah kan ? Kacak wooo .. Korang je tak percaya .. Aku lama dah percaya …
“ Si perogol kena hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan manakala maknya yang ..hurm… itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. “
Apa nak jadi sekarang ni ? Dunia semakin tunggang langgang. Gila kuasa. Gila glamer .. Gila duit .. Macam macam gila ada .. Tapi yang dilakukan oleh si ibu terhadap anaknya itu amatlah tidak bertamadun langsung ! Sangat tidak masuk akal.
Hurm.. sedih masyarakat sekarang ni . Walaupun jumlahnya amat kecil tapi virus virus begini amat bahaya.. Kita tak sedar dalam diam virus ini menghampiri kita setiap hari !!
Carian google yang pastinya dari anak muda kita yg senantiasa ada setiap hari !
dan banyak lagi laa ..
Aku malas nak ulas pasal kes tu .. Aku pasti korang dah baca pon kan . Fikir-fikirkan la.. Pandang semula anak kita , adik beradik kita , saudara mara kita atau kawan kawan kita .. Siapa kita tanpa mereka satu hari nanti ..
Hari tu layan 3 Idiots .. aku tangkap nangis .. huhu .. Dan baru tadi , aku layan satu lagi movie arahan Aamir Khan sendiri yg berjaya buat aku selsema malam buta ! Benci , benci , benci !
Taare Zameen Par – Every child is special ..
Hurm .. satu movie yg sangat sangat 5 bintang bagi aku .. Nak dibandingkan dengan .. dengan .. Alaa… kang aku sebut , kata berat sebelah lak.. Tapi itulah kenyataannya ..
Cerita pasal apa ? Tu korang kena tonton sendiri. Tapi bila nak tonton tu kan , tontonlah time free sbb leh hayati jalan ceritanya dan memahami intipati filem ini.
Satu filem yang sangat simple tapi berjaya disampaikan dengan penuh emosi dan berkesan ! Aku harap sangat ada pembikin filem negara kita punya idea begini. Malangnya … hurm …
Bagi mereka yang belum sempat nak tengok , leh tengok secara percuma tanpa perlu download dan siap sarikata english di SINI
Lirik lagunya pun punya erti jika dibaca dengan teliti ..
Berjaya sungguh budak ni bawak watak dia .. Dasyat tul penangan Aamir Khan ..