Segmen dah ditutup pada jam 9 malam 10/3/2012
Lebih 50 buah blog malam ni cuba nak menceritakan misterinya header mereka .. Apakah yang menarik sangat header mereka ? Jom kita g baca kisah mereka , satu satu ..
TERIMA KASIH ..
Segmen dah ditutup pada jam 9 malam 10/3/2012
Lebih 50 buah blog malam ni cuba nak menceritakan misterinya header mereka .. Apakah yang menarik sangat header mereka ? Jom kita g baca kisah mereka , satu satu ..
TERIMA KASIH ..
Jangan hairan dan jangan pelik , sebab PILIHANRAYA UMUM (PRU) dah hampir .. Segalanya tak mustahil dah… Semua dah jadi benar sebenar benarnya tak kira la samada dari parti A mahupun parti B ..
Camana tu ? Sengih je la … Bukan semua orang bodoh nak percaya yang penyu ni leh terbang kan ? Elok elok dia tinggal kat laut. Tapi mana tau , kuasa Allah ? Kan kan ?
MODEL baharu Proton P3-21A yang akan dilancarkan akhir bulan ini dijangka banyak mengambil inspirasi daripada reka bentuk kereta konsep Tuah. – Kosmo
Aku terfikir gak , kenapa diberi nama gitu ? Tapi bila aku pandang betul betul , nampak cam ejaan P3-21A tu macam PERIA lak .. Yelah , nak kasi moden kan ? Tak tau la kot serampang dua mata .. Haha.. mereka je yg yau apa maksudnya tapi aku , tetap nampak PERIA .
PROTON P3-21A ni akan dibuka untuk tempahan pada 14hb Mac depan . Pada yg tercari kereta untuk dibeli , bolehlah g tempat. Harga dan kelebihan , aku tak sure. Tak sempat nak buat research , sbb aku ngantuk . nak tidur sat no …
Adoiyai .. aku ingat aku org pertama sampai ke Mvec ni .. rupa-rupanya , no 297 .. hahaha .. ramai gak geng giler shopping barang baby ni rupenya ..
Apa yg best sampai beeerriaaa diorg neh ?? Aku dtg nak cari robot transformer je kat expo ni .. lain ? Tgk la kalau berminat .. hahaha.. ada gak kena sembelih ..
Tp betul la... Ibu ibu sering menggunakan alasan anak utk shopping , kan ? Padahaaalll.. hahaha.. guwaau je ibu ibu oii..
Dua minggu wife dah booking aku utk ke Mid Valley gara gara maternity and children expo 2012 ..
Maka seawal jam 8 pagi , dah bertolak keluar dr Putrajaya menuju ke Mid Valley yg mana perjalanan cuma mengambil masa 30-45 minit , jika tak jammed dan memandu selaju 90-100kmj saja ..
Risau jammed atau tak de parking woo . Mid Valley ni mmg terkenal dgn susah nak dpt parking woo ..
Dan , jam 850 pagi sampai daaaa .. dan parking , sila la pilih mana awak suka !! Amik ko .. parking depan pintu masuk terusssss ... Hahaha ..
Makannn dulu ...
Aku rasa , bukan aku sorang je spesis yang suka sakit perut pepagi hari ni ni kan ? Cuba bayangkan kalau kereta kita nun ditengah-tengah kesesakkan tu ..
Aku tamo bayangkan la.. esok nak g mid valley awal pagi .. wife nak shopping barang baby .. Aku shopping mata je la..
Gambar di atas - KESESAKAN di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur dirakamkan dari udara pada jam 10.40 pagi tadi ( 9/3/12) . Kesesakan teruk itu berpunca daripada sebuah lori trailer yang rosak di Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Kampung Pandan.
Adoi .. macam macam hal .. Skang kecoh pulak video bogel yang dikatakan milik aktres muda Melia Aimiellia kat beberapa laman blog .
Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata dia sekeluarga juga turut berasa terganggu dengan persepsi buruk dan kecaman masyarakat ekoran fitnah berkenaan.
Sapa dia ni ? Aku pon tak kenal gak .. Tapi bila baca di Mstar, rupanya dia ni heroin filem KARIPAP KARIPAP CINTA . Ahaa… filem tu.. tak sempat tengok , dah abis dah kat panggung .. Nak download , cam takde mood lagi .. Tak pe la , tunggu raya nanti. Tu pon kalau free ..
Berbalik pada berita pasal dia ni , Melia membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan ke atas blog-blog terbabit.
Menurutnya lagi , dia dah bagi peluang pada blog blog tersebut untuk memadamkan entri tu .. Memula tu , diaorang turunkan pastu naik balik dan pastu tersebar la sudah ..
Macam macam laaa diorang neh .. Menda gitu nak disebarkan ? Seronok ke ? Iskh … Gamaknya kalau ada dajal yang sekodeng adik beradik diorang masuk tandas pastu sebarkan kat internet , camana la eh ? Seronok nak join sebarkan tak ?
Apa pun , buat mangsa fitnah ni .. banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah ..
Sumber berita – Mstar
Aku perhatikan , setiap kali cuti sekolah menjelang , keyword lucah byk tersangkut kat blog aku ni .. Maaf la yer .. Aku bukan menuduh tetapi dari cara carian tu boleh jangka samada ianya ditulis oleh mereka yang masih muda atau dah season cam aku ni ..
Oleh itu , diharaplah ibu bapa , abang atau kakak mahupun penjaga silalah pantau mereka yang tak cukup umur itu apabila menggunakan komputer . Bukan tak percaya tapi mencegah lebih baik sblm terkena kan ? Untuk kebaikkan masing masing .
Mereka yang muda lagi ni , punya ada perasaan ingin tahu yang kuat .. Bila dah ada rasa ingin tau , nak kena cuba lak .. Bila nak cuba , takut ketagihan lak .. Last last , sendiri menyesal. Jadi , baik awal awal lagi kasi tau baik buruk dunia internet ni ..
Walaupun mereka kata sekadar borak ngan kawan , berapa lama sangat la kan ? Aku rasa mereka lebih arif bab ni .. Mereka ni , maksud aku ibu bapa la .. Aku cuma ingatkan je .. Sebab ianya satu kenyataan ! Tegas , tetap kena tegas ..
Adik-adik , jangan marah abang je.. Ini untuk kebaikan semua ..
Yearghh … terkumpul sudah 50 buah .. Jom g lawat sorang sorang …
SENARAI RAKAN BLOGGER YANG TERPILIH MALAM INI IALAH :
Terima kasih ..
Aku pon boleh tak perasan tapi bila orang perempuan yang biasa kemas rumah , tengok belakang aku ni , macam kapal karam ! Padahal takde apa pon. Takat beg ngan bantal jer tu , dah kata semak ! Arghhh .. patut la kecik kecik dulu , lepas makan pagi aku lari keluar rumah ! Tak larat nak dengar mak aku bebel .. haahha
Tapi bagus gak ada rakan pembaca yang prihatin . Tuu , kipas aku tu .. Mmg aku nak bersihkan dari bulan lepas tapi asik tertunggak jer.. Yelah , tinggi tuu .. Nak capai , tak sampai .. Nak kena guna kerusi .. tapi tak leh gak sbb tak nampak sangat .. Bila dah dapat spek baru , segalanya teraaanggg .. hahaha .. Alasan , ok tak ?
Petang tadi , lepas aku g jemput wife .. aku mulakan serangan gerila. Aku cari sabun yang paling kuat .. aku pon serangggg … ARghhhh … Kesemua kipas dalam rumah aku bersihkan termasuk jiran aku punya sekali. Nasib baik diorang menolak .. Kalau tak satu taman punya kipas aku sapu !
Sebenarnya , aku malas nak bersihkan sbb nak pindah dah dari rumah ni . Tapi teringat lak baby nanti nak lepak ngan aku kat ruang tamu ni sambil update blog , tu aku bersihkan gak. Tunggu dia besar skit , aku suruh dia bersihkan lak .. Aku nak kasi arahan je nanti !