Bila tengok gambar ni , cam rasa biasa je kan ? Apa yg menariknya bangunan ni ? Hurmm .. perhati .. perhati .. Nampak tak ? Tak perasan ke ?
Nak tau jawapannya ?? Betul ? Klik SINI .. Heheh …
Bila tengok gambar ni , cam rasa biasa je kan ? Apa yg menariknya bangunan ni ? Hurmm .. perhati .. perhati .. Nampak tak ? Tak perasan ke ?
Nak tau jawapannya ?? Betul ? Klik SINI .. Heheh …
Masih terasa sengal di badan .. Tapi pk badan ni lama tak keluar peluh , g gak gym .. Terpaksa mula dari asas balik ..
Kurus ? Aah .. mmg aku rasa kurus .. Makan nestum pagi hari .. dah jarang nk mkn besar .. Sebulan sekali je .. tu pun kalau teringin ..
Kalau ada awek tanya aku , camana aku punya selera menutup aurat kalau aku ni perempuan la kan .. Aku suka style yang atas ni .. Kalau aku nak berfesyen la.. Kalau tak nak , mmg tutup abis la.. Eceh .. Tu ‘kalau’ ..
Alhamdulillah , apa yang aku nampak kat blogshop ni , tudung dia mmg sesuai untuk pelbagai lapisan gunakan .. Mungkin ada yang rasa tak sesuai dengan mereka dan ada yang ok .. Bagi aku , mmg ada yang menarik laa .. Harga pon murah je .. Kira tak terbeliak la bila tengok harga ..
Yup , ada banyak pilihan untuk korang wahai wanita memilih tudung kat sini .. Beruntung arr .. Dan bg blogger yg berminat nak join gateway , ada dibuat sekarang .. cepat cepat ..
Jom ke http://www.aniseshop.com/ …
Dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor,56, akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail,52.
Tahniah buat mereka berdua . Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun hidup menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun
Menurut Mstar Online , kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.
Dr. Wan Asma bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.
Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan. Tiada wang hantaran kerana Dr.Wan Asma kata , beliau tidak memerlukannya kerana dia dah ada segalanya.
Alhamdulillah .. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat ..
Sumber : Mstar
Tengok mood kawan gak bila nak bergurau .. Bukan pe , silap silap mood kawan tu tak baik time tu , ada gak berkuntau kat situ .. Hehe .. Jangan cari pasal kan ?
Ni gara-gara drama atau filem la .. Asal watak DATUK atau DATIN , mesti masyuuukkk atau kaya raya .. Kira gempak gila la bila bertitle nih .. Tapi hakikatnya , kita tau .. bukan semua gitu pon ..
Tanggapan macam tu , dibawa sehingga keluar di dunia nyata ini .. Kesian .. tu yang berlaku pada pelakon veteran kesayangan aku ni .. Datuk Yahya Sulong. Aku membesar dengan menonton filem filem komedi dia , AR Badul , Hamid Gurkha dan ramai lagi ..
Menurut isterinya , Datin Alisah Ali berasa malu apabila perlu membawa gelaran yang dikurniakan kepada suaminya disebabkan kehidupan mereka yang dihimpit kesusahan.
Alisah berkata, terdapat individu menghantar surat dan berkunjung ke rumahnya di sebuah flat di Sentul dekat sini untuk meminta derma kerana menyangka mereka mempunyai banyak wang gara-gara suaminya menggunakan gelaran Datuk.
“Ada orang datang ke rumah saya minta derma. Saya nak korek duit dari mana? Kami ni susah. Orang ingat bila kita ada pangkat Datuk, kita ni kaya?” ujar Alisah kepada mStar Online.
Menurut Mstar lagi mereka mengharapkan bantuan daripada Baituilmal sebanyak RM400 sebulan dan juga wang pencen salah seorang arwah isteri Yahya sebelum ini iaitu dalam jumlah yang sama.
Dan wang sebanyak RM800 itu digunakan untuk membeli makan minum serta keperluan ubat-ubatan Yahya yang semakin uzur.Alisah berkata walaupun dihimpit kesusahan dia tidak pernah meminta sumbangan daripada sesiapa pun kerana tidak mahu dituduh terlalu bergantung dengan orang lain.
Hurm … sian .. Aku selalu memikirkan nasib aku bila tua nanti. Jadi , aku ngan wife dah menabung dari mula kitorang kawin. Yelah , kita bukan ada harta keturunan yg menimbun untuk dihabiskan. Kena bijak menyimpan dan berbelanja dari muda lagi ..
Hahaha … aku nak taip pon , tak leh .. asik tergelak tengok gambar ni ..
“ Woi geng .. kang abis game ni , terus g mall la .. Dengar ada sale baekk punya .. Aku ingat nak usha beg baru la .. Yg skang ni old fashion sudah .. “
“ Bukan ke baru je beli minggu lepas ? “
“ Memang laa. .. kita kan kaya .. Apa kes pakai barang seminggu ! Duit banyak neh .. “
“Ye tak ye gak kan ? Jom jom .. Layan Jusco ke Sogo ? “
“ Gile ke apa ? G Star Hill laaa .. Tu baru best ! “
“ Orait .. jap , aku nak patahkan kaki dorang dulu .. Diorang ada cover insurance.. ok la tu kan ? “
Ramai ramai kata … “ Masyuuukkkk “
Hmetro
Kalaulah benar artis tu ada video bogel atau gambar bogel sekali pon , apa hak kita untuk mendedahkannya ? Kita ada saluran yang betul . Kenapa tak serahkan saja video tu pada pihak berkuasa ? Apakah gempak gila mengaibkan individu tersebut ? Kalau orang tu satu agama ngan kita , camana ?
Patut la ramai kata blogger ni cari isu murahan .. hurm..
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“ Berhati-hatilah kalian terhadap prasangka kerana sesungguhnya ia adalah perkataan yang paling dusta. Dan janganlah saling mencari-cari khabar kesalahan, janganlah saling memata-matai, janganlah saling meninggikan harga untuk menarik perhatian pembeli, janganlah saling mendengki, janganlah saling membenci dan janganlah saling membelakangi. Wahai para hamba Allah! Jadilah kalian bersaudara. “
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6066 (Kitab al-Adab, Bab “Wahai orang-orang yang beriman, tinggallah kebanyakan daripada sangkaan”).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, Nabi SAW bersabda:
“Seorang hamba tidak menutupi aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat”. (HR; Muslim).
Kita sendiri banyak melakukan dosa . Kalau Allah nak buka aib kita , lama dah DIA buka. Tak perlu tulis dalam blog , confirm kita jadi malu nak bergerak atas muka bumi ni malah ramai confirm bunuh diri punya ! Sesungguhnya Allah itu Maha Pemgampun Lagi Maha Penyayang. DIA bagi kita peluang untuk bertaubat ..
Nasib baik la kat blog aku ni ramai pembaca terdiri yang bijak pandai dan sering memberi nasihat. Dan aku pon baik juga sebab ikut kata mereka kan ? Hehe ..
Datuk Lee Chong Wei , tarik diri di game kedua akibat kecederaan di bahu kanannya . Game pertama , Lin Dan menang 21-18 dan ke dua , Lin Dan mendahului 6-2 dan akhirnya Chong Wei terpaksa tarik diri setelah 2 kali mendapatkan rawatan dari doktor pertandingan namun , mmg tak leh tahan dah sakit tu .. dia tarik diri dan memberikan kemenangan pada Lin Dan …
Sayang tapi apa nak buat kan ? Takde rezeki kita nak tengok dia mencipta sejarah tersendiri .. Tapi tak pe la , dia dah bagi yang terbaik dan harap mampu membuat sesuatu sebelum Kejohanan Olimpik bermula ..
Kami tetap menyokong anda !
Rezeki ada di mana mana ? Aku rasa aku tak perlu berleter part ni berkali kali .. Banyak kali dah aku update pasal takde keje ni .. Tapi kalau nak baca gak , boleh la baca kat entri "Jangan cepat putus asa , sahabat ! " , Kenapa sukar dapat kerja eh ?? , Otak ada , tapi tak guna .. , 3 permintaan wahai jin ! , Ngeluh eh ? ..
Banyak kan ? Aku tau ramai putus asa dah bab cari kerja ni .. Banyakkan bersabar .. Mungkin kerja yang tak dapat tu , tak sesuai dengan korang.. Yang penting , jangan memilih . Mulakan dari bawah kerana dari bawah itulah yang akan menentukan sapa anda di atas nanti ..
Dulu , aku mmg spesis panas baran .. Sekarang pon ada gak la tapi leh kawal .. Kesan dari panas baran ni , aku tak amik kisah ..Tapi lepas sorang sorang ‘tumbang’ kesan dari panas baran ni , baru aku sedar betapa bahayanya mereka yang punya panas baran ni !
Aku ada penyakit tekanan darah tinggi dan ianya mmg bahaya ! Minggu lepas , tekanan aku , melebihi 140/90 dan aku tk tau pun camana punya bahaya tu dan had limit yang dibenarkan .
Tadi aku buat pemeriksaan sendiri dan , tekanan darah aku dah turun .. cuma .. cumaaa … huhu ..
Tekanan darah yang normal adalah 120/80 mmHg. Tekanan darah dikatakan tinggi apabila melebihi 140/90 mmHg.
Kalau nak tau punca , simpton dan kesan dari penyakit tekanan darah tinggi ni , korang leh baca kat sini .. Korang kena baca sbb ianya penting .. Serius , mmg penting .. Klik SINI
Mmg ada banyak cara untuk turunkan tekanan darah ni tapi berdasarkan cara tradisional.. Tapi yang aku ok bagi aku ialah minum air rebusan kulit kayu manis .. Memang turun , cuma aku malas nak amalkan .. Er , pasni aku rajin !
Hurm … zaman ni , jgn rasa muda tu selamat lagi yer ..
Tahniah ! Ni baru satu .. ada ramai lagi yang patut letak jawatan .. Jangan ingat rakyat buta yer .. Bukan apa , kalau cerita panjang lebar dalam ni pon , tak guna .. Aku gak nanti kena angkut .. Baik g siasat la sendiri dengan letak spy nun dibawah bawah tuuu .. Baru nampak dan dengar sendiri ..
Yang kecik kecik ni , takut bersuara .. Kalau bersuara , kena.. Tak suara , geram .. Apa boleh buat ?
Saya menegur ni sbb saya sayangkan awak , sebagai seorang kawan . Saya tahu awak takkan menyusahkan saya mahupun orang disekeliling awak .
Saya tahu awak bijak orangnya dan boleh berfikir dengan matang. Jangan jadi seperti budak kecil yang tak tau apa apa langsung. Saya tahu awak bukan ego orangnya yang mana hanya pentingkan diri sendiri.
Dan paling penting , saya tahu awak ada orang yang tersayang. Fikirkan nasib mereka nanti .. Awak tidak akan menyusahkan orang , itu awak kata ..
Jangan ego dan sombong diri .. Saya bukan bencikan awak .. Sebab itu saya tegur awak .. Dunia ini , kita yang punya .. Bukan kita kita yang punya ..
Jangan sesekali mencuba merokok , minum arak , mencuri , menipu orang tua .. Bila dah mula buat menda menda gitu , mencuba mengambil dadah , pasti akan berlaku kerana dah tak boleh nak kawal perangai tu ..
Biarlah ibu bapa mengawal adik adik kerana mereka tau apa yang terbaik buat anda semua. Mungkin nampak seperti mengongkong anda tapi sebenarnya mereka memberikan yang terbaik buat anda.
Biar dipenjara sekarang dari terpenjara kemudian hari , seumur hidup ! Jauhi dari membuat kesalahan walaupun hanya kecil saja .
MALEK NOR dengan bakal isterinya, Wan Asma
“ Seorang pakar kanak-kanak di Hospital Pakar Perdana di sini tidak menduga sama sekali yang beliau akan menjadi suri kepada bekas jaguh bina badan terkenal, Datuk Malek Noor.
Sambil menyifatkan jodoh tersebut sebagai ketentuan Tuhan, Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, berkata, mereka akan bernikah di penthouse milik beliau di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini pada 12 Mac. “ – Kosmo
Tahniah Datuk Malek Noor , Dr Wan Asma. Semoga bahagia dan berkekalan ..