Kira gempak gila la dedah gambar bogel artis ?

by - Isnin, Mac 12, 2012

 

image

Hmetro

 

Kalaulah benar artis tu ada video bogel atau gambar bogel sekali pon , apa hak kita untuk mendedahkannya ? Kita ada saluran yang betul . Kenapa tak serahkan saja video tu pada pihak berkuasa ? Apakah gempak gila mengaibkan individu tersebut ? Kalau orang tu satu agama ngan kita , camana ?

Patut la ramai kata blogger ni cari isu murahan .. hurm..

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Berhati-hatilah kalian terhadap prasangka kerana sesungguhnya ia adalah perkataan yang paling dusta. Dan janganlah saling mencari-cari khabar kesalahan, janganlah saling memata-matai, janganlah saling meninggikan harga untuk menarik perhatian pembeli, janganlah saling mendengki, janganlah saling membenci dan janganlah saling membelakangi. Wahai para hamba Allah! Jadilah kalian bersaudara. “

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6066 (Kitab al-Adab, Bab “Wahai orang-orang yang beriman, tinggallah kebanyakan daripada sangkaan”).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, Nabi SAW bersabda:

Seorang hamba tidak menutupi aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat”. (HR; Muslim).

Kita sendiri banyak melakukan dosa . Kalau Allah nak buka aib kita , lama dah DIA buka. Tak perlu tulis dalam blog , confirm kita jadi malu nak bergerak atas muka bumi ni malah ramai confirm bunuh diri punya ! Sesungguhnya Allah itu Maha Pemgampun Lagi Maha Penyayang. DIA bagi kita peluang untuk bertaubat ..

Nasib baik la kat blog aku ni ramai pembaca terdiri yang bijak pandai dan sering memberi nasihat. Dan aku pon baik juga sebab ikut kata mereka kan ? Hehe ..

You May Also Like

23 comments

  1. Baru je baca pasal video tu. Huhuhuhu. Tak nak terlibat dalam hal ni. HUHUHHU

    BalasPadam
  2. nak naik kn traffik blog,ada byk cara...tp bkn cara burukkan nama orang...tu bukan cara kita.

    wallahualam..disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga

    BalasPadam
  3. yang dia ni pun sibuk sangat nak jadi artis. gi la cari kerja lain....

    BalasPadam
  4. alahai cari lah isu lain ... bukak aib orang jugak yang di pilih nya...
    "blogger cri isu murahabn" mungkin lah kot sebab masing2 ada matlamat sdiri sampai lupa apa yang patut dan tidak patut di lakukan....
    abang ben jangan macam tu tau heheheh

    BalasPadam
  5. Blogger yang bt artikel psl "benda" ni mcm membogelkan artis tu sendiri di khalayak ramai. hurmmm..are they playing as god?

    BalasPadam
  6. publisiti murahan kot? hehe~ jaga baik2 isi blog kita

    BalasPadam
  7. Suka bc bila Mr.Ben selitkan ayat2 Al-Quran utk beri pengetahuan pd readers smua..atleast ada pengajaran pada readers..termasuklah BE..(^_^)

    BalasPadam
  8. tulah, tak payahlah tulis cerita pasal artis2 ni kat blog...dapat dosa free je mengaibkan orang!

    dosa dia itu antara dia dengan Allah, kita takde hak menghukum!

    BalasPadam
  9. bila beberapa bloger buat artikel panas ni, terus semua bloger kena cop...

    BalasPadam
  10. kite xde hak nak mengaibkan orang tu m nak hukum orang tu..banyak lagi cara nak naikkan traffik daripada cari keaiban orang

    BalasPadam
  11. setuju dgn pandangan benashaari,

    cukuplah dosa yanga da dibasuhi dgn taubat dan gunakan prosedur yng telus supaya diadili dgn tepat.Duhai media....jagnlah mmbuka dan melebarluaskan jaring ummah sendiri.

    BalasPadam
  12. tahu isu artis ni... tak berani nak komen sebab takut jadi fitnah.. kita sendiri tak sempurna. better fikirkan tu je. aib kita Allah tak tunjuk kan lg

    BalasPadam
  13. sangat bersetuju dgn BA...x perlu aibkan org...

    BalasPadam
  14. biasala...mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa menyiarkan perkara tersebut..

    BalasPadam
  15. @ .: mama lynn :.

    betul tu...maybe dia ada reason tersendiri...artis skang pn byk yg lebih2..kdg buat kluar statemnt yg menampakkn kebodohan diri.

    BalasPadam
  16. sekarang ni dah susah nak bezakan mane yang betl n mane y fitnah.... menakutkan je hidup cam ni... dunia akhir zaman...

    BalasPadam
  17. salam bro.huhu mls dh nk amik taw sal publisiti murahan ni. sendiri wat sendiri tnggung.

    BalasPadam
  18. salam abg ben..
    saya stuju sgt ngan abg ben..
    nak naikkan traffic blog bukan dengan cara mengaibkan org..
    sya pun penah jugak selitkan entry tentang amalina che bakri..
    tapi atas nasihat org2 sekeliling sya trus remove kan..

    BalasPadam
  19. btol2....nie x nak nek kan traffic dan tambh follower guna owg len tuk sume tu...

    BalasPadam
  20. barang siapa yang mengaibkan orang lain satu hari nanti diorang akan di aibkan

    BalasPadam
  21. Ni baru tahu ada video baru... BA tolong bgtau

    BalasPadam
  22. Ni baru tau ada video baru artis... BA yg bgtau

    BalasPadam