Tahniah Datuk Malek Noor dan isteri ..

by - Isnin, Mac 12, 2012

 

image

image

image

Dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor,56, akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail,52.

Tahniah buat mereka berdua . Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun hidup menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun

Menurut Mstar Online ,  kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.

Dr. Wan Asma bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan. Tiada wang hantaran kerana Dr.Wan Asma kata , beliau tidak memerlukannya kerana dia dah ada segalanya.

Alhamdulillah .. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat ..

 

Sumber : Mstar

You May Also Like

8 comments

  1. alhamdulillah :) moga kekal hngga hujung nyawa ^_^

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...bertemu jodoh jua akhirnya...:)..semoga berkekalan.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum en.ben...tahniah buat Dato Malek Nor moga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa...:)

    BalasPadam
  4. tahniah utk dorang... kan lagi berkat bg senaskah al quran dari bg berpuluh ribu duet hantaran and akhirnye bercerai jugak.. macamni rumahtngga lagi berkat dgn rahmat allah..

    BalasPadam
  5. tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhh....semoga berkekalan hingga akhir hayat

    BalasPadam
  6. wife Datuk Malek mmg sporting kan bila ckp xnak wang hantaran..

    BalasPadam
  7. Tahniah .. moga kekal bahagia ke akhir hayat . berseri-seri muka pengantin =)

    BalasPadam