Sinopsis : Eddie , seorang ‘rockers’ tegar yang bekerja sebagai seorang penghantar surat di sebuah syarikat. Kisah bermula apabila Eddie terpikat dengan Nina , seorang eksekutif baru di syarikat dia bekerja.(Astro )
Memang ketawa terbahak-bahak aku tengok cerekarama Warkah Cinta Mat Rock ni haa .. Mmg gila la lakonan si Shaanaz ( Eddie )ngan Nabil ni .. Kira menjadi cara mat rock kapak dia tu mengayat si Fathia (Nina) ..
Hurm .. gitu la nasib mereka yang berpangkat rendah ni .. Nak tackle awek yang berpangkat ni mmg satu masalah ni .. Kadang-kadang, dia tu tak kisah tapi mereka yang sekeliling ni haa .. tak sudah sudah jadi batu api .. Suka benar menyusahkan orang .. Nak kena ayat awek , biar satu level .. Kena cermin muka memanjang .. Caitt ..
Zaman ni , kalau bijak amik peluang dan menggunakan peluang yang ada … Tak payah dah nak berlevel level .. Kalau hati dah suka , tiada apa yang mustahil .. Tapi kena la jujur dan jangan pergunakan orang terutamanya pada wanita. Erk , pada lelaki pon sama la .. Ada gak diperkudakan dek wanita yang amik kesempatan .. kan kan ?
Bagi aku , cerekarama ni simple dan menarik utk ditonton bersama keluarga. Pengajaran yang simple dan mudah difahami .. Takde la tersengih sengih syok sendiri … huhu ..
Okehhh .. lagu rock kapak dalam cerekarama ni mmg lagu feveret aku zaman sekolah hingga sekarang .. Aku tau mesti ada yg tertanya tanya tajuk lagu ni terutama mereka yang bukan dari zaman rock kapak ni kan ? Ok, aku bagi la tajuk lagu yang berkumandang dalam cerekarama ni eh .. Antaranya Dari Sinar Mata ( Bumi Putera Rockers – BPR ) , Keunggulan Cinta ( BPR ) , Hanya Pada Mu ( Qiara ) , Adakah kau setia ( Sting ) , Sembilu ( Ella ) , Tika dan Saat ini ( Medicine ) , Antara Gadis ( Dinamik ) ,Bazooka Penaka ( Wings) , Isi dan Kulit ( Search ) , Untukmu Sayang ( Febians ) , Gerhana ( Hattan ) , Sentuhan Kecundang ( Ekamatra ) , Dalam Germis ( Visa ) , Masih aku Terasa ( Gersang ), Permata Pemotong Permata ( Ella )..
Best gak kalau download cerekarama Warkah Cinta Mat Rock ni .. hehe .. rasanya dua tiga hari , confirm ada ..
“ Aku mat rock. tak leh nangis depan awek ! “ .
“ Gua lu , gua lu.. cam cute cute jeer “
“ Gua cinta sama lu .. “
Hahaha .. jangan ikut lak ..