Hurm .. Dah tengok persembahan mereka yg pertama ni .. Kenapa aku tengok ? Sbb nak tau gak camana ‘citarasa’ mentor mentor kali ni ..
Mula mula , maaf dipinta yer .. Aku bukan pakar muzik pon jadi apa yang aku dengar untuk konsert pengenalan Mentor 6 ni cumalah mengikut selera gegendang telinga aku ni je yer ..
“ Ana Syuhada Binti Noor Asram. Berumur 21 Tahun. Dilahirkan pada 29 oktober 1991. Berasal dari negeri Selangor Darul Ehsan. Hobi pada masa lapang ialah menulis cerpen, membaca dan mencipta melodi lagu. “
Komen aku : Ana berpeluang untuk juara kali ni . Apa yang dia perlu , tackle penonton untuk mengundi dia .. Bagaimana , tu kena tanya mentor .. hehe .. Jangan raih undi kesian dah la yer ..
“ Anas Bin Ridzuan. Berumur 23 Tahun. Dilahirkan pada 17 Januari 1989. Berasal dari negeri Perak. Hobi saya pada masa lapang adalah bermain futsal dan menyanyi. “
Komen aku : Elakkan buat konsert syok sendiri kerana anda perlukan undian dari sms jika nak menang.. Lainlah , tak kisah pon atau sekadar nak dapatkan pengalaman .. Tu ok.. Boleh buat ujikaji dengan rancangan Mentor ni. Suara , tiada keunikan.
“ Puteri Caroline. Berumur 20 Tahun. Dilahirkan pada 29 Mei 1992. Berasal dari negeri Kelantan. “
Komen aku : Perlukan kelainan atau keunikkan kalau nak menang. Tak perlu la nak seksi yer .. Apa yang aku nampak pada konsert ni , cumalah STACY..
“Abdul Kadir Bin Haji Unding Lana lebih dikenali dengan nama singkatan KJ. Berumur 24 tahun. Dilahirkan pada 31 mac 1988. Berasal dari negeri Sabah.”
Komen aku : Baik jual suara dari tarian , buat masa ini . Belum masa lagi nak tayang tarian tu . Kenapa ? Kena tau siapa penonton rancangan Mentor ni kerana merekalah yang akan mengundi anda..
“Salwani Binti Sawi. Berumur 18 Tahun. Dilahirkan pada 3 Mac 1994. Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan.”
Komen aku : Suara ok tapi belum cukup power ..
“Noor Nazatul Farahin Binti Mohd Hussin. Berumur 23 Tahun. Dilahirkan pada 17 Mei 1989. Berasal dari Bedong, Kedah. “
Komen aku : Kalau minggu ni dah boleh mengundi , aku takkan mengundi zatul …
Maaf la yer .. ini sekadar komen aku yg tiada ilmu dalam bidang muzik tapi hanya melalui tontonan seimbas lalu saja .. Cuma apa yanga aku nampak untuk konsert pengenalan ni , protege-protege yg ada ni , tak boleh ‘dijual’ jika mereka berterusan begini.. Yer , aku tau .. masih awal lagi .. tapi sepatutnya pengenalan perlulah membuatkan penonton berasa WOW dan inilah masa nak tackle penonton baru .. sayangnya , ramai yang hampa..
Ok .. pecahan mengikut kumpulan seperti biasa , dah dibuat ..
Kumpulan A : Ana ( Ramlah Ram ), Anas (Faizal Tahir) , Wani ( Ferhad)
Kumpulan B : Caroline ( Ella) , Zatul ( Ogy ) , Kj ( Adam )
Apakah aku akan menonton untuk konsert akan datang ? Hurm.. aku tak nampak aku nak sokoong sapa kali ni .. Jadi , tak terasa kehangatannya .. Dalam erti kata lain , tak tengok pon tak per .. Maaf la yer
“ Elakkan buat konsert syok sendiri ”