Alahai bro … Sian korang .. Jodoh tak berpanjangan. Nak kata lelebih , kita tak tau apa apa kan ? Baik jangan buat spekulasi sendiri . Tak elok ..
“ Pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 28, sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof, selepas melafazkan talak satu dalam prosiding tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam. Peguam syarie yang mewakili Sabarina, 30, Ezura Nashuha Abdul Hadi, ketika ditemui selepas prosiding, berkata lafaz cerai itu dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk bercerai secara baik. “ – Hmetro
Segalanya , milik Allah. DIA yang memberi , dia juga berkuasa menariknya. Segalanya dugaan buat kita sebagai hambaNya. Antara tabah atau tidak saja melaluinya.
Buat Safee Sali dan isteri , semoga berjaya dan bersabarlah yer .. Kita , jaga hal kita je la.. tak yah buat spekulasi sesuatu kita tak tau langsung mengenainya.