Tang mana pening ? Kadang kadang , mak ayah tak kisah pon .. Janji mak ayah si baby tau apa yang dia buat .. Lain la kalau ada yg ada benar benar nak jaga nama keturunan tu .. Tu aku tak tau la..
Macam kes aku ni .. Aku malas nak dedahkan awal awal sbb nanti ada yang tanya kenapa , mengapa , aku pilih nama tu .. Pergh .. Boleh pening gitu wooh ..
‘ Letak nama yang baik baik .. ‘ .. Betul .. letak nama yang baik baik dituntut dalam agama .. Tapi kalau diperhatikan semula dari nama nama mereka yang punya sejarah tersendiri dalam Islam , nama mereka mudah dan senang diingati .. Tapi zaman ni ? Panjang atau unik walaupun punya makna tapi terlupa bahawa yg nak memanggilnya nanti bukan mak atau ayahnya saja tetapi rakan rakan di sekolah atau teman sepermainan ..
Akhirnya , jadi laa BEN .. Macam kes aku .. Nama aku ni mmg takde makna tapi wujud .. Kalau digoogle , berlambak nama aku nih .. Sesingkat nama aku ni pon , ada yg tak nak panggil lalu memanggil dengan nama omputih .. Aku terima je la selagi tak dipanggil ‘Oii ‘ ..
Pemilihan nama mmg penting tapi biarlah berpada pada .. Semua orang mampu menyebutnya dengan baik . Nama ibarat doa tapi kalau salah sebut ?
Maksud nama baby aku ? Oh , aku panggil dia .. QHALIFF sejak dari dalam kandungan lagi .. hehe .. My Little Qhaliff ..
“ Muhammad , pemimpin beriman .”