Baru pas Qhaliff menyusu .. Wife serah kat aku untuk aku sendawakan dia .. Camana nak sendawakan dia ? Aku tengok camana mak mertua aku buat .. Try .. Gulp ..
Risau dengan kelembutan badan dia terutama lehernya yang mudah terliuk liuk tu .. Kena pegang betul betul .. Si Qhaliff ni lak jenis liat skit cam .. cam sapa eh ? Mak dia ke , ayah dia ? Hurmm .. tak kisah laa .. Janji kena bagi sendawakan dia ..
Pentingkah nak kasi bayi sendawa ? Pernah dengar kes kes tersedak susu ? Tau kan apa jadi kiranya bayi tersedak susu .. Hurmm .. Maka sila amik perhatian terutama bakal ibu dan ayah .. Banyakkan membaca ..
Cuma aku nak tau la kan .. Kalau kita terlepas dengar yang bayi sebenarnya dah sendawa, camana nak tau yer ? Atau dalam erti kata lain , kita tak pasti samada bayi dah sendawa ke belum ? Camana nak tau mereka dah sendawa ?
Jom cuba teknik sendawakan bayi yang aku amik dari blog rakan .. Aku pon dalam proses nak belajar ni .. huhu .. Puas aku nak sendawakan Qhaliff.. Memanjang aku yang sendawa …
- Cuba tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.
- Cuba dakap bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepalanya ke bahu dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
- Cuba telentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut.
- Cuba dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi, rehatkan dagunya di atas lengan dan tepuk atau gosok belakangnya perlahan-lahan.
- Cuba pegang bayi dalam keadaan tertiarap di atas lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan.
- Cuba letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.
- Cuba duduk tegak sambil memeluk bayi (over your shoulder). Pada posisi ini, dagu si kecil sebaiknya berada di bahu Anda. Pegang kepalanya dengan satu tangan, sementara tangan lainnya menggosok bahagian belakangnya.
- Cuba pegang bayi dalam posisi duduk di pangkuan Anda, di tengah-tengah paha (sitting on your lap). Letak sebelah tangan di belakangnyanya, dan satu lagi di antara perut dan dadanya. Pastikan bayi berada dalam posisi yang selesa. Setelah itu, usap dengan perlahan belakangnya sampai ia bersendawa.
Sumber – Anamarzablog
Apa yang patut buat bila bayi tersedak susu ? Cara rawatan jika bayi tersedak susu ialah dengan melakukan teknik seperti yang ditunjukkan di bawah ni ..
Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
- Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar ,
- dalam keadaan duduk menghadap kehadapan
- tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan
Sumber – MamaLuveirfan