Banyak benar laman sesawang di internet ni yang menawarkan download filem secara percuma .. Dasat kan ? Pemilik web atau blog tu pasti untung besar sebab trafik mmg senantiasa masuk sbb ramai pencari movie movie untuk di download , termasuk aku !! Hehe .. Menda free.. sapa tak nak kan ?
Kebelakangan ini , byk filem keluar kat panggung .. Dan tak lama kemudian , ada dah kat blog download movie ni .. senang je.. tak yah buang masa g panggung.. Cuma antara puas atau tidak ..
Tapi kan , serius aku kata laa .. Aku takde nafsu nak download movie melayu skang ni .. Bukan la sombong atau berlagak tapi , entah laa .. Rasa cam buang masa je nak tunggu n buang bandwith aku jer …
Pelakon ramai dah .. Antara kualiti atau jual muka jer .. Bab cerita ? Hurm … hurm .. Susah la nak kata.. Ada yg kata , download la dulu baru leh komen .. Atau g la tengok panggung dulu , baru leh cerita ! Masalahnya , nak g tengok tu .. guna masa .. guna duit .. Lainlah kita g tengok , kita dibayar , kalau cerita tu tak berbaloi atau best.. Kalau best , kita bayar balik tiket tuuu .. Haaa.. amacam ?
Filem melayu perlukan perubahan yang ketara .. Perlu berubah untuk kembalikan keyakinan peminat peminat ke panggung.. Jangan tarik penonton dengan adegan adegan mengarut cam gaduh , seks , lumba haram ..
Bukan tak boleh tapi fikirkan keuntungan jangka pendek je kan ? Jangka panjang tu , cam citer P.Ramlee .. Tengok berkali pon tak boring.. Walau dah tau apa dioalog seterusnya , penonton akan tetap ketawa ..
Skang ? Untuk babak seterusnya , tukar channel lain ..