Maaf , aku bukanlah Bapa Mithali atau Bapa Contoh. Aku cuma seorang bapa yang masih bertatih dalam dunia kekeluargaan. Sesungguhnya , aku tidak layak untuk pujian itu .
Petang tadi, kami ( aku sekeluarga) dikunjungi oleh seorang rakan lama yang bertugas di bahagian yang sama sewaktu di Kementerian Pelancongan dulu. Kawan aku , Haswadi ni datang bersama keluarganya iaitu anaknya Hasrul Hamizan yang seusia dengan Qhaliff serta isterinya. Menariknya , menurut kawan aku ni , isterinya berpantang di rumah dan dia menjaganya sendiri ! Haaa .. Lagi bagus kan ? Anaknya , mmg semangat ! Cam ayah dia .. huhu .. Kecik lagi dah diajar lasak macam ayah dia gak .. Hahaha .. Bagus bagus.. Turn Qhaliff tak lama lagi ..
Ramai lagi lelaki yang bergelar bapa contoh ni di luar sana .. Malangnya bapa yang ego pon ramai.. Ni membuatkan ramai isteri dan anak memendam rasa ..
Tertanya gak kekadang aku , perlu ke si ayah ni bersikap ego dengan keluarganya sendiri ? Sungguhpun nak bertegas pada keluarganya , ego tu tak perlu la sangat hingga boleh mencalar hati anak dan isteri .
Cam aku , sapa tak nak kerja yang best best dan segak bergaya kan ? Tapi apa guna berpangkat besar , bergaji tinggi , segak bergaya tapi keluarga kelam kabut ? Yup , ianya terjadi di zaman ini .. Terlupa sbb terlalu mengejar dunia atas alasan mencari keselesaan untuk keluarga tapi sebenarnya yang dikendong itu , berciciran ..
Aku tak kata aku bagus untuk dicontohi tetapi aku tengok contoh yang ada pada mereka yang bergelar bapa ini , senantiasa berada rapat dengan anak-anak mereka dan berjaya mengawal anak mereka dengan baik ..
Aku tak nak Qhaliff memiliki sikap aku sewaktu aku muda dulu .. Sebab tu aku nak pantau dia sendiri ..