Mengpa ramai nak jadi blogger ? Walau duit adalah agenda mereka tapi sebenarnya ramai nak menulis di dunia maya ini adalah untuk berkongsi pendapat mengenai apa saja yang mereka tau .. Yang penting , utk menulis di laman blog ni kena ada ilmu dan infomasi .. Bukan main saukk jer ..
Bila berkaitan dengan politik negara , kita pasti tau akan ada kawan dan lawan .. Blogger macam aku ni , akan berdiri atas pagar dan tunggu masa untuk melompat saja.. Kenapa begitu ? Apakah aku ini tiada pendirian ?
Aku tidak berminat untuk taksub pada mana mana parti .. Bukan apa , penat nak bersorak walaupun dibayar .. Bosan .. Bukannya kita tak tau hakikat sebenar permainan ahli politik zaman ini .. Masing masing punya agenda peribadi .. Boring .. Nak jumpa yang benar benar kerana negara dan agama , perghhh … Korang pon tau sendiri kan ?
Nasib baik ada blog ni .. Dengan ada blog , blogger yang macam aku ni akan meluahkan pendapat , perasaan di dalamnnya . Takkan nak bercerita kat kedai kopi kan ? Dulu boleh laaa .. Bercerita kat kedai kopi , abis kat situ jer .. Tak pon , confirm bermasam muka. Tapi dengan ada blog ni , ramai yang akan membacanya ..
Zaman ni , bukan blogger je dah jadi lalang .. Ramai dah .. Malas nak beria benar .. Lantak korang la.. Janji jangan sampai negara tergadai akibat pertelingkahan ‘korang’ dah ..
Rakyat diam tak bererti tak amik tau .. Tau tapi wat wat tak tau .. Cuma yang tak tahan tu , mmg confirm meletus laaa gunung berapinya ..
Cam aku , tunggu PRU je laa .. Dan medan perjuangan aku , di dunia maya ni ..