Hadoiii.. gamaknyaa camni la kot kalau si kecik tu dah boleh bersuara ..
Published with Blogger-droid v2.0.6
Hadoiii.. gamaknyaa camni la kot kalau si kecik tu dah boleh bersuara ..
Bila Qhaliff dah mengambil tempat daddy dia , maka … inilah jadinya ..
Alhamdulillah .. ramai rakan blogger sudi turun jumpa Qhaliff hari ni di rumah Mat Gebu ( www.tiffinbiru.com ).. Jutaan terima kasih buat semua rakan rakan terutama tuan rumah yang tak kisah langsung bila kawan kawan sudah buat itu rumah serupa diorang punya rumah !
Terbaik !! Inilah hasil yg dapat bila persahabatan dlm dunia blog diutamakan berbanding money moneyyy … Money tu , bonus la kan .. kan ?
Paling lama boleh Qhaliff lepak sorang sorang 15-20 minit .. pastu , dia mula la boring .. Bila boring , mulalah siren ambulan boleh kedengaran .. Pelan , pelang .. pelan .. pastu ? Raungan dia , jiran pon leh kena heart attack okeh !!
Tapi bila dia ceria ? Memang kena gigit laaa pipi dan dagu dia .. geraamm ..
Qhaliff , Qhaliff ..
Hurm .. kalau Allah nak tarik , sekelip mata .. Tu pon ada yg tak sedar tak reti nk bersyukur lagi .. hurm ..
Dua keping gambar ni , aku amik di tempat yg sama , masa yg sama tetapi berlainan 'cuaca' ..
Baru lepas tengok ‘ The Making of ‘ Mael Lambong .. Walaupun ada yang kata kena tonton dulu baru bleh cerita tapi berdasarkan the making saja aku dah boleh kata , baik buat je drama bersiri dari buat filem. Sebabnya ? Mudah jer .. Ada filem kita selayaknya dijadikan drama jer dan begitu juga sebaliknya ..
Entahlah .. aku bukan nak kritik filem kita wajah kita ni tapi sesungguhnya mmg dah tak payah g tonton kat panggung memandangkan idea filem skang ni mcm , mengarut jer ..
Kena banyakkan buat research la penerbit filem negara kita ni .. Jangan nak sogokkan dengan babak ‘ sewel ‘ pelakon serta dialog dialog yang mampu mempengaruhi anak anak kecil jika menontonnya .
Penerbit , pengarah , pelakon perlu bertanggungjawab atas setiap hasil karya mereka .. Jangan asyik fikirkan keuntungan hingga tak kisahkan impak pada penonton. Apakah bila penonton ketawa , itu satu kebanggaan atau pecah panggung , dh berpuashati ?
Download je la filem mael lambong ni .. Lain kali buat je drama utk siaran tengah malam .. Baru tak de sapa nak kisah ..
Patut laaa aku jogging pagi semalam terasa asap .. Ke tu perasaan aku jer ? Tapi hari ni , cuaca mmg berjerebu berdasarkan laporan rasmi di laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar ..
Jerebu yang berlaku dipercayai berpunca daripada kemarau yang melanda Sumatera.
Banyakkan minum air suam dan elakkan la aktiviti luar jika tak perlu yer .. Yang nak g dating tu , tak yah laaa .. Simpan duit , pastu nikah .. dating je dalam rumah .. untung untung Qhaliff dapat kawan .. kan kan ?
Aku rasa , mereka yang sering lepak kat blog aku ni mesti kenal dah ngan si kucing montel tapi bijaksana ni .. kan kan ? Buat mereka yang tak kenal lagi , boleh rujuk ke entri aku yang lepas , THE CURIOUS CAT ? dan Si Blogger , CURIOUS CAT dan rumah aku ..
Amacam ? Dan kenal kan ? Kali ni aku nak kongsikan sesuatu yang lebih menarik dengan korang ..
Seperti mana yang korang tau , Si kucing Curious Cat ni senantiasa merayau dalam rumah tuan dia dan punya teman bual yang punya cute tapi agak cerewet sedikit .. Nak diikutkan , si Curious Cat ni lagi la cerewet kan ? Tapi kenapa dia cerewet gitu eh ?
Semuanya kerana dia adalah kucing yang berkemahiran tinggi terutama dalam bidang home makeover dan ianya milik MML !! Haaa… Tau ke apa tu MML ?
Ok , MML ni adalah satu syarikat yang amat dikenali dalam bidangnya iaitu jubin atau tiles . Di MML , ada banyak jenis tiles atau jubin yang bermutu tinggi dijual dan mereka juga menyediakan pakar perunding untuk berunding dengan pelanggan bagi memastikan pelanggan mereka mendapat jubin atau tiles yang sesuai untuk rumah mereka . Dan menariknya , Curious Cat adalah salah satu dari perunding yang aku kata tadi tu ..
Terkejutkah ? Alaa .. tak perlu terkejut kalau korang g lawat laman web Curious Cat tu .. Dari situ , korang akan lebih faham kenapa aku kata Curios Cat ni perunding tiles yang , hurmmm .. mampu memikat hati korang ! Hehehe .. G la tengok kalau tak caya .. Jom ke CURIOUSCAT.MY
Dan , jangan ketinggalan pada entri akan datang .. MML sedang mengadakan satu pertanding yang pasti menarik buat korang semua .. Pastikan senantiasa ikuti perkembangan di blog aku ni ..
Dengan guna baby carrier ni , Qhaliff confirm tidur setiap kali keluar .. Mana tidaknya, dalam kereta dah susukan dia kaw kawww punyaa .. Campur dengan goyang dangdut dalam kereta , mmg membuai laa mamat tu .. Akhirnya , Zzzzzz ..
Senang .. masukkan dia dan usunglah .. Tp tangan aku tetap tampung berat Qhaliff bila berada dalam tu ..
Ada rakan pembaca tadi ada berkongsi info yang mana aku , tak pernah dengan mengenainya .. Wife mungkin tau tapi aku tak tau .. Aku google.. jumpa laa ..
Ok ke guna lagu ni bila g mall ?
Pakai camni la.. pergh.. baru Mr. Mama yang macho kan ?
Baru-baru ni ada seorang rakan pembaca meninggalkan komen di entri Memang lega sangat dengan baby carrier dgn menyatakan bahawa penggunakan baby carrier memberi kesan negatif pada perkembangan baby terutama di bahagian tulang belakang ..
Aku mula keliru . Ni nak keluar g Alamanda jap. Takkan nak dukung dia ? Stroller , dia tak nak lepak dalam tu .. Jadi camana ?
Aku pernah membacanya di salah satu buku yang wife pernah beli .. Aku kembali mencarinya dan ulang baca untuk memastikan tindakan aku ini tidak salah dan ‘aniaya’ baby ..
Dari buku panduan lengkap PENJAGAAN IBU DAN ANAK tulisan Elizabeth Fenwick yang telah dialih bahasa ini ada memberitahu penggunaan baby carrier atau ambin ni adalah salah satu cara baik untuk membaw bayi ke mana saja pada 3 bulan pertama.
Terpulang pada korang sendiri yang mana bagus untuk pembesaran ank anda .. Masing masing ada pendapat sendiri kn ?
Apa pon , jutaan terima kasih atas ‘peringatan’ dan juga pandangan rakan-rakan pembaca … Aku hargainya ..
Zaman ni kan , mmg ramai dah gitu .. Bila kawan ada masalah , dia cari kita .. Luah kat kita dengan harapan kita dpt bantu dia .. Paling tidak pon , bagi buah pendpt ..
Ada yang hargai .. ada yang .. hurmm … tunggu nak lepaskan diri dari tersepit ! Dan kemudian , kita pulak tersepit .. Dia ? Berlari lari anak selamatkan diri .. Ada kawan spesis gini ..
Pernah terjadi pada aku berkali laa .. Entah la .. Nak kata serik , mulut je ..tapi bila datang bercerita , aku lembut hati .. Tapi aku tetap ada prinsip terutama bila melibatkan wang .. Yang ni mmg aku berat nak kasi tetapi bergantung pd orang gak .. Kalau tak tau latar belakang , takkan nak kasi kan ? Tapi kalau tau latar belakang pon , tetap kena check gak terutama apa yang dia buat kebelakangan ni . Maklumlah , manusia berubah.
Entahlaah .. sekali terkena , mmg buat kita berhati hati .. Masalah aku , berkali dah .. Tapi cukuplah sampai disini .. Malas nak layan sangat terutama yang mmg ketara nak lepaskn tengkuk sendiri .. Sori la ..
Bukan apa , pernah aku tolong dia .. Dia terlepas tetapi masalah tu , aku pulak yang kena settlekan .. Ni kira cam dia bergaduh dengan orang tu hal kerja .. aku tolong settlekan , tak pasal pasal orang tu lak bengang ngan aku tetapi mereka berdua settle problem .. Camana tu ?
Lain kali , jangan masuk campur !