Hurm .. Dulu , bagi aku insuran ni membazir jer .. Bayar tiap tiap bulan tapi takde apa apa pon .. Bertahun aku bayar tapi , apa pon tarak .. Untung ? Kalau amik sekali ngan simpanan , untung la ..dapat bonus atau dividen .. tapi kalau amik sekadar perlindungan ?
Selepas aku kawin , bertahun berikutnya baru aku nampak kepentingannya lebih lebih lagi bila aku nampak anak buah aku dok keluar masuk hospital kerana sakit .. Hurmm ..
Aku terfikir waktu tu .. Dengan keadaan hospital kerajaan yang amat jarang nak dapat layanan yang baik jadi hospital swasta adalah menjadi keutamaan aku andai aku sakit teruk nanti.. Ini berdasarkan pengalaman aku ikut ayah ke hospital untuk check kencing manis serta darah tingginya. Memang tensen wooo … Waktu tu laa ..
Ditambah lagi dengan pelbagai jenis penyakit yang mula muncul ( lama dah pon sebenarnya tapi kurang ilmu mengenaninya ) , maka aku dan wife amik keputusan untuk amik insurans ..
Dan ternyata , keputusan kitorang tu amatlah berbaloi .. Kenapa ? Itu korang leh baca pada entri aku yang lepas ..
Berbaloi jugak rupanya amik insuran ni ..
Kenapa aku amik insurans ? SINGGAH 2
Dan , bila aku terbaca kisah seorang rakan blogger yang mana dia meluahkan perasaannya mengenai insuran ni , aku rasa lega sangat kerana tindakan aku skang ni betul apatah lagi aku baru saja amik untuk Qhaliff ..termasuk simpanannya sekali ..
Rakan blogger yang aku maksudkan ni , menceritakan kisah peribadinya bersama 3 orang anak OKUnya. Memang sayu dan pilu aku membacanya . Aku pandang Qhaliff setiap kali aku berenti dan usap dahinya… Hurmm ..
Aku tak mungkin setabah akak SITI tu .. sangat respek dengan ketabahan serta kesabarannya .. Semoga Allah terus berikannya kesabaran dan murahkan rezeki keluarganya .. Jom baca blog akak SITI .. http://suarahatidanceritaku.blogspot.com/