Sampai kat Kuala Lipis tadi , aku terperasan satu sekolah ni sedang mengadakan sukan sekolah . Ramai budak dengan baju sukan berwarna sedang bergembira di tepi padang sekolah . Tersenyum je aku lihat .. Terimbas kembali aku saat saat di sekolah dulu ..
Seingat aku , mak bapak aku tak pernah hadir ke sekolah waktu sukan sekolah . Aku tak kasi . Aku tak nak mereka berjemur di bawah panas mentari . Lagi pon , aku tak amik apa acara masa tu kecuali bila dah darjah 6 . Tu pon gara gara cikgu paksa sbb aku wakil sekolah untuk sukan bolasepak. Jadi , mesti boleh lari pecut punya kan ? Tapi tetap tak kasi diorang datang !
Sekarang ni , aku dah faham .. Ibu bapa yang hadir tu , bukan semata mata datang utk melihat anak mereka menang dalam acara yang disertai anak anak mereka sebaliknya macam tak percaya yang anak mereka sudah besar dan mampu berlari dengan pantas atau sudah ‘bermasyarakat’ .. Petah berbicara dan juga bijak.. Satu perubahan serta perkembangan yang mereka tak sedar berlalu begitu pantas .
Itulah yang aku rasa bila lihat Qhaliff skang ni .. 3 bulan yang berlalu berasakan begitu sekejap sangat .. Sehari demi sehari aku lalui bersama Qhaliff .. Dari ibunya mengandungkannya .. pelbagai karenah yang ditempuhi bersama .. Melahirkankanya .. Sakit .. Berpantang.. Ke hulu ke hilir aku dibuatnya .. Segalanya dah berlalu .. Sekarang , masa membesarkan Qhaliff ..
Alhamdulillah .. syukur pada Allah kerana panjangkan umur aku untuk melihat segala keindahahan ciptaanMu ..
Patutlah mak bapak aku gembira bila anak anak mereka balik ke rumah .. Walaupun penat , diorang tetap melayan . Sapa sangka , anak anak kecik mereka yang selalu mereka perambat dengan tali pinggang , dah berkeluarga dan punya waris masing masing ..
Huhu.. pantas benar masa berlalu ..