6.30 petang. Bersiap nak ke Pizza Huts Kota Damansara atas tiket jemputan .. Aku naik atas mandi dan wife ditugaskan mandikan Qhaliff ..
Selepas mandi , aku terdengar Qhaliff meraung kuat. Sangat berbeza dari kebiasaanya .. Aku rasa macam ada tak kena . Cepat cepat aku turun ke bawah ..
“ Qhaliff jatuh katil ! “ .
Wife dalam keadaan antara percaya atau tidak kejadian tu berlaku depan dia . Aku lagi la tak percaya. Macam mimpi berita tu masuk ke telinga aku ..
Menurut wife , Qhaliff yang dah nak dimandikan yang mana baju semua dah dibuka , dia letak di atas katil dan jauh dari bahagian tepi dan dia ke tandas yang cuma selangkah dari katil tu untuk siapkan air dia ..
Mata dok pandang Qhaliff .. Tapi macam aku pernah cerita dalam entri ni dulu , budak kecik ni pantas benar tindakan dia ! ( Samada dia pantas atau aku yang semakin slow ?? )
Dan .. Tu diaaa .. Bedebuk jatuh tersembam ! Nasib baik ketinggian katil tu tak sampai paras lutut aku pun.. Dan ada tikar mengkuang dilantai .. Kalau simen atau tiles semata ??
Aku g ketuk ais batu dan demah kepala dia dengan secepat mungkin untuk surutkan lebam di dahi dia tu .. Qhaliff menangis sekuat hati tapi pada masa sama , wife menyusukan dia terus .. Dia diam dan hisap susu.. Aku demah dahi dia.. Dia diam ..
Tak sampai 5 minit dia menangis tapi aku tetap macam tak percaya benda ni boleh berlaku memandangkan wife lebih alert bab keselamatan berbanding aku ni !
Malang tak berbau dan perkara dah mmg nak terjadi ! Tak boleh nak tuding antara satu sama lain. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Antaranya aku fikirkan kalau aku mandikan dia seperti kebiasaan yang mana kalau kejadian tu berlaku pada aku , kereta pun takde dan aku keseorangan dirumah .. camana tu ? Atau kitorang ke Damansara dan berlaku sesuatu yang tak diingini .. hurm..
Aku tak nak kata wife salah .. Aku pun salah gak sbb mungkin patutnya kitorang gilir jaga Qhaliff tapi memandangkan sebelum ni ok je Qhaliff , tu yang kami lalai !
Letak dia kat tilam ? Memang pun ! Kitorang tidur atas tilam ( lembek) yang atas lantai jer .. Cuma bila nak mandikan Qhaliff tu baru letak atas katil untuk tempoh 1 minit jer !!!! Sapa sangka dalam tempoh tu , kitorang abiskan masa 2 jam di hospital !
Ok .. nanti sambung apa cerita di hospital ..