Dalam entri aku tadi di Pembelian online pertama ku ! , ada seorang rakan aku berkongsi artikal Kevin Zahri dan aku dah baca . Apa yang dia kata dalam artikal dia tu , aku tak nafikan kebenarannya .. Penggunaan fat bunner yang aku beli tu lebih pada meningkatkan lagi kadar metabolisme dalam badan seterusnya membantu pembakaran lemak. MEMBANTU yer.. Bukan boleh 100% telan dan kurus !
Baca peraturannya dan dapatkan khidmat nasihat pakar cara penggunananya dan bukannya main telan jer .. Dari botol tu ada tulis cara penggunaannya .. Caranya :
Minggu pertama , makan sebijik saja ( jgn lebih kalau nak hidup lama ), sebelum makan pagi , begitu juga makan tengahari dan sebelum bersenam. Kalau malam , tak bersenam , tak digalakkan sbb nanti tak leh tidur !
Minggu kedua , makan 2 bijik sekali pengambilan ( jika rasa minggu pertama tu takde masalah .. Kalau ada , kekalkan sebijik jer.. Kalau rasa tak sesuai , berenti ambilnya .. ) .
Minggu ketiga , makan 3 bijik sekali pengambilandan begitu minggu seterusnya. Sampai abis .. Jangan lebih !
PENTING ! Sila minum air putih dengan banyak sekali .. Air putih takkan buat anda gemuk yer .. Sila elakkan minum air kopi , tea ,berkarbonat !
Tak guna ambil fat bunner kalau tak jaga pemakanan ! Diet pemakanan perlu ada .. Kalau macam aku , aku akan elakkan makanan berminyak , terlampau bergula , berlemak , masin bila berdiet..
Dapatkan khidmat nasihat pakar seperti doktor anda ..