Amboii .. dah pandai nak cross daddy ni !! Nk merayau daaahhh diaaaa .. Tak leh leka ngan dia ni skang ..
JMasih di rumah lama .. huhu ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Amboii .. dah pandai nak cross daddy ni !! Nk merayau daaahhh diaaaa .. Tak leh leka ngan dia ni skang ..
JMasih di rumah lama .. huhu ..
Hanya Allah saja mampu balas budi baik mereka .. Haswadi , Que Achmad , Qie Kaki Sembang , Najeeb , Nick Mm2h , Rashid , Mawi , keluarga aku , Ezwan dan isterinya ( sponsor lori OPAL PACK ) kerana sudi membantu keluarga aku berpindah pada hari ni ..
Penuh satu lori .. Janji selamat pindah , dah .. hehehe … Dah , Qhaliff ..
Awal awal lagi pengsan sbb penat angkat sofa , almari , mesin basuh , meja makan , katil , sofa lagi , tv , peti ais .. Perghh .. Banyak wooo .. Tak tau la nak tulis camana lagi haa ..
Sekali lagi , terima kasih pada anda semua ! Jasa dan budi baik anda akan ku kenang ..
Gambar Hiasan
Jangan sesekali tinggalkan anak kecil kita sendirian dalam kereta walaupun untuk sesaat !
Itu yang aku belajar semalam sewaktu kejadian di stesen Minyak Petronas Putajaya .. Waktu tu aku tengok ada ramai orang mengelilingi kereta .. Aku ingatkan apa tapi aku hampiri , ada sorang kenalan aku bagitau anak ‘abang’ tu telah mengunci kereta dari dalam sewaktu dia turun untuk isi angin tayar.
Setelah dipujuk berminit lamanya , kerana risaukan udara dalam kereta menjadi racun aku syorkan pecahkan jer cermin sisi .. Dan abang tu lakukan setelah gagal pujuk anaknya yang banyak sengih tengok Qhaliff .. Anaknya tu demam .. Kira nampak blur cam aku skang ni laa .. Kira dok nampak Neelofa aja skang ni .. hehe ..
Alhamdulillah .. Anak itu selamat .. Cuma aku tak berapa gemar ialah sikap si isteri yang tiba di tempat kejadian lalu bebel suaminya depan orang ramai.. Menda nak jadi .. Selamatkan anak tu dulu.. Bebel je kat rumah nanti ..
Hurm..
Apakah ini malam terakhir aku di rumah ini ? Hurmmm … UNIFI tak tranfer ke sana lagi .. Susah gak nnati aku nak buat kerja .. UNIFI ni bayak bantu aku skang ni.. Cepat dan pantas ..
Esok , nak pindah dah .. Aku yang demam teruk tadi , entah macam terkena elektrik .. terus hilang demam tu ! Camana dia datang , cam tu gak dia pergi ..
Alhamdulillah .. esok leh bagi full komitmet .. Tapi sebelum tu aku kena siapkan 2 advertorial aku .. Harga ? Setiap satu harganya lepaslah duit kereta MYVI aku tu haa .. Sapa nak bagi kan ? Dan dapat gak la job IKEA di kala demam ni .. huhu ..
Terima kasih kat wife sbb dia jadi iron lady sepanjang hari ni disebabkan aku tak mampu buat apa apa langsung … Tersadai dah dia ngan Qhaliff …
Blog terabai jap ari ni .. huhu..
MF?? Entri apakah itu ?? Sapa yang telah menaipnya lalu post ? Grrr .. Mentang mentang daddy demam .. Amik kesempatan ehh ??? iskhh ..
MF pun MF laaa .. janji adoooo ..
Semalam , kat 7E Presint Diplomatik hampir menjadi sejarah .. heheh .. Aku g jumpa Angah berkenaan baju blogger tu .. Kemudian mintak diri jap nak g beli air putih yang wife pesan ..
Dalam 7E aku rasa pening sangat dan mual .. Terus aku amik apa yang aku nak , bayar dan ke dalam kereta.. Whatsapp angan mintak dia bawak baju tu kat aku dan maggie yang aku order..
Air Revive jadi penyelamat aku jap .. Kembali bertenaga .. Huurmm .. Kalau pengsan ? Mau pengsan orang yang nak angkat aku tuu .. huhu ..
Pasal baju tu , tempahan masih dibuka yer .. Baca kat SINI
-IKLAN-
Haa...ni nak cerita lagi tentang COLLAGEN POWDER yang HOT.
Memang SANGAT HOT okay...hihi
Rata-rata yang nak awet muda belia memang memilih Collagen Powder ni.
Oh ya....nak cerita, dengan pembelian 3 kotak Collagen Powder akan automatik dapat FREE MEMBERSHIP.
So sambil nak cantik+nak awet muda boleh jana pendapatan dari rumah & dapat bonus cash back...BERBALOI kan?? Beli produk Shaklee pun dapat harga member skali...^_^
Saya gerenti anda tak kan rugi punya...♥
Saya dah merasa bonus...alhamdulillah....♥
Nak tau tentang KHASIAT COLLAGEN POWDER boleh klik SINI.
Testimonial pengguna klik SINI
Jom PM sy untuk order & HARGA TERBAIK!!
PM/sms/whatsapps ke 013-9337697 untuk HARGA TERBAIK ye..^_^
Emel: babymamapapaestore@gmail.com
Satu demi satu .. Memula Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) minggu lalu menarik balik semua kejuaraan Armstrong kerana kesalahan mengambil dadah. Pastu , pelumba basikal dunia itu turut diarah supaya membayar semula hadiah wang kejuaraan yang diperolehinya.
Dan hari ni , dalam akhbar Berita Harian pulak memberitahu Universiti AS tarik balik ijazah kehormat yang diberikan padanya ..
Hurm.. Tu dia penangan ambil dadah terlarang dalam sukan .. Berjaya kejap jer .. Dari seorang lagenda .. Dan kini ??
Pengajaran buat kita , fikir panjang sebelum nak buat apa apa yang menyalahi undang undang mahupun yang berdosa.. Lepas hari ini , belum tentu esok lusa leh selamat !
Budak tecik ni kan … dia tengah lena waktu aku dok guna laptop ni .. Saja wat sebelah dia sbb nak perhatikan dia ..
Tau-tau dia celik .. Tengok aku , dan terus pusingkan badan dia dan .. tuuuuu .. dalam gambar tuuuu ..
Aku rasa , pasni mmg susah la aku nak update blog dah .. Kena settlekan dia dulu baru leh buat kerja !
Ahaaa .. orang suh order yang sedap sedap tapi tamooo .. Haaa.. nak susu ibu , kat umah je nanti ..
Tapi susu ibulah yang paling sedap untuk bayi tau ! Tak caya ? Try ler .. hehe .. Aku tak kata tapi Qhaliff bagitau ..
Aku tak sangka pertama kali aku tengok di kaca tv aku boleh terjebak sama untuk mendapatkannya ..
Masakan tidak , aku membesar dengan main LEGO .. Tentu sekali aku takkan lepaskan peluang untuk mendapatkan kesemua koleksi yang dikeluarkan oleh LEGO khas untuk FERRARI SHELL ni haaa ..
Model-modelnya ialah Ferrari F150° Italia , Scuderia Ferrari Truck , Ferrari 250 GT Berlinetta passo corto (SWB) , Ferrari F40 , Ferrari FXX dan Ferrari 458 Italia.
Cara nak dapatkan model ni , sila ke stesen minyak SHELL yang berhampiran dengan kereta anda .. Yelah , kalau kat highway , pastinya dekat dengan kereta korang kan ? Haaaa .. hehe.. Guwau jer..
Ok, sambung .. Bila aku dapat jer … aku terus koyak plastik tu.. Gelojoh tul laaa !
Huihhh .. Aku jadi pening kepala jap tengok dia punya part part yang kecik tu .. Otak aku dah beku untuk main semua ni .. Tapi aku sahut cabaran untuk siapkannya gak ! Yearghhh ..
Nampak cam susah padahal senang jer padahal senang je pun .. Kenapa aku kata senang ? Sbb dah ada manual atau pelan untuk pemasangan dilampirkan bersama part part LEGO tu ..
Ikut je apa yang dah diajar dalam tu.. Pasti akan siap punya laaa ..
Tapi sebelum tu , aku ‘rasuah’ Qhaliff untuk dia tidur nyenyak .. Baru aku leh buat semua ni dengan tenang .. hehehe ..
Dan , menjadi perancangan aku .. Aku berjaya tidurkan Qhaliff .. Siapkan projek mega aku nih !!
Tadaaaa .. Siaaaappp !! Senang kan ? Dah siap duaaa sekali tuuu .. hehe .. Mana ada susah kan ?
Dan , Qhaliff senyum riaannng ! Pastinya model model kereta ini akan jadi miliknya , satu hari nanti !!
Hurmm .. Nak bagi ke tak nak eh ? Sayang woo .. Ke beli lagi , pastu yang tu dia punya koleksi sendiri ? Nasib baik baru sorang anak .. Kalau 10 ?? Mau 10 aku kena buat koleksi !!
Ahaa .. Sabtu ni ( 24 November ) , jangan lupa ke Sunway Pyramid Shopping Mall (Blue Concourse, LG2) , jam 11:00 pagi untuk melihat lebih dekat lagi koleksi miniatur LEGO® Ferrari. Cya there!
Segalanya bermula bila dia terdengar bunyi plastik LEGO SHELL FERRARI yang aku sengaja koyakkan dengan kuat dengan kuat untuk tarik perhatian dia ..
Dari dok layan kartun , dia terus mengendap aku ..
Dan … Tadaaaa … No wayyyy !! Ni daddy punya ! Tunggu Qhaliff umur 40 tahun , baru leh main LEGO ni !!
Ternyata pergerakkan dia dah sangat pantas ! Ok … G tengok kartun balik ! Daddy nak layan LEGO ni !