3-4 kali aku dok ulang angkat dia .. Letak jauh jauh , ke situ gak hala tuju dia selagi tak dpt 'rasa' kayu tu !!
Bila sorokkan.. baru tak g dah..Pandai alihkan pandangan betul dak nii.. Byk akal..
Published with Blogger-droid v2.0.9
3-4 kali aku dok ulang angkat dia .. Letak jauh jauh , ke situ gak hala tuju dia selagi tak dpt 'rasa' kayu tu !!
Bila sorokkan.. baru tak g dah..Pandai alihkan pandangan betul dak nii.. Byk akal..
Makan ok.. susu ok .. Tak meragam..Tdo , lebey .. Tak nangis.. Tp kerap berak .. hurmm ..
Nak tumbuh gigikah ? Apa apa , tanya pada pakar jap lagi ..
Ok .. laptop aku dah dia belasah .. Hp holder dlm kereta tu pon dah dia cungkil .. Dan yg terbaru , test merobohkan tempat sangkut baju !
Tak pe.. daddy sabar ... Sabaaarrrrr...
Bila ada anak ni , apa saja yang berkaitan dengan baby pasti membuatkan aku rasa sebak .. Yelah , tau camana perasaannya bila melibatkan baby ..
Dalam Harian Metro hari ni ,ada kisah lagi bayi dibuang . Nasib baik la ada hamba Allah yang jumpa dan selamatkan .. Kalau tak ? Haihhhh .. Apa punya akal da manusia tu ..
Semalam , kawan blogger ada tinggalkan mesej kat aku bagitau anaknya yang masih kecil ditampar oleh pengasuh di pusat jagaan dan dia dah buat laporan polis mengenainya .. Ada dia kongsikan ceritanya dalam blog .. Baca kat SINI ..
Manusia yang dah besar besar ni terlupa asal usul mereka .. Kita ni asal dari bayi dan kembali jadi ‘bayi’ .. Dan bila kembali jadi ‘bayi’ masa tu , tau la langit tinggi ke rendah ..
Mak dia panggil .. Dia wat dek .. Tutup lampu .. dia wat dek .. Asik dengan cenel Baby First dia .. Tutup tv , baru merangkak mai .. Amboi.. Tapi takmo tidur lagi.. Dok nak ajak main ..
Bila aku balik .. senyum ceria dia .. Aku bukak laptop , dia merangkak mai.. Ooo.. cari pasai nii .. Aku tau apa dia nak .. Aku ‘hambat’ dia.. Beria dia merangkak melarikan diri ke mak dia.. Siap panjat badan mak dia tu haaa ..
Pastu datang lagi.. Memang nak kena gigit dia niiiii .. Memang kena ponn .. Berulang kali dia ‘provoke’ aku gitu hinggalah dia tercungap cungap tak nak main dah dan mintak ‘susu’ kat ibu dia ..
Pastu lena.. Huhu .. Betuilah kata otai .. Baby bila dah 9 bulan ni , mmg best main ngan dia .. huhu … Pasni … dia besar dah .. Standby sorang lagi..
Hahahaha…
Wow .. Aku nak letak gambar gambar sebelum ni , segan lak .. hahaha .. Aku letak je la gambar terbaru tahun ni tapi kira menjadi tahun lepas laa ..
OK.. aku mulakan dari 2013 dengan size gini .. Apakah akan terjadi di penghujung tahun ? Azam , nak kasi comel skit lagi untuk raya .. Pakai baju raya pon mesti nampak .. hehe .. hehe .. Kang kata perasan lak .. hahaha ..
Haaa.. Nak kasi kemas skit cam ni laa .. Hehehe… Ada tips dia kalau nak cepat .. huhu .. Tahun lepas .. Hurmm ..
Tahun ni lak camana ? Jeng jeng jeng .. Apakah berhasil ? Huhu.. Jom tengok gambar gambar sebelum ni .. Klik SINI
Merujuk ke entri Qhaliff bakal dipenjara janji ? ..Kalau dok angkut dia 24 jam .. jawapnya blog aku ,tarantula mai lepak laaa .. mmg jadi sarang dia nanti ler ..
Tak larat nak angkat Qhaliff berulang kali.. kalau dibiarkan, tu laaa ( rujuk gambar ) jawapannnya.. Bkn tknk dia xplore tp dia explore serupa Star Trek punya crew yg explore ke galaksi lain haaa.. Risau dia jumpa makhluk asing yg ganaihh jer..
Aku akan pindah abis bulan ni. Pasni tv letak atas kabinet la.. bukan atas lantai tu haa .. Ni rumah tumpangan je .. hehe..
Sebelum ada yg komen , Qhaliff dpn tv tu hanya utk beberapa saat dan resolution tv tu mmg tak tinggi .. InshaAllah, mata ok ..
Tak laa.. 'kurung' dlm tu jer .. Kata wife , dia dah tempah satu utk Qhaliff .. Esok dpt..
Kalau ada , ok la skit .. Takde la nak mengejar dia sangat .. hehehe..
Infomasi kata bawah ni nanti aku amik dari web BabyCenter yang banyak membantu aku mengenali Qhaliff , secara tidak langsung .. hehe .. Bagus sebenarnya laman web BabyCenter ni ..
Ok , Qhaliff dah masuk 9 bulan .. Apakah yang patut aku tau sebelum aku berpura pura tahu apatah lagi Qhaliff dah kerap dok tergolek pastu nangis sblm kembali ketawa. Hurmm.. Apakah itu normal ?
Kena cari jawapan agar mak bapak tak bergaduh dok tuding jari sapa yang bersalah ! Hahahaha ..
Bayi anda semakin hampir untuk berjalansepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!).
Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)
Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya.
Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.
Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.
Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.
Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.
Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.
Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.
Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya.
Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)
Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.
Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan "tidak" tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.
Sumber : BabyCenter
Aku ingatkan menda menda gini hanya berlaku di luar negara .. Rupanya ada juga berlaku disekeliling kita .. Hurm.. Pengaruh tv atau filem ? Perghh.. cepat benar menuding jari eh ?
Bila difikir fikir .. hurmm .. penat gak nak fikir eh ? Tapi kena gak fikir sbb kita ada anak .. Yang takde anak tu , inshaAllah .. Anak anak ni , mudah benar ikut perasaan . Bila merajuk , ada saja menda yang dia nak buat .. Idea , byk datang dari tv .. atau pengaruh persekitaran . Yelah , kalau ada batu belah batu bertangkup , rasanya berapa ramai dah pelajar bunuh diri terutama gagal dapat keputusan cemerlang dalam ujian .. atau si ayah yang bunuh diri sbb tak dapat nikah lagi mahupn si ibu yang bunuh diri sbb bermadu .. hehe.. Nak gak selit bab madu tuuu ..
Buat adik adik .. fikir panjang sebelum buat satu satu tindakan . Menyesal sekarang berguna .. Dah mati , baru nak menyesal .. tak guna dik oii.. Sapa kata mati tu senang .. PErghhh .. Dah sedia ke nak berdepan dengan azab kubur tu ?
Mak ayah .. pujuklah anak tu baik baik .. Jangan terlalu ajar bagi privasi sangat .. Selagi mereka dalam jagaan kita , takde istilah privasi cam omputih tu haaa.. Lindungi bukan mengongkong .. Kawal bukan tak percaya .. Sehingga benar terbukti mampu berdikari , baru mak ayah biar anaknya berlari sendiri ..