Hurm.. Mengalir air mata aku tengok kesudahan drama yang cukup cukup cukup menarik ini ! Sejuta pengajaran terkandung dalam drama yang cukup simple ini ! Sejuta pengertian yang mampu dikupas kerana ianya berlaku setiap hari dalam kehidupan kita.
Drama ni dilakonkan dengan baiknya oleh Eman Manan. Pelakon yang tak perlu pacak muka atau fizikal untuk memastikan lakonannya menarik ! Serius , aku minat giler lakonan dia sbb dia berjaya hayatinya ..
Rasanya yang ni kisah kedua untuk drama Rahmat .. Ana nak susu .. Kisah pertama dulu pun mmg cukup meninggalkan kesan pada penonton ..
Drama sebegini patut ditayangkan di cerekarama TV3 agar semua orang boleh menontonnya. Kalau sekadar di Oasis, berapa ramai sangatlah yang boleh nikmati seterusnya mendapat pengajaran darinya..
Terbaik !! Tahniah !!!