-iklan-
With our new business project, sesiapa saja mampu memulakan perniagaan sendiri.
Modal permulaan yang rendah. Even student atau housewife pun boleh buat.
Book your spot for FREE business preview.
Limited to 10 pax per session.
Contact,
Waney 013-6613197
Dah rasa dah tak sedap kereta ni walaupun baru je antar service kat Perodua .. Tu antara sebab aku batalkan percutian ke Cameron Highlands. Nasib baik berlaku bila dah dekat dengan rumah mak aku .. Hurmm .. Kalau jauh lagi ? Dengan jalan jammed .. Sapa nak mai tolong ? Nasib baik la ada adik beradik aku .. Abang aku datang bawak towing trak dan adik ipar aku mai check.. Aku nak check susah sbb dok dukung Qhaliff ..
Kejadian berlaku kira kira jam 830 di laluan belakang Bandar Tasik Selatan .. Laluan biasa aku ikut. Entah apa giler hari ni , jalan jammed .. Dan nasib baik jammed ! Satu rahmat ..
Aku cepat cepat parking kereta kat tepi jalan bila ternampak asap keluar dari bonet depan kereta dan keluarkan Qhaliff .. Dalam kereta dah bau hangit..
Sebelum tu , beberapa tanda dah nampak seperti pintu kereta 2 kali tak tutup rapat dan ditegur oleh pemandu lain .. Terima kasih ! Sedangkan mmg check sblm ni .. Hurmm ..
Tanda tanda kerosakan akan menjelma , air cond tak berfungsi. Aku ingatkan gas dah abis. Plan nak gi antar service air cond tu hari ni .. hurmm ..
Kereta ditarik oleh abang aku .. Aku dan Qhaliff lak naik van adik aku yang datang menolong bersama suaminya ( terima kasih ) dan hantar ke bengkel berhampiran rumah mak aku. Kata mekanik tu , motor rosak .. Kipas depan tu haaa .. Hurmm.. Nasib baik tak mahal.. Kena dalam RM200++ .. Ok laa.. Yang penting , nyawa..
Dan dalam van , adik aku bagitau yang dapur gas rumah mak meletup ketika adik ipar aku dok memasak ! Berderai kaca .. Nasib baik takde budak budak dok main kat situ .. Haihhhh …
Dua kejadian berlaku serentak tapi di lain lokasi .. syukur pada Allah takde kecederaan ..
Baru-baru ni aku ada terima satu email .. Pelawaan untuk hadiri satu majlis di Melco Sales M’sia (Mitsubishi Electric) yang terletak di Petaling Jaya .
Menurut email tu lagi , ada satu jenis peti ais yang baru berada di pasaran Malaysia . Pastinya peti ais tu sangat menarik kerana aku diberitahu ianya mengunakan teknologi terkini dan pastinya aku tak tau langsung akan kewujudannya dan kelebihannya .. Heheh.. Aku nak pergi !!!!
Aku ada menceritanya pada jiran aku mengenai peti ais ni .. Katanya dia baru je beli sebulan dua yang lepas. Aku terkejut gak sbb cepat sangat dia tau mengenainya .. Tapi tak hairan gak sbb status dia pun leh tahan .. hehe.. Pantas dengan teknologi ni .. Namun aku tak berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat.
Dan hari yang ditunggu tiba … Dengan gunakan GPS , aku redah ke sana .. Alhamdulillah .. sampai jugak aku walaupun berpeluh mencari tempat tu .. hehehe ..
Disambut oleh staff Melco Sales yang sangat peramah , aku rasa cam artis lak.. hehehe .. Bila masuk ruang legar showroom tu , aku terpikat dengan satu peti ais ni .. Tinggiiiii.. Besarrrr.. Warnanya pun sangat memikat hati aku !!! Aku terbayangkan jika dia berada di ruang dapur rumah aku .. Perghhhhhh… mmg best !! Semakin berseri dapur aku tuuu … huhu .. Maklumlah , warna hitam.. warna feveret aku nehh ..
Nama peti ais ni ialah L4 GRANDE , first french door refrigerator ..
Bila masuk ke bilik taklimat , ramai bloggers dah sedia menunggu .. hehehe .. Dan tidak lama kemudian …
Yearghhhhh .. Taklimat bermula .. Dan aku mendengarnya kusyuk sambil amik gambar .. hehehee..
Apakah yang menariknya tentang peti ais yg dinamakan L4 GRANDE ni ? Ahaaa .. Yang pertama ialah .. Sizenya ..
Lebih tinggi dan besar dari aku ! Aku mmg teruja tengok peti ais ni .. hehehe .. Macam macam aku boleh isi di dalamnya ! Warnaya pon mmg menarik .. Ada dua warna .. Diamond Black dan Stainless Steel
Kedua ialah kelebihan teknologinya ..
- Anti Bacteria Food Liner
- Deodorizer
- Vitamin Factory ( sayuran dan buahan akan segar sentiasa )
- Door Alarm System ( kalau terlupa nak tutup rapat , dia bunyi )
- LED Light
- Door Auto Closed
- Egg Case
Taklimat diteruskan lagi dengan penerangan secara praktikal melalui satu permainan .. hehehe .. Semua blogger terlibat sama kena turut serta sama .. hehehe .. Permainannya mudah jer .. Masukkan semua makanan , minuman ke dalam peti ais mengikut susuan yang tepat ..
Ahaa.. Sewaktu ni lah baru semua peserta faham bahawa setiap pocket peti ais tu ada fungsi tersendiri ! Yang mana khas untuk sayuran , air tin patut diletakkan di ruang mana , susu , yougurt … Tujuannya adalah untuk kesegaran berterusan dan juga penjimatan ruang ..
Kata dah kan ? Menarik wooooo .. Malam selepas event tu , ada aku jumpa En. Sani .. Aku tanya jiran aku tu mengenai peti ais yang dia miliki tu.. Apa komennya ?
Yer … Benar .. Penjimatan elektrik antara elemen yang penting .. Penting woooooo terutama buat mereka yg dah berkawin cam aku ni .. Jimat duit tapi berbaloi !!
Banyak sebenarnya lagi kelebihan peti ais ni kalau berada di ruang dapur rumah kita dan pastinya … tak menyesal memiliknya .. Confirm dapur tu jadi port anak anak dok cari makanan sbb fresh gitu !! Hehehe ..
Semakin manja ..Semakin mengada ngada .. Kuat tdo .. Menangis pun kuat .. Dan dah nak mula mengekor !!
Esok jom gi gym !!
Rugi 3 jam .. Ingatkan ada yang menarik hinggakan promosi kaw kaw .. Tapi sayangnya … Hurm ..
Tahniah Sam !
Tidur dia dalam kereta .. Kat rumah tadi pun sama ..sama cam daddy dia gak .. heee .. .. Hari ni , sama sama asyiknyaaa tidur ..
Tapi rugi je tidur ni , kan ? Kena abiskan masa bersama sama kan ? Masa berkualiti kan ? Kan , kan kannnn ...
Jadi , projek dirancangan .. Jom gi tasik di mana kerap gi dulu sewaktu mengandungkan Qhaliff ..Dan kali ni ,bwk makanan sekali ..heeheh ..
Syok , kan ? Nanti besar .. leh baca dan tgk balik semua gambar serta baca komen acik acik yg kenal Qhaliff .. kann kannnnnnn ?
Ada gaya leh kerap bergaduh dah ni ..Skng ni pun ada bunga bunga berebut mainan tp nasib baik Ammar dah dah bertitle 'abam' ..maka lebih bertolak ansur .. Hehehe ..
Aku jadi pengadil dengan belasah dua dua sekali bila diorg gaduh ! Heheeee..
Di KXXX.. Tengah cari kat mana XXXXX .. Maklumlah , kita nak gi sana pun takde sebab .. Tapi kali ni , pergi bersebab laa ..
Ternampak satu pengawal keselamatan bertugas .. Aku pun bertanya la kat dia ..
“ Assalamualaikum .. “ . Salam diberi dengan penuh senyuman ..
“ Kat mana yer XXXX ? “ . Aku sambung lagi ..
Dia pandang aku atas bawah ..
“ Wsalam .. Tiket dah ada ke ? “ . Dia jawab ..
Aik ????? Mentang mentang la aku pakai cekai jer .. Boleh dia tanya aku lagu tu ? Waaahhhh .. Waahhh .. Waahhhh .. Yelah , sedar diri … sapa kita ni kan ? Hehehe ..
Aku jawab ..
“ Tiket dah booking awal awal .. ". Dan dalam hati aku sambung jawab , “ Freee okehhh .. “.
Pastu dia tunjukkan arah . Aku dan kawan aku berlalu dari situ dengan perasaan yang mengelikan hati..
Heehee..nak layan okeshtra punya pasal, terus gi beli kasut kasual .. Tadi pakai kasut sukan , jadi tak leh masuk .. Tau dah tak leh pakai tp saja cuba nasib .. mana la tau kaaann..
Ni update tgh rehat 20 minit .. layan gak okeshtra ni .. relaks skit dari dok pikir blog ..
Lupa lak .. aku dtg dgn blogger Mk Syahir.. heee..
Perghh .. melekat je skang ni ! Kalau aku tinggalkan dia , confirm pastu dia wat dek kat aku .. Panggil pon wat tak tau jer.. Nak jer gi kat mak dia ..
Kalau main ? Jangan usik mainan dia .. Confirm kejar balik amik mainan dia tu .. sambil marah marah lak tuu .. Amboiii .. Nak kena sunat dah dak niii ..
Di gym 1Malaysia Kementerian Belia Sukan.Setiap Sabtu, jam 9 pagi ..RM19 dikenakan .. Masa bersenam , satu setengah jam..Confirm berpeluh ..
Nak join?? Datang je hari Sabtu .. heheeh..
Heeee...singgah Masjid Putra untuk solat Maghrib sebelum ke pasar malam .. Saja nak mesrakan Qhaliff dengan masjid dan juga daddynya .. heehehee ..
Adakah kerja aku akan bertambah mudah selepas ini ??? Anda saja yg boleh menilainya ...
Anak ?? Salon koooo .. hahahaa.. Ini sudah lebeyyy ...
Nasib baik baru sorang .. 5 kalu ?? Bapak cukur je semuaaaa ..