“ Kementerian Kesihatan mungkin akan melanjutkan waktu oerpasi bagi klinik pesakit luarnya sehingga tengah malam di semua hospital kerajaan bagi membantu mengurangkan kesesakan dan barisan beratur yang panjang.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, pada masa ini ramai pesakit terpaksa menunggu lama berjam-jam di sebahagian klinik sebelum menbolehkan mereka untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan ubat dari farmasi hospital. “ –Mstar Online
Cadangan yang sangat aku setuju ! Walaupun ada klinik tapi bukan semua mampu gi klinik sbb harganya bukanlah murah untuk penyakit penyakit yang tidak kritikal ..
Untuk part “ menunggu lama berjam-jam di sebahagian klinik “ ni , aku tak tau nak kata apa la .. Cam semalam , bapak aku gi ke satu hospital di Bandar Tun Razak , untuk pemeriksaan mata . Hurmm..
Bapak aku tu menunggu dari awal pagi hinggalah kul 2 petang gitu. Katanya angka gilirannya tak dipanggil panggil . Pelik la pulak .. Bukan dia seorang je.. Ada orang lain gak yang menunggu lama. Nombor lak asik melompat lompat .. Dalam kul 3 gitu baru masuk jumpa doktor . Itu pun selepas adik perempuan aku gi jumpa petugas dan bertanyakan hal tu .
Di KK Presint 9 , layanan tip top . Ramai je pesakit setiap hari .. Itu membuktikan KK tu mmg ok .. Cuma sayangnya cuma khidmatnya sehingga petang jer .. Kalau dapat sampai malam , mmg ok sangat !
Jika dapat sampai malam , dapat la tambah kakitangan lagi kan ? hehehe .. Peluang pekerjaan pon boleh diwujudkan .. Kan kata nak sediakan berjuta peluang pekerjaan .. hehehe ..
Terima kasih …