Ramadhan datang lagi .. Ramai yang teringin nak bersolat berjemaah di masjid atau surau surau tetapi buat mereka yang punya anak kecil pastinya menjadi sedikit masalah kerana risau mereka akan menggangu jemaah lain nanti ketika solat .. Hurmm .. patut ke kanak-kanak dibawa bersolat sekali ?
Mereka yang belum punya anak , mungkin belum merasai masalah ini. Kalau nak kata anak buah ke , anak jiran ke .. lain .. Tak sama dengan anak sendiri punya !
Di Malaysia , ada masjid yang buat saf khas untuk kanak kanak. Risau mereka akan ganggu jemaah yang terdiri dari orang dewasa .. Atau ada yang kata , kanak kanak yang berada di dalam saf orang dewasa akan memutuskan saf maka kurang pahala .. Benarkah ?
Google dan cari jawapannya .. Bila buat gitu , anda pon dapat gak ilmu . Pahala lagi woo.. Aku buat dah dan aku jumpa pon jawapannya .. Aku takde masalah nak bersolat sebelah kanak kanak .. Malah aku lebih galak mereka serta sekali solat berjemaah sebabnya lama kelamaan , mereka akan tertarik dengan setiap perbuatan yang ada di kiri kanan mereka .. Dan ianya menghasilkan satu pertanyaan .
“ Mengapa mereka buat begitu ? Solat tu apa ? “
Secara tidak langsung , bila tengok tingkahlaku orang dewasa ketika bersolat , mereka akan berdisiplin . Tapi si ibu dan ayah pon kena la mainkan peranan dengan mengajar dan memberi sedikit tunjuk ajar sebelum meletakkan mereka disisi ..
InshaAllah .. lebih baik mereka dididik begitu dari dah plan nak main mercun bila tiba malam !