Alhamdulillah .. aku terus menerima pelawaan .. Walaupun blog aku cumalah sekadar bercerita mengenai kehidupan aku dan juga meluahkan rasa pendapat ‘tersendiri’ , namun ada yang menghargainya ..
Hurm… dah settle dan terima pelawaan dari In Trend .. Satu lagi pelawaan yang aku terima dari KUIS .. Yang ni aku edit skit yer…
“ Pihak kolej kami bercadang nak adakan satu program yg diberi nama 'Mr.Blogger "dakwah alam maya" sempena Ekstival KUIS ke-16 (Ekspo dan Festival) .
Tujuan program nih diadakan utk membincangkan berkenaan trend remaja sekarang yang lebih cenderung utk menerima dakwah menerusi alam maya spt youtube,facebook, tweeter dan sebagainya.. Jadi dipihak kami sedang mencari panel yang boleh mengupas isu ini selain dari berkongsi pengalaman bersama pelajar kolej kami. “.
Sayangnya pelawaan ni terpaksa aku tolak kerana masa yang tidak mengizinkan aku dan juga aku rasa aku bukanlah ‘ahli’nya.. Aku rasa part ni sebaiknya diserahkan pada blogger blogger yang sememangnya khusus berdakwah dalam penulisan mereka ..
Memang benarlah adakalanya penulisan aku pon ada ke arah itu tetapi aku rasa aku tak layak lagi untuk berdiri diatas pentas dan berbicara mengenai topik agama.. maklumlah , aku sendiri pon masih terkial kial lagi .. InshaAllah , satu hari nanti jika diizinkan Allah ..
Pelawaan dari KUIS ini adalah penghormatan yang paling bermakna buat aku berbanding pelawaan yang lain.. Terharu aku … Ini bukan pelawaan pertama dari IPTA .. banyak dah cuma aku je rasa tak layak untuk pegang mic dan memberikan nasihat pada adik adik nun yang sedang melihat aku .. hehehe .. Kerdilnya aku ..
Tak kisahlah .. bagi aku , tempat aku adalah depan laptop ni .. Berbicara mengenai dunia dan mengharapkan keredhaan ALLAH untuk akhirat ..
Sapa sangka kan ? Dulu ‘mereka’ gelakkan aku kerana aku seorang blogger .. “ Blog ? Apa tu ? Batu block ke ? “ .. Aku hanya mampu senyum dan sekarang , aku hanya mampu senyum lagi ..
Semoga ALLAH berkati kita dalam apa jua yang kita lakukan .. Niat kerana ALLAH ..