Kali pertama aku dengar pasal phone ni , melalui adik ipar aku .. Dia beli satu untuk kegunaan hariannya. Telefon yang mahal dibelinya pakai tak lama pastu dah hantar ke center untuk dibaiki.. Aku tak nafikan kerana ianya berlaku pada aku jugak .. huhu ..
Selepas aku membeleknya , aku terus update di blog ! Saja nak kongsi dengan rakan rakan .. Tapi rupanya , aku ketinggalan zaman .. Ramai dah tau pasal ninetology ni ! Aku je yang tak tau !! Hahaha ..
Dan baru-baru ni , aku dijemput untuk hadiri majlis pelancaran produk yang dianjurkan oleh syarikat Ninetology ni di KL Hilton.. Satu peluang untuk aku merasai sendiri keluaran terkini telefon pintar yang murah tapi setanding dengan telefon pintar yang sedia ada di pasaran ..
Ada 3 jenis telefon pintar yang dipamerkan disini .. Ketiga-tiganya berbeza diantara satu sama lain namun punya tarikan tersendiri ! Nipis , dan solid !
Ok . aku test ketiga-tiganya siri , Z1+ , X1 dan Z1 . Apa yang menarik sekali bagi aku ialah kameranya depannya ! Kamera depannya ialah 5MP ( belakang 13P) !! Sangat berguna untuk aku yang suka sangat amik gambar dengan cara berdepan ni ..
Bayangkan , telefon bimbit yang aku guna ni berkamera depan cuma 1.5MP jer ! Kalau 5MP camana punya cun ? Pergh.. makin kerap la aku upload gambar ke FB dan Instagram .. Harga murah , kualiti pon best !
Harga sekitar diantara RM1100-1300 yang mampu dimiliki ni menggunakan processor 1.2GHz Quad Core dan 16GB ROM/ 1GB RAM memori ini memang berbaloi untuk mereka yg idamkan telefon bimbit yang rendah bajetnya .. Yelah , bukan semua orang mampu beli yang mahal mahal namun kualitinya setanding ! Antara pandai guna dan pandai jaga ! Haaa ..
Kalau aku nak beli la kan .. Aku akan amik .. er .. er.. aku rasa semua ok sgt nak guna.. Memang pening pala skit nak pilih mana yang best !
Majlis petang tu diakhiri dengan satu pertandingan menduga minda yang mana hadiahnya ialah salah satu jenis telefon bimbit yang dipromosikan di situ.. Memang mencabar dan … aku tak dapat ! Huhuhu..
Bagi yang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke fan page NINETOLOGY ..
Berita baik buat para blogger .. Ninetology membuka ruang utk blogger yang beri minat saja , membuat review mengenai telefon pintar Ninetology ini ..
Program Review telefon pintar Ninetology yang dipanggil “Tech Kaiju Arena” ini menawarkan hadiah yang mmg best.. Hadiahnya ialah gadget dari Ninetology dan juga wang tunai ! Tamo ? Rugi laa ..
Anda akan diberi pinjam telefon pintar itu untuk seminggu kemudian anda akan membuat review mengenainya .. haaa .. mudah je kan ?
Camana nak join ? Sila email ke Samuel Lee : samuellee@ninetology.com dgn butiran berikut ..
- Name
- Blog URL
- Contact Number
- dan jenis telefon pintar Ninetology + 1x Other Latest Mobile Brand yang ada ..
Ok , jika anda terpilih .. mereka akan hubungi anda dalam masa terdekat .. Syarat syarat lain , mereka akan bagitau anda nanti .. hehehe ..
Tunggu apa lagi ?