Pasni nak buat style ibu je laa .. Muka daddy takyah letak dah dlm blog atau mana mana pon .. Merajuk daahhh..
Aahhhh..tak kiraaaaa...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Pasni nak buat style ibu je laa .. Muka daddy takyah letak dah dlm blog atau mana mana pon .. Merajuk daahhh..
Aahhhh..tak kiraaaaa...
Kali pertama aku memegang marker dan pakai segala peralatan paintball ni setelah punya lama teringin nak layan !
Kali terakhir ‘berperang’ ni , masa zaman kanak kanak dulu. Pastu sejak kenal dunia jiwang ni , maka segan nak berperang dah .. Yelah , ilang macho la .. Kononnya laaa ..
Jemputan dari rakan blogger , Broframestone tidak aku lepaskan walaupun aku tau hari tu aku mmg sibuk giler ! Nak gak merasa bermain dengan rakan rakan blogger yang lain ..
Ternyata pergorbanan masa aku tu tak sia-sia ! Memang best layan paintball ni apatah lagi tempatnya mmg santai dan menenangkan .. Udara fresh gitu !
Bertempat di Cyberjaya Paintball , Cyberjaya ( dkt Tasik Cyberjaya ) segala impian aku jadi kenyataan walaupun aku jadi mangsa tembakan mereka ! Maklumlah , dah lembab skang ni nak berlari sana sini ! Lemang dan ketupat masih banyak dalam perut aku .. hehee.. Alasan baik punya !
Gaya ada dah .. Cuma aku perlu ‘ringankan’ badan dengan banyakkan berlari sana sini utk elakkan dari ditembak ! Dan kalau nak main paintball ni , minda perlu rileks. Jangan fikir sangat hal hal lain .. Enjoy !! Silap aku , aku byk fikir isu lain .. Hehehe ..
Bila bermain paintball ni , baru terasa betapa peperangan memerlukan daya tumpuan yg amat tinggi agar tidak jadi mangsa muncung senapang musuh !
Terus terang aku bagitau la kan .. aku akan ajak kengkawan blogger sekali lagi berperang lagi disini ! Rehatkan diri dari dunia maya dengan melepak rakan rakan dunia maya !
Terima kasih Cyberjaya Paintball atas layan dan tunjuk ajar bermain dan menerangkan ciri ciri keselamatan Paintball. Ringkas tapi sangat berinfomasi .
Aku jatuh cinta dah ngan Paintball .. Siap la pasni !!
Nak tau apa pendapat rakan blogger yang lain ? Baca ler kat blog mereka ..
http://ayuejean.blogspot.com/2013/09/paintball-with-blogger-at-cyberjaya.html
http://hafizrahim.com/cyberjaya-paintball-medan-pertempuran-blogger/
Nak tau lebih lanjut , leh ke fan page mereka , CYBERJAYA PAINTBALL .
Kelmarin aku gi gym .. Kat sana , jumpa la kenalan lama yang dah berbulan tak jumpa. Rasanya sebelum Ramadan lagi .. hehe… Aku yang jarang ke sana sebab jimatkan petrol … Rupanya semakin kena jimat lagi skang ni ! Huhu..
Aku tanya perkembangan dirinya . Kakinya yang cedera akibat main futsal ketika mewakili tempat dia bekerja … Apakah mendapat perhatian sewajarnya ?
Dia tunjukkan kepala lututnya pada aku .. Mengerikan ! Dia kata kerosakkan dalaman tu memerlukan pembedahan yang menelan belanja RM48 ribu ! Tu pon bukan boleh pulih. Dah kira kecacatan kekal.
Aku tanya dia … ada insuran ke ? Dia geleng kepala .. Dah tu mana nak cari duit untuk buat semua tu ? Dia kata sedang berusaha dapatkan dari Socso .. Tu pun sukar sbb pejabat dia tak nak bantu dia walhal dia main tu atas tiket pejabat dia !
Muda lagi.. Baru umur 22 rasanya .. Dah berkawin dan ada anak . Nasib baik la dia keje kerajaan .. Dan ada kelebihan sedikit untuk dapatkan duit sampingan ..
Hurmm … ada yang rasa tak penting insuran ni .. Cuma masalahnya ialah bila kita dah amik insuran maka akan ada la pakej pakej tambahan .. Memula RM100 pastu agen kita kan ‘bagitau ‘ ada pakej pakej terbaru selepas itu .. Adoi ..
Insuran mmg bagus. Tapi agen insuran perlu jaga kualiti mereka . Jangan dah dapat , terus buat kerja separuh siap ! Aku dah kena dah ..
Boroi eh ? Hahahaha .. tak pe .. Biasa dah berlaku setiap kali lepas Aidilfitri. 2 bulan sebelum tu , terlalu kurus . Dah macam budak kpop lak .. Bosan lak bila tengok gitu. Seluar pon melondeh jer.. Huhu ..
Jadi , seperti biasa .. aku amik risiko gemukkan balik badan dan kembali ke gym untuk membentuk otot otot kembali … hehehhe ..
Susah ke ? Nehhhhh …
Nak buat cam ni balik haa .. kerja keras diperlukan ! Hahahaha ..
Qhaliff amik kunci , nak bukak pintu ! Mak dia kata .. Ternyata dia kebosanan di rumah .. Siaann.. Tunggu daddy balik yer sayang .. Daddy tgh carik duit utk cover kenaikkan petrol yg mana diorg kata ..
' 20 sen je ponnn ' ...
Semalam test drive.. terus berlari dia dptkan mak dia.. Takuttttt diaaa ..Apa yg dia takut sangatkan pon tak tau laa ..
Tapi .. pagi ni , wife kata dia cuba cuba nak masuk.. namun begituuuu.. tetap tamo gaakk dia ..
Tak pe la .. nanti ada lesen , berani la tu ..
Baru format Samsung Note 8.0 aku .. Kena laaa install balik semua aplikasi. Dalam dok mencari aplikasi yang lama lama tu , aku cari gak yang baru .. Tiba tiba ternampak ..
“ Cerita Seks Melayu “ !
Mak aihhhh .. Ini pon diorang buat aplikasi ? Dah abis ke punca rezeki halal ?? Hurmmm .. apa la diorang ni.. Bayangkan kalau budak budak sekolah yang download ? Apakah kesannya ?
Harap kita semua dapat buat laporan pada Google agar ianya dapat disekat .. Begitu juga pada SKMM .. Jangan sampai anak kita dah rosak , baru sibuk nak menuding jari !
Apa nak buat ? Begitulah nasib kitaaa .. Hehehe .. Nak ke tak nak , terpulang pada kita la kan ? Rasa ada duit , beli laa .. tak nak , jangan beli ..
Aku baru balik dari Jalan Raja Laut. Gi ke store mainan kanak kanak dan dewasa kat sana .. Perghhh , mmg rambang bijik mata kat situ ! Macam macam permainan ada .. Dari budak hingga ke orang tua leh layan borong kat situ ..
Seperti korang tau , aku belikan kereta berkuasa bateri untuk Qhaliff .. Harganya , RM250 .. Di kedai sebelum tu , harganya RM350 .. Dia kasi kurang RM320 ! Kereta yang sama yer …
Kemudian , ada la amik kereta remote control .. Harganya yang terpapar ialah RM50 .. Disebabkan beli banyak mainan , dapat la diskaun RM45 ! Yeahhh ..seronok laaa ..
Tiba-tiba adik aku yang ikut sama ke sana , ternampak kawannya. Dia tau yg kawannya ni borong permainan ni dan jual di tempat lain dengan harga yg tinggi woooo ..
Kereta control yang wife aku beli tadi , berharga RM45 kan ? Adik aku suruh kawan tu belikan 2 ! Tahu berapa dapat ? Satu RM27 jer woiiiii !!
Bayangkan laaa.. kononnya kat situ , kita dijual dengan harga borong ! Borong la sangaattt !! Kena kencing hidup hidupppp .. Tapi apakan daya .. situ je murah .. Kalau nak murah , kata sorang kawan tu.. Gi beli kat Port Klang .. sana laaaagiii murahhh !
Haihh … yang kaya , makin kaya ..
Bapa ku pulang dari Raja Laut .. Bapa ku belikan kereta .. Kereta kecil warna merah .. boleh ku bawa racing ngan jiran sebelah ..
Heheeh.. dapat akhirnya Qhaliff sebuah kereta .. Rm250 wooo.. Aku beli hok guna bateri.. tak guna petrol wooo ...
Manjakan dia ? Lama woo tunggu kehadiran dia dlm hidup kitorang ..