Minggu lepas , di Johor , Kelantan dibaham 4-2 .. Perghhh .. Wife terkedu .. Tapi aku kata kat dia , rileks laaa … Ada 90 minit lagi wooo.. Banyak giler masa !
Bukan apa .. Tau sangat dah bolasepak kat Malaysia ni terutama Kelantan. Maaf cakap la yer , aku bukan peminat setiap liga Malaysia .. Duuuulluuuuuu , aku minat laa.. Zaman Semi Pro .. Tapi selepas kejatuhan Liga tu akibat rasuah , aku malas nak follow dah .. Bukan apa , aku jerit pon bukan dapat duit. Kawan , benci lak aku sbb sokong pasukan lawan dia ! Hahaha.. Baik aku sokong bini Mat Yo .. Opss.. sori , jangan ada unsur peribadi di dalam blog yer ! Ingat tuuu ..
Malam ni , aku plan nak gi Alamanda .. Nak cari baju renang Qhaliff.. Isnin ni nak gi holidayyyy .. Tapi wife kata Kelatey main malam ni. Dia nak tengok. Aku kata , tak yah tengok laa.. Menang besar punya !
Dia nak tengok gak .. Aku pon ok je la.. Gi beli satay dan mee goreng mamak utk bekal tenaga bagi menjerit sepuas hati kang .. hehehe ..
Dan , tak sampai beberapa minit .. gol dah .. Aku pandang wife dan berkata ..
“ Kata dahh .. tengok kaki laaa … “ ..
Dan gol lagi.. Aku senyum.. Aku suh dia gi solat dan masuk tidur sbb dia pening ..
“ Tak yah risau aihhh .. Menang dah tentu. Kalah dalam tangan .. “.
Camana tu ? hahaha .. Ok , okkkk ..
Buat penyokong JDT , jangan kecewa aihhh .. Rileks laa .. Tiap tahun ada liga ni .. Piala tu takkan gi kemana punya laa.. Lagi pun , perancangan jitu dah dibuat untuk JDT tahun depan .. kan ? Apadahal kan ?
Kehadiran JDT dalam kancah bolasepak negara , telah menambahkan lagi kemeriahan liga M ni .. Tahniah !!
Dan TRW , aku tau benar semangat juang mu ! Apatah lagi jika bermain di gelanggang sendiri .. Sepatutnya , di Johor ari tu , JDT jangan benarkan TRW jaringkan gol langsung dan sumbat banyak banyak sbb di KB , mereka akan bangkit dalam semangat yang sukar diramalkan..
Tahniah TRW dan JDT .. Sapa menang atau kalah , tak penting .. Yang penting , semangat kesukanan perlu ada .. kan kan ?
Takziah buat penjaga gol JDT ..