Ada kawan tanya dan takut nak main paintball sebab , risau nanti kulitnya putih gebu akan lebam ! Huhuhu..
Apakah akan lebam ???
Jawapannya , kalau kena direct pada kulit .. inshaAllah akan lebam tapi lebamnya bukanlah macam lebam kena tumbuk atau terajang 18 petala langit punya .. hehehe ..
Dan untuk kes aku ni .. Aku pakai baju yang nipis kainnya .. Kalau tebal skit , pasti akan menyerap hentakan ‘peluru’ tu.. Confirm tak sakit punyaaa dan takkan ada lebam seperti pertama kali aku main !
Kenapa aku tak pakai baju tebal ?
Yang pertama , aku tak de baju tebal dan yang kedua , aku nak ‘rasa’ kena tembakkk .. Baru bestttt .. hehehe..
Bukan apa , selagi dok dibelenggu rasa takut ditembak tu , maka aku takkan berani nak bergerak ke depan ! Bila dah kena gini , baru tatak takut punya wooo ! Hahahaha
Minggu lepas , di Johor , Kelantan dibaham 4-2 .. Perghhh .. Wife terkedu .. Tapi aku kata kat dia , rileks laaa … Ada 90 minit lagi wooo.. Banyak giler masa !
Bukan apa .. Tau sangat dah bolasepak kat Malaysia ni terutama Kelantan. Maaf cakap la yer , aku bukan peminat setiap liga Malaysia .. Duuuulluuuuuu , aku minat laa.. Zaman Semi Pro .. Tapi selepas kejatuhan Liga tu akibat rasuah , aku malas nak follow dah .. Bukan apa , aku jerit pon bukan dapat duit. Kawan , benci lak aku sbb sokong pasukan lawan dia ! Hahaha.. Baik aku sokong bini Mat Yo .. Opss.. sori , jangan ada unsur peribadi di dalam blog yer ! Ingat tuuu ..
Malam ni , aku plan nak gi Alamanda .. Nak cari baju renang Qhaliff.. Isnin ni nak gi holidayyyy .. Tapi wife kata Kelatey main malam ni. Dia nak tengok. Aku kata , tak yah tengok laa.. Menang besar punya !
Dia nak tengok gak .. Aku pon ok je la.. Gi beli satay dan mee goreng mamak utk bekal tenaga bagi menjerit sepuas hati kang .. hehehe ..
Dan , tak sampai beberapa minit .. gol dah .. Aku pandang wife dan berkata ..
“ Kata dahh .. tengok kaki laaa … “ ..
Dan gol lagi.. Aku senyum.. Aku suh dia gi solat dan masuk tidur sbb dia pening ..
“ Tak yah risau aihhh .. Menang dah tentu. Kalah dalam tangan .. “.
Camana tu ? hahaha .. Ok , okkkk ..
Buat penyokong JDT , jangan kecewa aihhh .. Rileks laa .. Tiap tahun ada liga ni .. Piala tu takkan gi kemana punya laa.. Lagi pun , perancangan jitu dah dibuat untuk JDT tahun depan .. kan ? Apadahal kan ?
Kehadiran JDT dalam kancah bolasepak negara , telah menambahkan lagi kemeriahan liga M ni .. Tahniah !!
Dan TRW , aku tau benar semangat juang mu ! Apatah lagi jika bermain di gelanggang sendiri .. Sepatutnya , di Johor ari tu , JDT jangan benarkan TRW jaringkan gol langsung dan sumbat banyak banyak sbb di KB , mereka akan bangkit dalam semangat yang sukar diramalkan..
Tahniah TRW dan JDT .. Sapa menang atau kalah , tak penting .. Yang penting , semangat kesukanan perlu ada .. kan kan ?
Takziah buat penjaga gol JDT ..
Semakin menambah dendam lagi ada laaaaaa .. 5 lebam kat badan. Pelik , diorg takde la pulak !!
Tamo main dah pasni ... majukkk aihhh.. Minggu depan , main pon best ni.. heeee..
Aku rasa di TV3 kot ? Kan ? Tertonton tadi dengan wife . Dalam 10-15 minit gitu laa … Pastu aku layan Qhaliff sebelum naik ke tingkat atas untuk workout skit .
Kenapa aku tinggalkan drama yang ramai kata best sangat tu ? Hurmmm .. Aku bukanlah pengkritik apa saja yang diterbitkan kat tv atau panggung tu haaa tapi cuba ada la jugak aku nak ‘tegur’ . Maklumlah , aku pun ada hak nak tegur sbb aku bayar elektrik dan beli tv cash … Haaa .. Dan juga warganegara Malaysia yang sah !
Senang cakap la.. untuk drama bersiri Kampung Girl ni , aku cuma tak berkenan tang babak romantis pasangan tu. Tak perlulah nak tunjuk sampai ke atas katil. Kena kreatif la skit untuk tonjolkan babak romantik gitu ha..
Bukan apa .. budak budak sekolah yang tengok drama ni , tersengih sengih dok tengok. Pastu , ada yang buat praktikal ! Camana tu ? Aku bukan cakap kosong.. Ni haaa .. kat FB kelmarin , ada pulak video budak sekolah dok berangan nak nikah dann bunuh sapa cuba rampas kekasih dia ! Pergh.. Aku malas nak kata lebih .. Ha..Tengah tahan mulut ni..
Jalan cerita dia menarik cuma pengarah perlulah lebih kreatif terutama nak tonjolkan babak babak yang aku rasa orang dah kawin pon segan nak tengok ! Tak caya ? Aku dah buat ‘ apa kata survey’ pon !!
“ budak2 sekarang pun dah paham babak2 atas katil.. kita yg tua lak kadang termalu sebab tertengok dengan budak2. “
“ Org yg dah kawen pun malu nak tgk. Tp budak pulak yg suka “
“ ntahnya..pengarah filem melayu ni sama je duk terikut filem barat yg tak ada moral, suka buat adegan atas katil “
“ Tgok selingan pn mual.knapa citer mlayu nk d tonjolkn sbgitu?ade adegan ranjang,sepak terajang,pukul memukul mcm samseng??(filem bencinta.filem longkai dll)yg melakonkn org mlayu lak...
Kt pngarah ade pngajaran.tp bile tgok kt mner pngajaran nye?yg bnyk babak2 yg begitu memualkn.kt sbg ibu bapa risau tkut ank2 kt mlihat dn mniru..tp itu la yg trjd skang... bab iklan pn rase2 dh ade unsur2 sbgitu kalu yg perasan.. “
“ Di sekolah pn plajar drjh 2 dh brani buat semua ni .. dunia da nk kiamat .. “
Hurmmm .. kang kata lelebih , kata tak support drama atau filem tempatan walhal merekalah yg tak fikirkan baik buruk untuk penonton ! Bila penonton fikirkan baik buruk , tau pulak melenting ..
Apparaa …
Sebelum ni , mmg takde .. Tapi baru-baru ni , ada daahhh ! hehehe … Sewaktu kali pertama aku pakai Nokia Lumia 925 ni , aku rasa sangat tak best.. Hati aku masih terikat pada HTC .. Maklumlah , dah guna bertahun tahun ..
Tapi selepas aku menang Nokia Lumia 925 ni , aku explore abis abisan ! Dan ternyataaaa .. Woww ! I likeeeee laahhh !! Nasib baik laaa aku menang ! ahahahha .. Rezeki !
Ok , untuk telefon bimbit yang mengunakan operasi Window Phone terkini , bagi pengguna sedia ada Instagram .. sila download 6TAG. Sama jeee ! Ianya bukan satu app yang baru tetapi sama seperti Instagram. Mereka ‘berkaitan’ cuma nama je lain .. hehehe ..
Contoh aaa.. Ni gambar Qhaliff yang aku nak upload ke Instagram.
Selepas download 6Tag , login guna id kita seperti biasa dan .. Tadaaaa.. Keluarlah paparan begini .. Amacam ? Comel cam aku kan ? Hahahaha..
Dan uploadlah gambar yang aku nak tuuuu tanpa rasa bersalah .. hehehe.. Tak dedah aurat kan ? So tak perlu rasa bersalah la.. hehe ..
Selepas berjaya upload , aku tengok Instagram di tab aku yang gunakan Android.. Taadaaa… Ada kooooo !!
Perghh.. siap la pasniiii .. Makin banyak laaa aku upload gambar di Instagram ! Muhahahahahahha …. Muhahahahahha …
Ada satu lagi yang best mengenai Nokia Lumia 925. Nanti aku ceritakan ..
Kensel nak jual ! Heeee…
Olololooooo… baiknya diaaa …
Nampak comel jer kan ? Rasa cam nak tiom tiom je diaa.. Tiom tu cium ler ! Bahasa budak perasan cute zaman ni .. hahahaha .. Jangan marah aaa ..
Apa kaitan dengan mangga kat bawah ni ??
Bayangkan jika mangga ni kena kepala anda di kala anda tidur dan yang membalingnya adalah budak di atas ni ?
Perghhh .. nyaris kena mak dia ! Ari tu dah remote Astro buat singgahan di bibir wife lalu mengeluarkan darah. Comel kan ?
Geram ??? Biasa la budak budak.. Kalau bukan budak , lamaaaaa dahhhhhhhhhh … Grrrr …
Apa saja yang aku buat , mata dia akan memerhati dan dia akan buat semula apa yang aku buat ..
Contohnya , cam bukak pintu pagar ni .. Pintu pagar luar tu , dia dah tau camana nak bukak .. Yang ni , tak reti lagi dia .. Dalam erti kata lain , pasni kena hati hati ! Amat bahaya biarkan dia sendirian !
Selain bukak pintu , peti ais adalah tempat kegemaran dia ! Dia tau disitu ada banyak ‘harta karun’ yang boleh diisi dalam perut .. Grrr …
Dalam kereta , sebelum aku start enjin .. dia perhatikan kat mana lubang kunci kereta dan tindakan selepas itu ! Perghhhh … Bijak cam aku gak ! Hahahaha .. Tamo la cam aku.. Cam mak dia .. Cam aku , bijak kot belah lain ! Hahahaha ..
Baru nak feel WALKING DEAD versi Malaysia .. Sekali .. Hurm… Aku ni bukanlah nak cari salah filem tempatan tapi kot ya pon , hati hati la skit. Walaupun ianya sekadar filem komedi , orang yang datang tengok tu , bayar tiket dan masa diluangkan untuk support filem tempatan tapi bila ianya dibuat sambil lewa gitu jer .. hurmmm
Aku tak nafikan filem hollywood yang box office pon banyak gak masalah masalah gini tapi tidaklah menonjol sangat .. Kalau menonjol pon , penonton lebih teruja pada jalan cerita atau kesan khas yang digunakan. Jadi tertutuplah kesilapan itu..
3 saat kemudian ..
Ok la .. sehingga babak ni , aku leh katakan filem KL ZOMBIE ni ok la skit dari filem hantu yang mengarut kebelakangan ni .. Kiranya , kalau tonton pon leh la ketawa gak laa..
Namun , belum cukup buat aku untuk pergi ke panggung. Cuma aku tak beli dvd cetak rompak je .. Hehehe.. download jer.. Alooo , download pon guna duit ok !! Bukan copy dari kawan tauuu !
Hehehe .. Yer , tauuu .. tetap cetak rompak.. Dah tu nak wat camana .. Kang gi , tak berbaloi .. aku gak rugi ! kan kan ?
External Hard Drive yang sangat menawan hati aku ini , pastinya dari Toshiba ! Kenapa ? Senang citer , tengok warnanya saja dah buat aku tertawan .. Aku suka warna luaran TOSHIBA CANVIO SLIM II ni .. Serius sangat ‘mahal’ bila orang tengok walhal tak la mahal mana pon .. hehee ..
Berkapasiti 1 Terra Byte ( 1TB ) dengan harga tidak lebih dari RM300 ini pastinya akan memikat anda yg tercari cari external hard disk utk menyimpan data dan buat backup file yang sedia ada ..
Kenapa aku kata gitu lak ? Haaaa ..
Pertamanya , Toshiba Canvio® Slim II ini boleh klonkan keseluruhan komputer anda ! Kalau kata nak format pc , maka gunakanlah Toshiba Canvio HDD ni untuk mengklonkan keselurahan pc anda termasuk sistem operasi dan juga perisian ! . Perisian sedia ada dalam HDD tu. Tak peru risau..
Keduanya , Canvio® Slim II dilengkapi dengan perisan Popoplug yang mana bernilai USD$29.95 ( utk PC /MAC ) bagi memudahkan anda memuat turun atau mengakses gambar anda di dalam hard drive ini melalui tab atau telefon bimbit anda !! Haaa.. senang kan ?? Tapi perlu ada internet la .. dan komputer perlulah dihidupkan senantiasa .. Kalau off , camana nak tranfer kan ? Hehehe ..
Dan juga percuma 10GB cloud storage. hehehe ..
Perbandingan yang aku guna sekarang dengan Toshiba Canvio yang lebih slim dan menawan ..
Seperti external hard drive yang lain , Toshiba Canvio Slim II ini juga dilengkapi dengan kata laluan jika ingin mengaksesnya. Kalau hilang , tak la pening kepala kan ? Hehehe ..
Antara kelebihan lain Toshiba Canvio Slim II ini ialah jadual backup secara automatik ! Anda setkan bila masa yang anda rasa nak buat , dan ianya akan dibuat secara automatik. Selain itu , anda juga boleh pilih folder dan file untuk dibackupkan.
Ops .. NTI® Backup Now EZ™ full system backup hanya boleh digunakan pada platform Microsoft Windows jer ..
Dan jangan lupa , jika dah beli Toshiba Canvio Slim II ni , sila download Popoplug pada telefon bimbit dan tab anda bagi memudahkan kerja kerja backup dilakukan. Haa.. Hanya terdapat pada pengguna Apple dan Android sahajaaaa .. hehehe ..
Sekali lagi.. Harga dalam lingkungan RM200 lebih gitu laa .. Dah ada dipasaran rasanya .. hehehe ..
Hehehe.. Jangan tak tauuu yer .. Canvio Slim 500GB pemenang bagi anugerah reddot design bagi tahun 2013 .. Ini bermakna produk ini diiktiraf !
Tunggu apa lagi ? Kata nak cari kan ? Cari , belek belek .. sesuai ? Jangan tengok jer .. Beli terus ! Hehehe..
Cancel satay ! Wife teringin nak makan pizza untuk kali kedua . Dan aku turunkan aja kerana .. kerana apa ? Lagi mau tanya .. Ai segan , okehhhh !! Haaha ..
Ok.. Qhaliff yang dah mula mengantuk ditambah lagi dengan kelaparan , ikutkan aja bila ajak ke Pizza Hut.. Camana aku tau dia ‘ok’ jer ? Dia jawab ke bila aku tanya ???
Haaa .. opkoss laa dia jawab .. Aku tanya camana ? Aku tanya dia gini ..
“ Qhaliff … ONE ???? “
“ Tuuuu .. “ .. Dia jawab .. Tu tandanya dia setuju la tu .. Maka bergeraklah kami ke BBN .. Bandar Baru Nilai dengan gunakan gps yang terdapat dalam Nokia Lumia 925 aku tu .. weee .. Dah jadi milik aku skang ni woooo .. Sebelum ni pinjam jer.. Hehehe .. Dan aku semakin suka la pulakkkk kat Nokia Lumia ni.. heeheh .. Tqq yer Nokia Malaysia kerana sudi memilih aku ..
Ok sambung .. Sampai sana , order la nak makan apa .. Aku cuma order satu je yang aku minat ? Cer teka apa ?? Saalllaahhh .. aku cuma ak ayam jer !! Hehehe ..
Pizza untuk kami berdua ..
Manakala spagetti untuk Qhaliff .. ni spagetti untuk budak budak jer .. Takde pedas mana pon.. Dan Qhaliff makan dengan penuh berselera !! Manakala kami order Golden Crunch .. Ehemm.. sedap koooo ..
Tapi kaann .. Ini budak sudah langgar perjanjian ! Lepas dia kenyang , dia bikin ini Pizza Hut , bapak dia punyaa ! Yakni aku laaa .. heee ..
Apa onar yang dia buat ?? Humm.. letih nak cerita .. Nasib baik dia kecik lagi .. Kalau besar , dah kena dah dengan aku !!
Mengelupur dia nak turun .. Tak kasi pegang dia . Meronta ronta nak turun bermain !! Abis air minuman dia buat main ! Bila ada org jauh datang , yang sebaya dengan dia .. terus buat kerja .. heeee ..
Hilang terus nafsu makan aku .. Malas nak berkira , terus update dalam sistem aku tuuu ..
Tenang selepas dapat apa yang dia nak … iatu karton … Barulah aku leh bergerak ke sana sini !!
Apa pun , Golden Cruch mmg sedap !! Tkde muak punyaaa .. hehehe ..
Hurmm .. aku bersiap nak keluar gi beli satay ..Plan nak tapau jer .. Tapi mcm kena bwk semuaaaa jer ! Kenapa ? Nampak budak bambam ni ? Awal awal lg dia dah melekat dgn aku sbb dia tau aku nak keluar..
Bukan tak nak bwk dia tp mak dia tak larat nak keluar .. Tapi kesian kat dia punya pasal ... jom le laaa keluar .. Mai pi makan satay walaupun satay dah naik seposen ! Wife yg teringin. Apa leh buekkk .. Ku turutkan sajaaa..
Hurmm .. melekat je ngan aku haaaa ..
Aku nak tidurkan dia dalam buaian selepas mandi dan makan .. Dia tamooo ! Nak main lagi walhal dia mengantuk sbb penat semalam tak ilang lagi tuuu..
Tiba-tiba kedengaran bunyi burung gagak di luar dengan agak kuat. Terkedu dia dan dia baringkan semula dirinya ke dalam buaian !! Diam terus padahal tadi beria nak menangis dah !
Haaaa .. oooo .. idea mari .. Aku pun wat wat suara gagak tu.. Dia pandang aku seolah tau suara tu , suara aku ! Hahahaha .. Tak dapat aku nak perdayakan dia ..
Namun begitu , aku berjaya tidurkan dia .. heheheh .. Hurm.. Takut eh ? Tapi budak budak , jangan ditakutkan dengan menda menda gini. Nanti besar , dia tak berani sangat.. Hurmm..
Patut ke tidak kita dok bagi anak anak kita ni takut dengan ‘momok’ atau binatang itu ini ?