The Story of Deepavali …
Tu la tajuknya ! Hehehe .. Aku dipelawa oleh PETRONAS ikuti ke Pulau Pinang baru baru ini untuk mengalami sendiri rakaman pembikinan webfilem bersama sama krew produksi yang dilantik.
Bermula dengan rakaman di Kuil Nagarathar Sivan, George Town , Pulau Pinang ini sangat istimewa. Maklumlah , saksikan sendiri bagaimana upacara keagamaan sempena Deepavali dilakukan oleh penganut Hindu.
Ok , lupa nak cerita lak .. Untuk webfilem ni , hosnya adalah Dj THR .. En.Aanantha ( Nan ) dan tetamu hos jemputannya , Aalinda.Memang secocok la diorang berdua ni.. Meriah jadinya.
Pengambaran agak lari dari jadual asal disebabkan hujan lebat. Bunyi hujan dikatakan menganggu sedikit rakaman hari tu .. Nak tak nak , mereka kena tunggu hujan reda ..
Sementara tunggu hujan reda , selain aku , blogger kak Kujie dari blog www.kujie2.com turut mengambil kesempatan berehat sebentar sebelum kami meneruskan perjalanan ke kilang pembuatan manisan yang terletak di Lebuh Bishop.
Bergambar kenangan .. Bersama Dj Aanantha dan blogger Johanna ..
Sebelum ke kilang manisan , NR SWEET FACTORY , singgah sebentar shooping buah pala di Lebuh Chowrasta.. Aku tak beli la sebab aku orang Penang.. Selalu je balik Penang.. Beli pon , pakat letak dalam peti ais jer. Takde orang nak makan .. heee ..
Kat sini pon terletaknya restoran chendol yang terkenal di Pulau Pinang ! Kalau lalu kat sini , jgn lupa singgah makan chendolnya.. Laksa pon ada wooo.. mmg menyelerakan ..
Selesai membeli belah buah pala dan makan tengahari , kami semua ke kilang manisan yang disebut tadi. Krew produksi dah bersedia dengan kamera masing masing .. Heheheh.. Pekerja kilang manisan pon dah kelihatan segak bergaya dengan senduk masing masing .. Hanya tunggu untuk beraksi jer ..
Amacam ? Best je nampak kan ? Mesti tak sabar nak tunggu webfilem ni kan ? Haaa.. Gambar bawah ni antara babak yang dirakamkan.. hehehe …
Selesai sini .. Kita ke bahagian terakhir untuk episod pertama ni .. Ke Little India untuk ‘bershopping’ ! Kat sini aku merasai pengalaman bershopping membeli saree .. Heheheh ..
Disini ,satu lagi babak dirakamkan.. Nasib baik la orang tak ramai sangat . Jadi mudah sikit nak rakam. Sementara tunggu diorang abis rakam , ada antara kami gi shopping laddoo .. hehehe.. Aku tak la sbb aku lebih tertarik dengan saree dan kurta ..
Terus terang aku katakan .. aku mmg sukakain saree ni .. Memang nampak cantik sangat . Baju kurta , aku pernah tiru designnya untuk dijadikan baju melayu.. hehehe .. Nampak sesuai dengan aku.
Tepat jam 430 petang .. Ikut jadual , masa ni dah kena balik KL .. Waahhh .. tak bestnyaa … Belum puas abiskan masa di Little India ni .. Banyak lagi aku tak sempat pusing.. Tapi nak buat camana kan ? Huhu ..
3 babak ini akan disatukan dan dijadikan webfilem nanti ..Jangan lupa tontonnya di www.youtube.com/user/PETRONASOffficial pada 22 November nanti ..
Tak sabar la pulak .. heeee ..