" Jap sayang .. daddy nak potong kuku tu .. " ..
Dia diam je .. Kalau dulu , meronta ronta minta dilepaskan ! Huhu ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
" Jap sayang .. daddy nak potong kuku tu .. " ..
Dia diam je .. Kalau dulu , meronta ronta minta dilepaskan ! Huhu ..
-iklan-
Sebabnya skirt ini selesa dan skirt yang selesa ini pula dijual dengan harga yang sangat berpatutan..!
Satu ketika dulu cukup susah mencari skirt yang cantik untuk wanita plus size. Pilihan mudah yang ada ialah mencari di bahagian pakaian ibu mengandung kan..? Hiihii..
Ketepikan perasaan segan sebab wanita ber saiz plus plus plus pun nak bergaya juga, kan ? English Painted Skirt adalah antara koleksi skirt yang sangat selesa untuk wanita plus size.
Daripada pinggang hingga buku lali. Material jenis high quality lycra , kainnya jenis sejuk dan ringan , dan ia tak jarang. Paling penting , getah di pinggang tak bergulung... diakui oleh ramai pelanggan yang pernah membeli sebelum ini.. memberi rasa selesa dan secara tak langsung buat kaki melangkah dengan lebih yakin ketika bergaya.. ^_^
Dimana nak beli skirt kembang yang cantik dan selesa? Sila klik Instagram bachplussize dan tengok tu… Jualan mencanak-canak tanda skirt ini mendapat permintaan yang hangat dari pembeli.
Boleh juga whatsApp atau sms ke nombor yang diberikan – 0123203035 . Tapi sebelum tu , sila pergi je kat Facebook Page - Bach Plus Size utk melihat lebih banyak lagi contoh contoh yang sesuai untuk anda .
Cepat...! Stok sangat terhad...
^_^
Terima kasih ya kerana sudi membaca...
Jangan baca gitu je... Jom cuci mata... kalau tak beli pun tak apa.. Share pasal skirt yang best nih pun boleh je..
hikhik..
Janji manis adalah mainan kata kata jurujual ! Maaf cakap la yer. Andai anda seorang jurujual , anda tahu siapa anda . Apakah anda seorang yang pandai berjanji tapi bila dah dapat habuan , maka perkhidmatan anda serupa melepaskan batok di tangga ? Jika bukan begitu , tahniah ! Anda layak mendpt ganjarannya ..
Tapi jika bukan , sila sila la ubah perangai tu !! Ingatlah .. duit yang dapat tu tak berkat sbb menipu orang .. Janji lain , tapi hasilnya tidak seperti yang dijanjikan . Patutkah ?
Aku bukan apa.. Nak kata serik , apakah pilihan yang aku ada ? Buat sendiri ? Bukan kepakaran aku. Nak tak nak , kena panggil yang lebih arif. Tapi masalahnya , zaman ni yang berlagak lebih arif ni ramai ! Bila cakap , pandai … bila buat , hampeh !
Kena bijak pilih ? Itu dah semestinya cuma zaman ni , semua nampak meyakinkan. Camana tu ? Malah perompak zaman ni pon dah macam berpakaian CEO BANK atau menteri haaa .. Kemas , rapi , kacak tetapi penyamun ! Camana tu ?
Satu je pesan aku. Apa saja yang mereka janjikan , sila buat hitam putih. Sebarang perlanggaran syarat kontrak , saman atau bawa jer ke muka pengadilan ! Jangan kasi muka ..
Semalam , mak dia buat bihun goreng.. Dia makan skit jer .. Puas la memaksa .. Tamo gakk .. Aku kasi biskut , makan pulak dia .. Kasi roti , makan gak .. Wahhh .. memilih ?
Pagi ni , mak dia belikan laksam tanpa cili .. heee.. Aku suap .. Nganga ajaaa dia ! Tu diaaa .. Ni mmg confirm anak Kelantan ni ! Hahaha.. tapi lahir kat Putrajaya la ..
Dah puas makan .. Main .. Lompat lompat sebelum aku paksa suh dia tidur sbb nampak sangat dia mengantuk lagi.. Sebelum tu , mandi dulu..
Semakin nampak dia bertambah ‘tau’ .. Mandi pon dia tau dah nak berdiri kat mana .. Tau dah dia nak kena gosok gigi malah dia sendiri yang mintak ! Dan tau dah cakap lapar .. siap mintak susu lagi ..
Besar dah anak aku ni … Aku semakin tua .. Huhu..
Zasss . dia terus pegang kaki aku .. Tak kasi aku bergerak tanpa dia ! Terus meloncat loncat untuk mintak aku dukung ! Selagi aku tak dukung , dia takkan lepas kan aku !
Bawak naik kereta .. Duduk depan gitu.. Macam orang tua dahhhh lagaknya ! Pakai seat beat.. duduk diam diam .. Pandu perlahan je .. Tak sampai 100 m pon destinasi.
Aku kena bawak dia ke kedai sbb wife sakit pinggang. Aku mmg nak ke kedai untuk beli air mineral dan roti . Kalau tinggal Qhaliff kat rumah , confirm dia nak panjat mak dia tuuu.. Bahayaa ! Mak dia kan mengandung dah nak masuk 5 bulan ! Huhuh.. Tak lama dah tuuu ..
Kat kedai .. Aku tau apa dia nak. Dia pon tau , aku tau ! Hahahha .. ROti dan air feveret dia.. Confirm dia duduk diam ! Lepas beli roti dan air , aku ke restoran mamak .. Beli maggie goreng ayam . Pastu ke kedai tom yam untuk beli bihun sup !
Tahukah anda ? Aku bergerak dengan dukung Qhaliff yang dah nak cecah 14kg tu.. Dia melekap kat dada aku macam spiderman ! Kenapa tak lepaskan dia ? Dia dah boleh berlari cam lipas kudung ! Aku rasa tak lama lagi , mmg aku tak leh kejar dia dah ! Aku dah kena kembali ke gym ..
Dari kedai mamak ke kedai tom yam tu , lebih kurang 50meter .. Kena lintas jalan yang agak sesak gitu .. Huhuhuh… Sampai kat kedai, aku order makanan.. Dan tunggu ..
Siap makanan aku ! Aku gi amik.. Aku bagi la RM20 .. Harganya cuma RM4.. Akak tu tanya aku.. Ada kecik tak ? Aku kata takde.. Aku cuba la cari kot kot ada ke.. Akak tu boleh tunggu haaa ?? Aku yang sedang dukung Qhaliff teraba sana sini cari duit ! Huhuh..
Bagi je RM20 dan amik baki.. Qhaliff , dari tadi dok makan roti.. Tiba-tiba roti dia hilang !! Ahhhhh .. sudahhhh .. mana pulak dia gi letak roti tuuu ! Dalam kereta lak tuuuu .. ARghhhhhhhhhhhhhhhhhh …
Ok .. penat nak citer wehhh ! Tensen ? Tak .. tapi geram ! Geram sbb .. hurm.. Tah laa.. Aku nak cakap lelebih , kata aku .. hurmm.. Tak tau la.. Tapi aku bukan geram kat Qhaliff atau wife .. kat orang lain !
Ujian Allah pada aku .. Kecik je tapi terasa berat dah .. hurmmm… Orang lain punya ujian lagi teruk dari aku , pon mereka masih boleh senyum. Tabah sungguh mereka ..
Apa la nak jadi dengan manusia skang ni .. Kot nak mengoda orang pon , guna la gambar sendiri ! Tak kira la muka cam kuda ke , cam beruang ke , cam lipan ke .. Jadilah diri sendiri ! Confirm awek akan nak punya laaa ..
Tapi yang ni , mamat ni dok bawak watak gay ! Dok goda lelaki pastu ajak jumpa ! Ya Allah .. Bagusnya perangai haaiii .. Aku nak report polis , polis banyak keje lain nak kena urus tapi yang ni pon bahaya woo ! Silap silap boleh jadi kes rogol , terpampang muka aku dalam Buletin Utama nanti ! Astagfirullah .. Mintak dijauhkan !
Buat rakan rakan .. Tolong yer.. Kalau jumpa malaun malaun yang guna gambar aku ( selain fb aku yang korang dah sedia maklum ) , tolong jangan layan .. Sila blocked …
Kalau makin teruk , mmg aku terpaksa buat report polis gak ..
Tak yah guna buaian dah ! Dia akan tidur sendiri mulai sekarang . Kalau paksa dia , mmg tak layan .. Kena biar dia mengantuk dan terlelap sendiri.
Dan tadi .. dia terlelap atas pangkuan aku.. Pastu baru letak dia atas tilam mudah alih .. Heheh.. Toto laa ..
Cuma , bila tidur gini , dia tak tidur lama seperti mana tidur dalam buaian .. Huhhu.. Sian gak .. Nak menyusukan dia , aku tak leh.. huhu .. Ada gak nak kena fire eh ? Hahaha …
Dia tengah layan kereta dia ..
Pelan pelan aku bukak pintu .. Nak keluar ke depan.. Nak amik surat kat peti surat.
Dia dengar ..
Dia melangkah keluar .. Aku tutup balik .. Dia masuk balik ke dalam kereta dia .. Aku bukak , dia langkah keluar semula ..
“ Yaaaarrrrrhhhhhhhhh “ , Dia berlari sambil menjerit ! Takut kena tinggal sorang sorang dalam rumah .. Macam la selama ni kena tinggal ! Huh …
Dia sampai ke muka pintu dulu .. Pintu dibuka .. Dia punya happy seolah baru keluar dari penjara !
Boring sangat ke duduk ngan daddy neh ???
Tetiba semalam wife bagitau air kat sinki dapur takde ! Tempat lain semua ada .. tandas , sinki depan .. tandas atas .. Kat tempat dia memasak tu je takde .. Aku dah kontraktor yang buat renovation rumah aku ni datang .. Katanya nanti.. Hurmm.. Masih menanti lagi .. Masalah utama ialah air dok mengalir keluar kat lubang air tu walaupun aku dah tutup kat kepala paip utama . Punca , tak tau mana ..
Aku pening dah bila dok dengar air mengalir gitu je.. Membazir .. Air tu boleh je dihantar ke Somalia ! Berebut diorang kat sana punya .. Ni membazir keluar gitu jer..
Aku dah tanya jiran kalau kalau ada kenal plumber yang boleh dipercayai. Ada yang bagi tapi agak was was sbb janji lain , buat keje lain .. selepas siap , lain ! Hurm.. Dah boleh agak dah .. Haih.. Susah benar nak jumpa yang buat kerja dengan jujur ..
Lepas solat Zohor tadi .. tetiba tergerak hati nak tengok peti surat ! Biasanya peti surat penuh dengan iklan iklan yang diletakkan di dalam tu .. hehehe ..
Dan ..
Alhamdulillah. Memang aku doa kat ALLAH tadi mintak dipermudahkan urusan aku bab air ni .. Bukan sbb duit tapi sbb air yang dibazirkan begitu saja .. huhu ..
Kalau dalam tempoh 24 jam takde respon , aku roger orang orang ni .. Sayang kan ? Kita sekarang ni banyak yang berniaga nak untung jangka pendek. Ramai dah tanya aku , kontraktor yang bagus untuk aku rekemen.. Ada ke ? Serius , aku takut nak rekemen sb aku sendiri tak puashati ..
“ Abg Ben , saya terus terang .. Blog abg Ben tak cantik .. Heee .. “
Aku senyum .. Betul ni ! Aku senyum .. Kenapa ? Sebab mmg aku saja biar dia buruk gini ! Malas nak mekap. Kalu nak tukar pon , aku tukar tang header je. Lain ,biar jer ..
Kenapa gitu ? Heee.. Semalam , sewaktu aku di press conf ‘ THE INFLUENCER’ , aku ditegur oleh dua orang wanita berbangsa cina. Diaorang memperkenalkan diri pada aku. Dan mereka dari Singapura. Agensi pengiklanan. Menurutnya lagi , mereka sering usulkan blog aku pada client mereka yang bukan kecik kecik anak punya yer ! Aku tak leh nak sebut la.. Hee..
Aku terkejut gak la.. Katanya , client mereka suka cara aku menulis. ‘Ikhlas’ , kata mereka .. Sebab tu bila ada job dari client mereka tu , blog aku pasti tersenarai dapat dan bayarnnya bukan ciput yer .. Heee .. Alhamdulillah .. Aku tak terkata apa apa . Terkejut gak bila pujian ni datangnya dari mereka yang bukan sebangsa dengan aku . Maklumlah , aku kan menulis dalam Bahasa Melayu ..
Kenyataan gini bukanlah kali pertama . Dah beberapa kali . Ini menguatkan lagi prinsip aku bahawa sebenarnya bila kita berblog , yg penting adalah kandungannya ! Isi kandungan perlu ada ‘perasaan’ ! Blog berbeza dengan berita ! Cara penyampaian perlulah lebih bijak dan ‘hidup’ .. Itu pendapat aku la ..
Layout blog yang cantik adalah sampingan utk menarik masuk pembaca ! Aku tak nak tarik pembaca kerana blog aku yang cantik seolah aku ini berlakon dalam filem kerana aku pandai mekap tebal tebal , berbaju sendat , tonjol sana sini tapi lakonan .. kayu ! Faham tak ni ? Heee..
Dan tujuan aku buat blog simple gini juga adalah utk memberitahu pada blogger blogger yang baru .. tak semestinya blog yang cantik itulah yang ‘laku ‘ ! Sapa sapa boleh laku asalkan dia tahu bagaimana nak jadi blogger yang berdisiplin , bijak dan unik !