Sabtu lepas , satu rombongan blogger dari Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke kilang Spritzer yang terletak di Taiping , Perak.
Antara sebab aku terima pelawaan ini adalah untuk melihat sendiri bagaimana pemprosesan pembotolan air mineral yang terkenal di Malaysia ni dan juga untuk mencungkil sendiri isu panas yang tersebar di laman sosial .. Haaa ..
Gambar di atas ni , antara blogger yg turut serta lawatan ke kilang Spritzer. Manakala gambar di bawah ni , anugerah yang telah diterima oleh Spritzer. Bukan sebarangan anugerah yer ..
Antaranya Reader Digest Trusted Brand Platinum Award selama 12 tahun berturut turut dan beberapa award lagi ..
Ok .. aku tak nak cerita pukul berapa kitorang bertolak .. sampai pukul berapa.. singgah mana.. shopping apa .. Ada jual apa.. makan apa.. Tamo tamo tamoooo ..
Aku terus ke isi penting ! Haaaa .. Tertanya dari dulu lagi dari mana sumber air mineral Spritzer ni ? Jeng jeng jeng .. Kakitangan Spritzer tanpa segan silu menjawab segala persoalan kami .. Tanyalah apa saja , mereka jawab..
Ok .. sumber air mereka terletak nun di atas bukit bersebelahan dengan loji milik Lembaga Air Perak.. Boleh nampak empangan tu sebalik pepohonan ni ..
Keluasan keseluruhan kilang Spritzer ini ialah 330 ekar.. persamaan dengan 330 kali padag bola sepak !
Gambar atas ni . menunjukkan rakan blogger diberi penerangan secara terperinci oleh kakitangan Spritzer bagaimana sumber air dikenalpasti dan disalurkan ke kilang.
Ok , dari kilang nak ke tempat saluran utama air mineral memakan masa hampir 15 minit. Kalau jalan kaki , mmg lenguh gak la sbb kena naik bukit haa.. Jadi , kitorang dibawa dengan menggunakan pacuan 4 roda ..
Ok .. Bangunan kecil tu adalah ‘water pump’ yang mana telah dimasukkan batang paip sehingga kedalaman ialah 420 kaki ke dalam tanah .. Ke dalam tanah yer .. Bukan menyilang ke mana mana kawasan seperti yang digembar gemburkan.. Terus ke dalam tanah ..
Replika paip yang terdapat dalam bangunan ‘water pump’ . Pengunjung tak dibenarkan masuk kerana mereka menjaga kualiti dan standard piawaian kawasan air . Hanya mereka yang tertentu saja boleh masuk. Tempat ni juga dilengkapi dgn cctv.
Bagaimana air ditarik keluar dari dalam tanah dengan mengunakan ‘ water pump’ dan gambar bawah ni , lapisan tanah yang terdiri di kawasan air mineral tersebut ..
Ok.. setelah lihat beberapa lokasi ‘ water pump’ , kami di bawa pulang ke kilang dan membuat lawatan di bahagian pemprosesan pembotolan air pula yang mana ianya dikendalikan oleh mesin yang beroperasi secara automatik sepenuhnya .. Pekerja manusia cuma melihat dan mengawalnya saja..
Satu informasi yang berguna aku dapat dari sini ialah botol pon mereka buat sendiri dan ianya tidak mengandungi bahan kimia ! Kiranya kalau terdedah pada cahaya matahari sekali pon , kandungan air di dalamnya tidak tercemar .. Itulah yang diberitahu pada kami oleh kakitangan mereka .
Sebelum ni , aku was was dengan air Spritzer setelah membaca ‘kisah dongeng’ mengenainya tetapi kini , aku semakin yakin dengan air mineral Spritzer ini apatah lagi ianya mengandungi garam mineral seperti OSA yang diperlukan dalam badan kita ..
Buat pengetahuan korang , kami juga diberitahu bahawa air mineral Spritzer telah disahkan oleh Jakim , Sirim , Haccp dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia ..
Ok .. di mana kubur yang diceritakan dalam ‘kisah dongeng popular tu ‘ ?
Sewaktu dalam perjalanan ke kilang ni , aku dah perasan kawasan kubur ni.. Tapi dari kawsan ni nak ke kilang , bukan la seminit dua .. Lama gak wooooo .. Berbelas minit jugak laa …
Pastu , tang mana ianya berkaitan dengan sumber air mineral Spritzer ? Apakah hanya kerana berdekatan dengan kubur maka kita tak leh minum air ni ? Heeee ..
Tak sangka aku jugak boleh terpengaruh ! Aparaaa .. Gambar bawah ni adalah kawasan perkuburan yang diperkatakan .. Lain ‘kubur’ mmg takde dah kat kawasan berhampiran ..
Selepas menyaksikan sendiri segalanya .. maka aku dengan rasminya air Spritzer selepas ini adalah air minuman rasmi harian aku terutama bila gi gym.. dan juga untuk ahli keluarga aku di rumah !
Rakan rakan blogger yang lain pon yakin dengan air keluaran Spritzer ni .. Siap ‘tapau’ bawak balik rumah lagi ! Hehehehehe..
Was-was lagi ? Terpulang pada anda untuk menilainya ..