Sekali lagi rakan blogger KBBA ( Kelab Blogger Ben Ashaari ) dan ramai lagi rakan blogger dijemput ke majlis berbuka puasa di PICC , Putrajaya. Terima kasih atas jemputan dan pastinya , kitorang semua amat gembira disamping makanan makanan yang amat menyelerakan ..
Tapi yang paling membuatkan aku seronok adalah layanan dari PR majlis tersebut dan juga Chef Chef yang menyediakan hidangan berbuka tu.. Mereka sangatlah rendah diri terutama Cik Kumari yang senantiasa sibuk ke hulu ke hilir bagi memastikan para jemputan selesa dan gembira.
Ini kali kedua aku berjumpa dgn Cik Kumari. Wife sendiri amat selesa dengan dia. Sebenarnya , aku mmg liat nak gi buffet Ramadhan ni tapi disebabkan ‘Cik Kumari’ sendiri yang menjemput dan membenarkan aku membawa ahli keluarga aku , maka aku hadirkan diri walaupun berat hati.. Aku tak suka sangat makan buffet ni.. Terlalu banyak makanan .. tak tau nak makan apa ! Hahahaha …
Layanan yang diberikan membuatkan rakan rakan blogger berjanji akan kembali lagi sekiranya ada jemputan untuk review sebarang event mereka..
Terima kasih PICC ! Terima kasih team #KELABBLOGGERBENASHAARI !