Terus terang , aku cukup seriau tiap kali nak mandikan Zahra. Bukan mudah nak mandikan bayi ni. Kena hati hati 200% ! Bukan sekadar rindu awak 200% tau !! Haaa ..
Tapi kalau tak mandikan dia , aku rindu pulak nak tengok mata dia yang memandang tepat mata aku setiap kali jirusan air pada badan dia .. Dia memandang dan senyum ! Dia bukan mudah nak senyum. Sapa sapa yang pernah jumpa dia , pasti akan pelik.. Muka masam memanjang ! Walha dengan mak ayah dia , mudah giler nak senyum.Anak daddy sungguh..
Terus terang.. sebenarnya aku cukup beruntung dapat mandikan kedua dua anak aku , sendiri ! Pengalaman membesarkan anak , adalah sesuatu kenangan yang jauh lebih indah dari bergambar di depan Eiffel Tower.. Eh ?
Cuma selepas mandikan dia tu , aku jadi sedikit cuak .. Dia akan menyusu biasanya.Pastu tidur.Masalahnya dia menyusu badan jer.. Botol tamo.. Hurm… Camana nak tidur ?