Apahal aku rasa .. pelik semacam jer ??? Takkan aku salah pakai kot ? Iskhh…. Betullah kata wife , membazir jer aku pakai ! Kalau tau , dia pakai dulu .. huhu..
Tak sampai 1 minit , aku cabut buang ! Huuhuhuh…
Apahal aku rasa .. pelik semacam jer ??? Takkan aku salah pakai kot ? Iskhh…. Betullah kata wife , membazir jer aku pakai ! Kalau tau , dia pakai dulu .. huhu..
Tak sampai 1 minit , aku cabut buang ! Huuhuhuh…
Pukul 8 pagi , selepas wife mandikan dia.. Aku tidurkan Zahra semula. Pastikan dia dah menyusu terlebih dahulu dan layan ABC kat tv.. Feveret dia ! Cerita lain , dia tak layan. Camana aku tau ? mudah jer.. Bila ABC , dia tumpu pada tv.. Aku tukar cerita lain.. dia mula mengesot mencari menda nak bermain !! Hahahaha…
Dia akan tidur sehingga jam 12 tengahari gitu.. Lenaaaa ! Pastu akan jaga.. Aku tukar diapers dia. Main main ngan dia .. biarkan dia bermain sendirian pastu pasang ABC lagi..
Bila dia mula nak teriak .. tu tanda dia nak susu .. Aku akan bagi susu yang wife dah sediakan di dalam botol Tommee Tippee bertangkai bagi memudahkan dia pegang.. Saja nak ajar dia pegang. Nanti nak travel dengan dia , mudah dah..
Tak banyak dia nak minum tapi sekurangnya ada la.. Sian pulak nak biarkan dia kelaparan dan dahaga atau kesian kat wife asyik nak kena lari balik jer.. Minyak pon dah mahal skang ni.. Huhuh..
Dia nak gak pegang sendiri tapi masa nak sua ke mulut tu , kita kena tolong la. Bukan dia reti dah.. Baru 5 bulan je pon.. kan ? Hehehehe.. Usaha tangga kejayaan !
Botol ni boleh didapati di mana mana butik Mothercare..
Untung anak dara sorang nih… Huhuhhu….
Seronok dia dapat car seat yang baru.. Takkan nak guna yang abang punya kan ? Hehehehe … Bukanlah banya duit tapi yang lama tu , dah agak lusuh dan macam tak adil la pulak kan ? Macam aku la.. Aku anak no 2.. selalu guna yang sedia ada.. Maka , sediakan yang baru untuk Zahra !!
Britax First Class.. boleh didapati di premis Mothercare yang berhampiran..
Fabrik dia dah best dan kelihatan sangat mantap ! Dinasihatkan untuk fahamkan cara pemakaian dan setting keselamatannya dengan melihat video di Youtube. Mudah difahami. Sebelum tu pon leh mintak staff Mothercare bagi tunjukajar..
Dari pandangan depan.. Car seat ni memang kelihatan selesa sama sekali.
Bila buang cover hitam , anak yang dah berusia setahun ke atas , boleh guna dengan penuh senyuman ! Cam Qhaliff , confirm sukaa tapi tak lehh.. ni Zahra yang punya !
Heeee . Bagi yang macam Zahra , kena setting betul betul.. Kalau tak ? memang baby akan asyik nak keluar jer ..
Cara setting keselamatan yang aku buat ni salah selepas aku menonton video di Youtube yang ditunjuk ajar sendiri oleh Britax. Maka , aku kena setting balik ! Huhuh.. Sangat senang sebenarnya ! Jangan pasang dalam keadaan kelam kabut ! Rileks dan tonton sambil ikut caranya ! Mudah !!
Video : Britax FIRST CLASS plus Forward Facing dan Britax FIRST CLASS plus Rearward Facing
Gambar ni aku rasa lebih pada lakonan semula untuk kempen kesedaran sivik yang semakin teruk di kalangan kita. Semakin teruk yer ! Antara kita sedar atau tidak jer. Maka , jangan maki pulak orang dalam gambar ni ..
Realiti ! Memang kerap berlaku. Tiap kali kalau aku gunakan pengangkutan awam , kerusi khas yang disediakan untuk mereka yang tidak berkeupayaan, mmg ada ‘ penghuninya’. Segak , sihat dan bergaya lagi..
Sememangnya aku akan kosongkan kerusi ni. Baik berdiri jer.. Bukan lama pon nak berdiri , kan ?
Mulai saat ni , pengguna pengangkutan awam kena alert ! Jangan pandang dan kutuk dalam hati. Tegur je andai ini berlaku depan mata kita. Tegur .. bukan marah tauu.. Cakap elok elok..
Dan yang kita pulak .. pandai pandai la tengok kiri kanan ! Jangan dok asyik dengan ‘dunia kita ‘ jer.. Ok ?
Hahahaha … Asal malam , dia payah nak tidur ! Nak layan youtube ? Huhuhu…
Stress wife … Aku punya part belah siang.. Hehehehe.. Dia malam .. Nasib baik ada aku.. Kalau siang ? Seorang diri cam aku ? Perghhh.. Ujian wooo kalau dengar si Zahra meraung ! Hahahaha .. Leh pecah gegendang telinga !
Tak sempat dah nak gi gym skang ni.. Ditambah dengan kenaikkan harga petrol , membuatkan selera aku nak bersenam di gym .. terbantut sama sekali !
Walaupun kat rumah ada peralatan bersenam , nak curi masa tu payah. Bila aku naik je atas , Qhaliff ikut.. Kalau dapat lari pon , dia dengar je bunyi besi .. terus panjat tangga ! Hurmm.. Nak tak nak , kena turun balik !
Bila dah ada no 2 ni … nak kena gilir gilir lak jaga.. Dengan nak update blog lagi ! Hurmm.. Ni bukan alasan untuk tidak bersenam ! Nak tak nak aku kena jugak memandangkan usia pon nak cecah 40 dah tak lama lagi.. Er , lama lagi yer.. hehehe ..
Terpandang je gambar ni di Facebook , aku terus rasa gerun ! Kenapa ? Dalam keluarga aku ada penyakit kencing manis dan darah tinggi… Aku ada dah darah tinggi.. Kencing manis ? Aku mmg jaga makan.. Yang menakutkan aku ialah sakit jantung ! Hurmmm..
Amacam ? Sekarang ni penyakit dah tak kira umur.. Muda muda pon ada kencing manis , darah tinggi dan sewaktu dengannya ! Hurmm.. Nak salahkan sapa ? Sendiri yang tak jaga ..
Ada yang pegang falsafah , makan selagi sihat ! Nanti dah tak sihat .. nak makan pon takde selera .. Hurmm.. Bagi aku , pepatah tu tak leh pakai .. Bersederhanalah.. tu jer ..
Nak kena kuatkan azam ni.. Dah la minggu ni ada photoshoot dengan majalah Maskulin.. Hurm.. perut ? Adehhh…
Tak perlu jadi perwira papan kekunci bila komen di status orang lain atau up status di TimeLine sendiri. Walaupun benarlah dosa tu kita tanggung sendiri tapi dosa kita dengan orang tu ?
Komen , guna akal dan logik. Pikir masak masak sebelum nak komen ! Atau bila nak up status tu , cuba pandang diri sendiri.. Status kita tu mencerminkan perangai kita yang sebenar..
Bawak bawak bersabar dan guna akal.. Istighfar selagi mampu.. Bukan apa.. kadang kadang kita rasa kita jaguh di medan dunia maya ni ..tapi hati manusia ni , sapa yang tahu kan ? Terjumpa kat luar.. Haaa… Kita tak perasan tapi perangkap tak pernah lupakan mangsanya !
Ini berlaku di negara kita.. Dulu kita selalu baca kejadian gini di negara orang .. tapi sekarang ? Hurmm..
Lepas dua dua mandi.. Layan youtube kat tv n tab sat.. Pastu , Zahra akan tidur dulu.. sekurang-kurangnya hingga jam 11 atau 12 tengahari…
Dan Qhaliff akan tidur sendiri , jam 3-4 petang ! Paksa tidur pon tak guna gak .. meraung nanti dia ..
Dalam usia gini , tak susah dah nak jaga Zahra berbanding masa usia 2-3 bulan ari tu.. Atau lepas abis pantang.. Kena sabar skit masa tu.. Penting part tu.. leh dapat tekanan jiwa kalau tak sabar ..
Kalau kena baby yang tak banyak karenah , mmg best ! Kalau dapat yang banyak karenah.. cam asyik nak berkepit jer, mmg leh pengsan pengasuh.. Yelah , asyik suh dukung jer.. letak jer , nangis ! Perghhh …
Aku bgtau wife.. kalau aku nak jadi pengasuh , aku akan mintak RM1K seorang sebabnya , aku akan tumpu pada anak dia dari jam 9-5 petang ! Aku tak leh nak biar dia seorang seorang je dan aku buat kerja lain ! Hurmm..
Takde orang nak punya ? Memang laa … aku pon tak nak.. tu kalau orang dah memaksa aku laa.. Dan aku bgtau wife , untunglah dia , aku nak jaga dua dua anak aku tu.. huhu .. Yelah , aku pun untung gak sebab dia nak kerja bantu aku.. kan ?
Pada 12 September lalu hingga 30 September 2014 , kakitangan Maybank telah pusing satu Malaysia dengan membawa kejutan dan hadiah pada pelanggan mereka yang setia memberi sokongan pada Maybank selama ini , sempena ulangtahun MAYBANK yang ke 54 tahun !! Lama tuuuuu !!
Token penghargaan dan iPad diberikan pada pelanggan setia , yang datang ke cawangan Maybank malah mereka juga melawat pelanggan mereka di rumah untuk menyampaikan hadiah istimewa .. Hadiah yang di luar jangkaan pelanggan mereka sendiri !! Ini sangatlah menarik ! Aku sendiri terharu melihat video tuu.. Yelah , mereka terharu dapat hadiah.. dapat bantuan dan macam macam lagi !
Idea mereka ini sangatlah dipuji.. Mereka menghargai pelanggan mereka ! Bila melihat senyuman terpamer di wajah pelanggan mereka , itu satu kepuasan yang tak terhingga !
Ini membuktikan bahawa Maybank adalah salah satu bank terbaik di dunia ! Ini bahagian berterusan Maybank pada #humanisebanking ! Jom tonton video ini …
Bagi mereka yang kaki selfie , MAYBANK turut menyediakan hadiah yang bernilai RM500 kepada 5 kategori pencalonan yang paling kreatif berselfie dengan undian tertinggi.. 10 pemenang akan dipilih !
Cara nak join dan menang ?? Mudah jer.. Ikut je langkah ni .. :
1. Selfie dengan Harimau Maybank.
2. Teks 'Happy 54th Anniversary Maybank ...’ tidak lebih 10 patah perkataan dengan hashtags #m2uappselfie dan #humanisingbanking.
3. Upload ke Twitter/Instagram akaun atau post pada Maybank’s Facebook page timeline.
Jangan lupa ‘Public’ kan setting anda tuuuu… Kalau nak menang laa .. Hehehehe .. Tu jer.. Mudah kan ? Cepattt..Tarikh tutup 13 Oktober 2014… hee…
Heee.. Takkan la nak anak perempuan berambut pacak kan ? Jenuh aku cuba turunkan rambut dia tu ! Menurut sungguh la rambut bapak dia yang kuat benar pacak.. Hahaha..
Bila makin panjang .. dia akan turun dengan sendirinya.. Tak yah dok pening pening aihhh.. kan ? Hehehhe.. Janji , bila sampai masa .. tutup aurat ! Tu yang penting .. kan kan ?
Aku tak tau lak hari ni Hari Typo atau sememangnya nak kasi penonton tv senyum simpul melihat ‘kesilapan’ yang tak disengajakan.. Ke sengaja ? Hahahaha .. Tak tau laaa .. Nasib baik aku tak tengok live.. kalau tak , aku confirm masuk hospital.. Terlebih gelak !!
Yang ni buat aku ketawa besar ! Perdana Menteri terus !! Hahahaha ..
Kenapa pulak ?? Apasal aku bagi wife gi pasar sorang diri ? Haih… Aku tak bagi pun.. dia gi ngan jiran.. Senang nak membeli barang. Kalau usung aku , confirm kena bawak satu batalion iaitu Zahra dan Qhaliff sekali !
Dah tu kenapa aku kata jangan bagi isteri gi pasar sorang sorang ? Ahaa.. inilah jawapannya !
Pakej ! Sarapan pagi dan tengahari sekali gus ! Hahahahha .. Adehh.. Aku tengok pon aku terus kenyang … Huhu..
Alasannya ? Dia suka kuih.. Nasi tu , mak aku bagi semalam.. hehehe… Dia cuma beli 3-4 jenis kuih.. Ok la.. kasi dia shopping kuih lak.. Kasi ilang stress.. heee..
Kasi la wife anda gi pasar ! Biar dia shopping apa dia nak .. Jangan terpengaruh dengan tajuk entri ni !! Sian diorang.. kan kan ?
Ada kawan di FB bagitau anak kecilnya payah nak dapat tidur lama di waktu siang.. Paling lama , 40 minit.. Hurmm..Zahra lak camana ? Zahra kalau tidur siang , boleh dapat 3-4 jam !! Kalau dia tidur jam 8 pagi selepas mandi , dia akan jaga dalam 12 tengahari..
Caranya ? Buaian je la… Dulu dengan Qhaliff , aku tak guna buaian.. Guna rocker tu jer.. Lama jugak tidur. Tapi lepas aku nampak dia tidur dalam buain di rumah mak aku , baru aku tau .. diorang ni lebih lena dalam buaian..
Kalau jalan jauh camana ? Aku ada pilihan.. aku takkan usung buaian tapi guna rocker atau car seat yang leh jadi cam rocker .. hehehe … Adaaa jual gak gitu..
Kesian sebenarnya baby tak cukup tidurr.. Diorng akan mengamuk nanti ! Bila diorang dah mengamuk, masa tu… tak guna dahhh… hehehehe…. Risau kita lak mengamuk sebab diorang meraung non stop action punya ..
Abis siaran langsung Tatoo di TV2 , ada pulak cerita best .. TAKEN ! Aku bagitau wife , cerita ni best.. Masa ni masih kat rumah mak aku.. Kot la dia kata ..
“ Ok la bang.. tidur sini je la.. tak yah balik .. “.
Weee… Bukan apa… aku malas nak drive jauh jauh.. Huhuh..Sepang –Cheras – Sepang dalam semalam.. penat weh ! Hahahaha .. Nasib baik mak aku buat nasi tomato.. huhu… Terliur nak gi makan..
Cerita TAKEN start.. Nampak cam biasa.. Aku nak tengok sebab lokasi dia kat Paris.. Rindu kat Paris.. Hahahaha… Kiranya ilang la rindu jap bila tengok cerita ni.. ( Semalam tengok From Paris With Love lakonan John Travolta.. heeee) .
Malangnya , wife ajak balik sebab esok lepas subuh .. dia nak gi pasar basah dengan jiran.. Huhuhu… Aku ikut je la.. Balik je la.. Esok datang balik.. heee..
Dalam kereta , wife bagitau cerita ni best .. Sempat ke nak tgk kat rumah ??? Huh.. mana sempat ! Bukan dekat rumah.. Mau mau sejam baru sampai..
Teringat handphone aku.. hehehe .. Cepat cepat aku bukan Play Store dan search RTM.. Tadaaa.. jumpaaa ! Terus download.. Tak sampai seminit , live streaming di handphone aku.. ehehehhe ..
“ Perghh.. lajunya download ?? Siap live streaming lagi haaaa.. Perghhh… “.
Tak caya eh ?
Hehehe.. Gunakan telefon pintar anda , semaksima yang boleh !! Tu namanya telefon pintar.. hehehe.. Dah boleh tengok tv kat situ .. nasib baik coverage aku cecah 4GLte.. lalalallaa….
Download ? Ala… boleh jer.. tapi tak feel .. hehehehe.. Dan sudahnya , sambung layan dalam kereta .. Sampai je rumah , cerita pon dah abis.. Heeee..
Gi umah tok dia tadi di Cheras.. Sampai sana kul 830 malam.. Terus aku makan nasi tomato mak aku buat .. 2 pinggan.. Pastu lepak borak ngan diorang.. Zahra , mak aku dukung dia..
Nak tau ? Hampir 2 jam dia tak nak senyum ! Puas mak aku buat lawak.. lucu.. kasi ketawa.. Aku pun turut sama.. Berat laaaa dia nak senyum ! Bila wife bawak masuk bilik , dia senyum sampai ke telinga ! Boleh ??? Hahahaha.. kedekut senyum laaa makcik sorang niii ..
Best part.. nak balik , baru nak senyum ! Tensen mak aku.. hahaha.. adeh.. Zahra .. Zahra …