Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
Antara page di Facebook untuk aku dapatkan perkembangan terkini mangsa banjir di beberapa buah negeri terutama di pantai timur.
Kelantan , sewaktu banjir ..
Beberapa keping gambar kesan banjir di Gua Musang , Kelantan sungguh menyayat hati aku. Aku yg tengok pon dah nak berair mata .. inikan pulak mereka yang tinggal di sini ! Huuurmm..
Allahu Akhbar.. Moga mereka tabah dan bersabar. Mari kita sama sama bantu mereka ini. Kalau tak boleh pergi untuk jadi sukarelawan , boleh saja bagi sumbangan dalam bentuk lain .. seperti pakaian ,keperluan dan kewangan ..
BERMULA PADA 26 DISEMBER 2014 (Jumaat) hingga 28 Disember 2014 (Ahad) Pengumpulan sumbangan makanan dan baju-baju terpakai untuk mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan akan di adakan di HQ Putrajaya. Bagi yang berhajat melakukan sumbangan tuan/puan boleh berhubung dengan pegawai bertugas di Bilik Gerakan Banjir Pusat JBPM di Putrajaya ditalian 03 8888 0964 - Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)