Lazatkah ???? He he he..kena rasa sendiri ! Tekak masing masing wooo..
Paling menjadi sasaran aku nanti ialah kambing.. hehehe.. Lain ? Tak sangat kot.. lalalala …
Lazatkah ???? He he he..kena rasa sendiri ! Tekak masing masing wooo..
Paling menjadi sasaran aku nanti ialah kambing.. hehehe.. Lain ? Tak sangat kot.. lalalala …
Firman Allah:”Wahai orang-orang yang beriman keluarkanlah sebahagian dari usaha kamu yang baik-baik dan sebahgian daripada apa yang telah Kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (Al-Baqarah: 267)
Lama dah aku nak gi tapi tak gi gi gak ! Pernah tanya di Pusat Zakat Wilayah tapi diorang suruh rujuk Lembaga Zakat Selangor sebab aku tinggal sini. Huhu..
Sungguhpun aku bekerja sendiri , aku perlu juga bayar zakat.. Hari demi hari , aku tercari hari yang sesuai untuk pergi. Maklumlah , kereta wife aku guna gi kerja.
Dan hari ni , memandangkan aku ada event petang karang.. aku guna kereta sepanjang hari maka sempatlah aku singgah sebentar ke Lembaga Zakat Selangor cawangan Bandar Baru Salak Tinggi.
Alhamdulillah , tak lama pun aku tunggu. Dibantu pengawal keselamatan situ untuk mengambil nombor giliran.. takde la terpinga pinga nak tekan butang mana satu kan ? Hehehe..
Panggil dah nombor aku.. Gulp ! Aku pon ke kaunter 3. Aiseyman.. Aku ni lemah tul bab kena tanya itu ini.. Biasanya aku yang bertanya.. hahaha..
Soalan demi soalan ditanya pada aku hinggalah part kerja aku. Aku nak jawab apa eh ?? Dah la kerja sendiri.. Hurmm..
“ Penulis blog.. “
“ Owh.. patut la.. Masa masuk tu saya dah rasa macam kenal.. “.
Ah , sudah.. Ni lemah ni.. Baru nak menyamar… Hahahaha .. Niat baik ni ! Bukan nak cari salah orang yer.. Dan ternyata peramah dan sangat membantu.
Lepas kira punya kira .. Untuk tahun lepas , aku tak layak bayar zakat. Tapi tahun ni , aku kena bayar ! Ahaaa.. Alhamdulillah.. Tapi rasanya aku nak kena kira semula la untuk tahun lepas. Macam butiran aku bagi tu agak kurang tepat mungkin ? Huhuh.. Selagi tak bayar zakat , macam rasa ada batu atas kepala ! Hurmm.. Akhirat ditanya ok !!
Sebarang pertanyaan , leh rujuk ke laman web zakat atau pergi je ke pusat Zakat.. Ingat ye , setiap pendapatan kita tu.. bukan 100% hak kita !
Baru-baru ni aku ke majlis perasmian dan sidang media Festival Ramadhan Klang di Petaling Jaya. Festival Ramdhan Klang ini bakal menjadi aktiviti tahunan.. InshaAllah.
Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang , Dato’ Lim Seng Kok menyatakan bahawa tujuan festival ini diadakan adalah sebagai langkah untuk mengeratkan lagi perhubungan kemasyarakatan. Nama pusat pemborong GM Klang sendiri sinonim dengan pembelian barangan borong dengan tawaran harga rendah. Festival ini dilihat mampu memberikan ruang kepada pengunjung untuk menghabiskan masa bersama keluarga dengan aktivti-aktiviti berfaedah yang menarik sambil mereka membeli belah.
Antara yang menariknya festival ini ialah , penglibatan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM menunjukkan bakat keusahawanan mereka khususnya dalam bidang peruncitan pakaian dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Pengunjung Pusat Pemborong GM Klang di bulan Ramadhan nanti bakal menikmati pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang bulan. Antaranya ialah demonstasi memasak , batik , wau , kudang kepang , pemakaian hijab , alunan bacaan Al-Quran setiap hari sebelum masuk waktu berbuka dan persembahan akustik dan nasyid selepas solat terawikh.
Sementara aktiviti yang dijangka hits sepanjang festival ini adalah ceramah ceramah agama yang bakal disampaikan oleh penceramah terkemuka dan sesi bermoreh bersama 3 artis pilihan setiap minggu.
Pusat Pemborong GM Klang turut akan meraikan peserta peserta Projek Iqra’ yang terdiri dari para pelajar dan sukarelawan melalui majlis berbuka pada pembukaan rasmi festival ini dan seterusnya majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim dari persatuan terpilih.
Nampaknya Pusat Pemborong GM Klang terlebih dahulu bersedia untuk meraikan Ramdhan dan mereka yang macam aku yakni , nak beli segerap pakaian anak anak untuk beraya , rasanya dah boleh serbu Pusat Pemborong GM Klang ni.. Atau pergi ketika Ramadhan pon lagi bagus.. Macam aku kata tadi , ada banyak aktiviti menarik yang bakal berlangsung !
Para tetamu juga dipersembahkan koleksi terbaru rekaan fesyen terkini. Pereka fesyen yang terlibat adalah Azlan Karim (Binqareem), Orked Mohd Fauzan (Orked), Shanell Harun (Shanell), Suhairie Mohamed (Seth & Luna), Abid Shamsuddin (Daramera), Intan Sapura Hashim (Hanapura) dan Nurul Shafiqah Md Amin (Piqa Amin & the Empire).
Untuk perkembangan terkini atau sebarang pertanyaan , boleh rujuk ke Facebook Pusat Pemborong GM Klang .
Terima kasih… Hehehe..
Lama dah aku terfikir nak buat tapi semalam , dengan baki asam pedas telur mayong yang aku beli kat warung D’Laila SupPower , Bandar Baru Nilai itu , telah digubahsuai oleh adik aku.. Maka terhasillah mee maggie kari seperti dibawah ini..
Pakat berebut kooo !
Ini pon tak cukup tauuu … Hahahaha.. Pakat makan gilir gilir ! Resepi ? Alahai.. mudah jer.. Maggie mee kari dan asam pedas telur mayong D’Laila ..
Harap harap Kak Laila nanti buat menu ni kat warung dia ! Hahahaha.. Hari hari aku gi makan kat sana.. Lalalaaaa..
Apa masalah ‘mereka’ ni dengan KELANTAN ?? Perlu ke nak highlight KELANTAN di setiap artikal mereka ni ???? Apa dosa KELANTAN sampai begitu sekali atau punya agenda tersendiri ?
Tak sengaja ? Ok… Tengok akhbar apa eh.. Ni ada kawan di FB bagi gak…
Hurmmm.. 2 kali ? Tak sengaja lagi ? Hurmmm …
Haihh…. Harap pasni prihatin la skit yer ! Jangan bangkitkan ‘kenegerian’ di tajuk berita anda tu.. Nak kata blogger yang buat , takkan la kan ? Ni keluar kat suratkhabar berbayar tuuu ! Kalau blogger , memang sah sah nak tarik trafik.. Ni apa kes ?
Menulis biarlah ikhlas.. Infomasi disampaikan biarlah tepat dan tidak berat sebelah..
“ Papa, papa tengah buat apa tu ? “ Tanya si Qhaliff sambil perhati je apa yang aku buat…
“ Papa nak siap sedia kejap. Lagi 10 minit dah nak time tu. “
“Ohh… time apa , Papa? “ soalan kedua ditanya Qhaliff
“Nak masuk time dah , nak masuk waktu solat Maghrib ” jawab aku.
“Ohhh.. Maghrib tu apa, papa? ” Tanya Qhaliff lagi (soalan ketiga)
“Haa… nak tau, Qhaliff pakai jubah, jom siap kita pegi masjid ikut papa. “ Sambil aku betulkan songkok di kepala.
Sedang berjalan dengan Qhaliff ke masjid, aku sempat untuk terangkan kepada Qhaliff, apa itu Maghrib dan kenapa orang Islam wajib bersolat.
Sambil teringat tentang artikel dalam surat khabar minggu lepas mengenai Israk dan Mikraj, aku terangkan kepada Qhaliff mengenai kejadian tersebut, dimana kiblat berubah arah dari Baitulmuqaddis ke Kaabah, di kota Mekah dan bagaimana dari 50 waktu, jadi 5 waktu sahaja waktu solat yang diwajibkan keatas orang Islam.
“Waaah… 50 waktu, papa . Banyak tuuu…” kata Qhaliff.
“Banyakkan, tapi Allah itu kan Maha Adil dan maha mengetahu Qhaliff ” jawab aku.
Terpikir kejap tentang solat terawih nanti bila bulan Ramadhan hadir. Ada masjid yang buat 8 rakaat, ada yang buat 20 rakaat. Hmmm… Mujur dah tau pasal sejadah Ortopedik, Sajda Salah Mat.
Kalau siapa yang belum dapatkan tu… boleh lah lawat Facebook page diorang , MYSAJDAMAT .
Dia terjumpa jam dia.. Dia bagi kat aku..
Satu masalah ! Hurmm.. lebihan tali tu nanti nak buat camana ? Sebab menda alah tu hilang entah ke mana.. Hurmm.. Ok , guna getah !
Aku ke dapur untuk cari getah. Tiba-tiba Qhaliff berlari sambil menjerit kat aku..
“ Abangggg… abanggg… “ dan berikan pada aku ! Terkejut aku ! Camana budak ni leh tau aku nak cari menda ni ??
Dan , aku pakaikan dia jam tersebut !
Hurm…. Bijak jugak budak sorang ni ! Ni mesti mewarisi kebijaksanaan aku ni.. Lalaalalaaa…
“ Abang.. make up remover dah abis. Nak order lagi kat Cosmoderm. “ pinta si isteri dengan senyuman manis terukir di bibir.
“ Looor… beli je la..bukan mahal sangat pon. Lain la nak beli yang macam dulu dulu.. Yang tu memang mahal woooo ! Letih gak nak beli tiap bulan.. “ jawab aku selamba.
Benar , menjimatkan tapi berbaloi ! Sejak wife guna , dia tak de complaint dah pasal muka dia. Lega aku.. huhuhu..
Aku mintak dia komen pasal dua produk ni dan inilah jawapannya..
“ Haaa...nak citernya kalo dah seharian muka dibebani ngan make up, rasa-rasanya selesa tak kalo tak dinyahkan make up tu bila balik dr keje? Kalo saya, antara benda wajib sebelum cuci muka ialah nak kena cuci muka tu cepat2 dengan make up remover, pastu baru bleh cuci dengan pencuci muka.
Tapi paling xsuka kalo make up remover jenis minyak, rasa cam melekit jer kat kulit muka. So far selepas kenal dengan cosmoderm and try make up remover cosmoderm..rasa best sangat sebab jenis water based, xmelekit n berminyak.
Plus sesuai untuk semua jenis kulit dan xpedihkan kulit muka. Pastu sesuai lak untuk sapu kat bibir untuk sapu baki-baki lipstik kat bibir dan bahagian mata. Otomatik rasa ringan jer muka dan sejuk2 gitu sbb water based kan..heheh. “.
Berapa harga dan kat mana nak beli ??? Ada dua cara nak beli.. samada di Guardian atau farmasi farmasi terpilih .. atau dengan cara online.. Kalau beli di www.cosmoderm.com.my , inilah harganya ..
Sebarang pertanyaan , boleh rujuk ke Facebook Cosmoderm atau Instagram Cosmoderm. Bila lagi nak berjimat kan ? Ni la masanya..
Pastukan.. pastukan.. ni cadangan aku la.. Hehehe.. Gunakan ketiga tiga produk di bawah ni.. Aku pon ada. hehehe ..
Sila rujuk web Cosmoderm.
Kucing kucing terbiar di belakang rumah mak aku di kawasan perumahan pangsa 4 tingkat ni , memang dah jadi isu berkurun lamanya ! Bersepah.. Kalau mula bagi makan , tunggu la nanti.. makin byk yang datang..
Tapi jangan berkira dengan diorang ni.. Kita ikhlas dengan mereka , inshaAllah Allah buka rezeki lagi banyak untuk kita.. Sapa lagi yang boleh bantu kucing kucing ni kalau bukan kita sendiri kan ?
Banyak lagi sebenarnya ni.. Ni yang sempat aku interview jer la.. Antara punca bersepahnya kucing kucing ni adalah disebabkan perlakuan sumbang tanpa kira tempat dan masa. Asal stim je on.. pastu si betina terkontang kanting besarkan anak anak.. Si jantan , cari betina lain punya untuk terus melampiaskan nafsu nafsunya tanpa ada skit pun rasa bertanggungjawab ! Huhhhh…
Tu belum lagi part kucing dari zon lain yang diangkut buang kat zon sini oleh penghuni penghuni yang tak cintakan haiwan comel ni.. Hurm..
Kesian ? Apa nak buat.. itulah nasib kucing.. Ada manusia yang berhati perut.. Ada yang sekadar pentingkan perut sendiri.. Gitulah kehidupan..
Sampai je di rumah , Qhaliff tanya..
“ Nak Roy… “
Haaaaa ?? Terkedu aku ! Aku tak tau selama ni dia hafal nama nama RoboCar Poli ni sehinggalah dia dapat pegang kesemuanya petang tadi. Namun gitu , aku cuma bagi dia main Amber dan Poli jer. Helly dan Roy aku tak kasi bukak !
Dan malam tadi , bersiap nak balik ke Sepang , anak buah aku mintak Roy. Sian kat dia.. aku bagi la tanpa pengetahuan Qhaliff.. Aku tak sangka lak mamat ni leh ingat !! Adehhh ..
Moral ! Jangan ingat budak budak ni , sekadar budak budak ! Mereka dah diberi susu menguatkan ingatan sejak dari dalam perut lagi ! Haaaa.. Maka , jangan sesekali nak tipu atau ajar menda mengarut dengan diorang.. Huhuh.. Diorang ingat woo..