D’Laila Mee Udang mengiurkan !

 

Sapa saja singgah makan di MMA Santai Corner , Nilai pasti akan ke gerainya. Tak pergi , memang satu kerugian ! Menu wajibnya adalah mee udang  atau mee ketamnya ! Perghhh.. Meleleh air liur bila tengok makanan diorder dihidangkan di depan mata.. Tak sabar nak makan koooo.. hehehe ..

image

Kalau aku ke sana , aku akan pada tokeynya iaitu Kak D'laila Suppower , apa menu paling sedap ari ni.. Hahaahha … Dan ari ni , menu khas untuk kami sekeluarga ialah …

Terbaiklah kak Laila.. Kari telur ikan sembilang gitu ! Huhuuhu…

image

image

Sambil sambil tu , boleh order makanan dari gerai bersebelahan.. hehehe … Macam macam ada weh di MMA Santai Corner yang terletak di Bandar Baru Nilai ni..

image

image

Harga ? Jangan risau laa.. Tak melampau pon ! Tak pasti , boleh tanya dulu sebelum order.. Takde kak Laila nak sembelih korang .. Dia meniaga ni pon suka suka jer.. Takde plan nak jutawan pon haa…

Satu nasihat aku .. sebelum nak pergi sini , harap pm dia di Facebook.. Kot la dia tutup ke .. hehe.. MC ke… Dating ke… Stok abis kee. Haaa.. Atau kalau nak datang ramai , boleh je booking table terus kat dia .. kan kak D'laila Suppower kan ? Heheheh ..

Esok malam minggu kan ? Apa lagi ? Kasi gegar laaa .. hehehe … sambil sambil berjalan ke bandar Nilai yang semakin pesat membangun.. hehehe ..

4 ulasan:

  1. Tadi tgk vios...skrg tgk Dlaila sup power haaaa pandaiiii...alhamdulilah bagus org melayu kita meniaga cm ni...nanti one day nk ke sini...tq bro review

    BalasPadam
  2. alahai jauh sngt kaknoor nak pergi kena naik belon kalau tak mau jugak jamu selera kat sini

    BalasPadam
  3. aduh sedapnya nampak...nanti pergi nilai cari kain bolehlah singgah

    BalasPadam
  4. Ya Allah, syiookknyaa saiz udang tu...terliur je nampak..nt ade rezeki lebih nk bawak mak makan sini...insyaAllah...mabelesss nengoknye

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009