Kucing jalanan.. - BEN ASHAARI

Kucing jalanan..

 

Kucing kucing terbiar di belakang rumah mak aku di kawasan perumahan pangsa 4 tingkat ni , memang dah jadi isu berkurun lamanya ! Bersepah.. Kalau mula bagi makan , tunggu la nanti.. makin byk yang datang..

Tapi jangan berkira dengan diorang ni.. Kita ikhlas dengan mereka , inshaAllah Allah buka rezeki lagi banyak untuk kita.. Sapa lagi yang boleh bantu kucing kucing ni kalau bukan kita sendiri kan ?

imageimageimage

Banyak lagi sebenarnya ni.. Ni yang sempat aku interview jer la.. Antara punca bersepahnya kucing kucing ni adalah disebabkan perlakuan sumbang tanpa kira tempat dan masa. Asal stim je on.. pastu si betina terkontang kanting besarkan anak anak.. Si jantan , cari betina lain punya untuk terus melampiaskan nafsu nafsunya tanpa ada skit pun rasa bertanggungjawab ! Huhhhh…

Tu belum lagi part kucing dari zon lain yang diangkut buang kat zon sini oleh penghuni penghuni yang tak cintakan haiwan comel ni.. Hurm..

Kesian ? Apa nak buat.. itulah nasib kucing.. Ada manusia yang berhati perut.. Ada yang sekadar pentingkan perut sendiri.. Gitulah kehidupan..

3 ulasan:

  1. bukan kucing je yang mereka sanggup buang pak cik ben ashaari,haiwan yang bernama anjing pun turut menderita juga kesian saya tengok >_<

    BalasPadam
  2. Kucing2 jalanan kat kawasan rumah saya yang betina semua saya mandulkan. Memang kesan ketara sangat dari segi jumlah mereka lepas saya buat camtu. Bagi makan je tak cukup kalau nak tolong mereka ni.

    Dari jalanan mereka dah naik taraf ke kucing komuniti. ☺

    BalasPadam
  3. masalah kucing jalanan ni berlarutan sebab ramai orang tak sanggup mandulkan kucing.kononnya kejam.tapi buang kucing yang berlebihan, tak kejam la pulak?

    http://kucenmaster.blogspot.com/2012/09/mandulkan-kucing-kejam-ke.html

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.